21 Januari 2014

Simpanan Takaful Hajj Dengan Khairat Kematian, Badal Haji, Waqaf & Korban PERCUMA!!



PENGENALAN

Rukun Islam yang kelima mewajibkan umat Islam yang untuk menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan. Namun begitu, sudahkah kita bersedia dengan simpanan wang untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan kita ke sana? Dengan MAA Takafulink Simpanan Haji, semua umat Islam akan berpeluang membuat simpanan di samping mendapat perlindungan risiko kematian dan juga hilang upaya kekal. MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan khairat kematian, peluang untuk mengerjakan waqaf dan korban dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji.

Urusan badal haji, waqaf dan korban akan diselia oleh Amanah Raya Legacy Services. Badal haji akan dilaksanakan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, waqaf oleh Yayasan Waqaf Malaysia dan Korban oleh Muslim Aid Malaysia menerusi program Qurban for Life.

     

SIMPANAN & PELABURAN

Setiap simpanan akan dilaburkan di dalam dana-dana syariah terpilih MAA Takafulink. Pulangan hasil dari pelaburan akan dimasukkan ke akaun penyimpan bagi mengoptimumkan simpanan. Prestasi dana-dana syariah MAA Takafulink adalah amat kompetitif dan mampu menyaingi prestasi pelaburan ASB dan dana-dana saham amanah yang lain.

PENGECUALIAN CARUMAN (AUTO SAVING-PENCEN)
Jika seseorang penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 46 penyakit kritikal, simpanan bulanan penyimpan akan diambil alih oleh  MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan sehingga penyimpan meninggal dunia atau berumur 80 tahun. Ini bermakna, penyimpan akan menikmati simpanan bulanan secara percuma jika telah disahkan menghidap salah satu dari 46 penyakit kritikal.

HIBAH UNTUK WARIS JIKA BERLAKU KEMATIAN
Jika berlaku kematian terhadap penyimpan sama ada sebelum atau sesudah mengerjakan fardhu haji, sejumlah wang bantuan sara  hidup akan dihibahkan kepada waris yang telah dipilih oleh penyimpan sebelum kematiannya. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian faraid dan waris yang layak akan menerima jumlah sepenuhnya wang yang telah diperuntukkan untuknya tanpa perlu dibahagi-bahagikan.

TABUNG HILANG UPAYA KEKAL
MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan tabung kecemasan jika penyimpan mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.

PERLINDUNGAN DI ARAB SAUDI
Jika berlaku kematian di Arab Saudi, satu pampasan tambahan dalam bentuk hibah akan diberikan kepada waris penyimpan.

KHAIRAT KEMATIAN
Jika penyimpan meninggal dunia sama ada sebelum, sedang atau selepas menunaikan haji, sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian atau perbelanjaan berkaitan.

BADAL HAJI

Jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji, pihak Amanah Raya Legacy akan menggunakan sebahagian daripada manfaat khusus bernilai RM5,000 yang akan diberikan oleh MAA Takaful untuk pelaksanaan badal haji.

IBADAH KORBAN
Selepas penyimpan meninggal dunia, pihak Amanah Raya Legacy akan menggunakan sebahagian daripada manfaat khusus bernilai RM5,000 yang akan diberikan oleh MAA Takaful untuk pelaksanaan ibadah korban.

IBADAH WAQAF
Selepas penyimpan meninggal dunia, pihak Amanah Raya Legacy akan menggunakan baki daripada manfaat khusus bernilai RM5,000 yang akan diberikan oleh MAA Takaful untuk pelaksanaan ibadah waqaf yang akan diuruskan oleh Yayasan Waqaf Malaysia.

 KESIMPULAN
Secara ringkasnya, pelan Takafulink Haji ini memberikan anda:
  • Simpanan
  • Perlindungan
  • Badal Haji
  • Peluang mengerjakan ibadah korban
  • Peluang mengerjakan ibadah waqaf

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PELAN SIMPANAN INI, HUBUNGI @SMS/WHATSAPP KE 019-4666581 (EN RIDZUAN ISMAIL) 
ATAU EMEL aaron.rizan@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Reply to Comment]