19 Mac 2015

Peluang Kerjaya Perunding Kewangan Islam terbuka sepanjang tahun..


    Salam..

    Boleh saya tanya ?
    Bagaimana  menjadi perunding kewangan Islam dan bagaimana cara-caranya ?
    Kalau  sudi, boleh kongsikan dengan saya atau follower .
    Terima kasih.


    Jawapan
    -----
    Untuk menjadi perunding kewangan Islam di Malaysia, ada 2 sijil profesional yang ditawarkan.
    1) Islamic Financial Planner (IFP), melalui IBFIM & FPAM.
    2) Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP), melalui MFPC.
    Sila terus rujuk pengeluar sijil profesional yang telah disebutkan untuk mengetahui basic requirement yang diperlukan.
    Dalam industri ini, ada 2 sekolah pemikiran.

    1) Servis konsultansi
    Saya memilih cara (1) sebab saya mahukan kebebasan.
    Jika saya memilih cara (2) saya terikat dengan bekalan "ubat" yang saya ada sahaja. Jika saya dari syarikat A, saya tak boleh jual "ubat" syarikat B dan seterusnya.
    Malah untuk menjadi ejen takaful, amanah saham misalnya, tidak perlu pun ambil IFP atau pun Shariah RFP, hanya ambil peperiksaan berkaitan sahaja.
    Di Malaysia, pasaran lebih suka atau lebih terdedah dengan cara yang kedua, iaitu berasaskan produk.
    Masyarakat Malaysia, rata-rata masih belum mahu membayar khidmat konsultansi. Sama seperti yang berlaku sektor kesihatan, pesakit datang sebab demam dan mahukan ubat demam. Kenapa perlu jumpa doktor, ikut cakap doktor ketika masih sihat ?
    Malangnya dalam urusan kewangan, dah "sakit" baru nak berubat jadi panjang jalannya untuk pulihkan semula. Duit pun sudah tiada untuk membayar khidmat konsultansi.
    Jadi, jika memilih jalan (1), tugas utama tuan nanti adalah mendapatkan sebanyak mungkin maklumat "ubat" dan beri klien pilihan yang terbaik.
    Sekali lagi saya perlu ingatkan, masyarakat Malaysia tidak bersedia (lagi) untuk membayar khidmat konsultansi...

    2) Berasaskan produk kewangan
[Reply to Comment]