21 April 2014

SIMPANANAN TAKAFUL HAJJ MAA TAKAFUL-DANA PERSARAAN TERBAIK DARI UNIT TRUST

Assalamualaikum

Pernahkah anda mendengar simpanan takaful? Ianya tidak sama dengan produk lain seperti tabung haji,asb dan bank.
Hanya produk kewangan ini sajalah, yang dapat MELINDUNGI KEPERLUAN ASAS KELUARGA ANDA.

Mengapa saya berkata demikian?

Sebagai contoh, sekiranya anda berumur 35 tahun (tak kira lelaki atau wanita), dengan meletak RM150 sebulan ke dalam insurans/takaful, anda boleh mendapat jaminan tanggungan kerugian spt berikut :- RM2,000 untuk khairat kecemasan (within 24 jam) untuk belanja kebumi RM5,000 untuk khairat tambahan seperti upah haji, zakat dan sedekah. RM300,000 harta pusaka untuk keluarga jika meninggal dunia apa jua punca RM300,000 gantian-gaji jika lumpuh keseluruhan (lumpuh 2 anggota utama atau lebih) RM60,000 gantian-gaji jika menghidap salah 1 dari 36 penyakit kritikal Jadi, kalau anda perhatikan di sini, dengan pampasan insurans RM300,000 yang diberikan kepada anda jika anda lumpuh keseluruhan misalnya, wang tersebut jika dilaburkan-semula ke dalam investment yang mampu beri pulangan 10%, anda akan menerima dividen RM30,000 setiap tahun.

Dalam erti kata lain, dividen RM30,000 ini berupaya untuk mengganti-semula income RM2,500 sebulan / RM30,000 setahun yang anda miliki sebelum ini. Anda patut sedar, kalau semalam anda menjadi lumpuh keseluruhan dan tidak berupaya untuk bekerja lagi, MAJIKAN ANDA hanya akan bayar gaji maksima sampai 6 bulan sahaja (ikut peraturan Akta Buruh). Lepas tu, bye-bye-lah jawabnya. Macam mana nak survive lepas tu? Anak isteri nak makan apa? Untuk kakitangan awam yang ada pencen, mungkin akan terima 1/2 gaji dari gaji terakhir mereka. Kalau selama ni, dapat gaji penuh 100% pun, anda rasa macam tak cukup, bagaimana nak survive, bila income tinggal 1/2 sahaja kali ini? Ini belum cakap pasal kenaikan harga barang (inflasi) setiap tahun lagi ni…

Jadi, perkara sebegini-lah yang anda PATUT BERI PERHATIAN JIKA ANDA BENAR-BENAR MENG-UTAMAKAN KESELAMATAN & KEBAJIKAN KELUARGA ANDA. Jangan cakap saja lebih, kononnya anda memang utamakan kebajikan dan masa depan keluarga anda, tapi bila ditanya samada anda mempunyai perlindungan insurans yang SECUKUPNYA, anda berdalih atau geleng kepala? Baki RM100 sebulan lagi (Bajet RM250 – RM150 = RM100), anda bajetkan untuk insurans perubatan bagi melindungi kebajikan anda dan anak-anak. Sekurang-kurangnya anda ada back-up tambahan untuk menampung kos perubatan yang mahal, bila berlaku kecemasan.
Bagi kakitangan awam, saya faham anda mungkin cakap, anda sudah ada kemudahan Wad Kelas 1 di hospital kerajaan, tapi izinkan saya tanya anda balik, ADAKAH ANDA MEMPUNYAI 1st PRIORITY bila berlaku kecemasan? Maksud saya, bila sakit, adakah anda dapat admit ke wad terus, atau terpaksa menunggu 3-4 jam seperti orang lain dan hanya akan diwadkan jika penyakit anda serius & kritikal sahaja, sama macam orang lain? Bila anda sakit kritikal seperti kanser, adakah anda menerima rawatan segera (operation & kimo), atau terpaksa tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat first appointment dan follow-up appointment yang entah tak tahu berapa bulan lagi baru dapat jumpa? Bang, Akak, kalau dah sakit kritikal macam kanser ni, anda takde banyak masa nak tanggung tanggung rawatan ya. Kanser boleh tumbuh dan merebak 50% dalam masa 1 minggu saja! Boleh tunggu sampai 2-3 bulan? Sebab itulah anda perlukan insurans perubatan, supaya jika berlaku kelewatan di hospital kerajaan, anda ada PILIHAN LAIN untuk dapatkan rawatan segera di hospital swasta lain.

———————————
10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan jangka sederhana. Seperti keperluan pendidikan anak atau keperluan semasa ketika tengah sesak atau keperluan luar jangka. Ye-lah, mana tahu nanti kereta rosak ke, accident ke, kena saman ke, ada lah duit nak bayar kalau ada simpanan untuk keperluan semasa. Bajet ini, anda boleh simpan di bank, ASB atau Tabung Haji saja. Mudah untuk keluarkan semula jika diperlukan di masa hadapan.
———————————
10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan masa depan anda seperti pendidikan universiti anak dan tabung persaraan anda. Kalau anda mempunyai anak yang ramai (lebih dari 2 orang), anda perlu simpan 15% dari gaji anda untuk keperluan masa depan. Sebab kos universiti semakin mahal dari tahun ke tahun (inflasi 5% setahun). Pelaburan untuk masa depan, boleh menggunakan produk kewangan seperti ASB, unit trust. investment-linked atau bursa saham, mengikut tahap toleransi anda terhadap risiko kerugian modal.
————————————-
Of course, bukan semua orang mempunyai perancangan kewangan yang memenuhi kriteria 1/3 disetiap bahagian. Tetapi, cubalah adjust dan perbaiki kewangan anda mengikut pecahan ideal ini. Kalau anda dapat tingkatkan pecahan 1/3 kepada 1/2 untuk simpanan & pelaburan, adalah lebih baik. Kalau anda dapat kurangkan pecahan 1/3 ke atas keperluan semasa & bayaran pinjaman, kepada 1/4 atau 1/5, lagi-lah bagus. Maknanya, semakin bertambah income bulanan anda, semakin banyak simpanan anda dapat lakukan, dan semakin kurang pecahan untuk perbelanjaan semasa dan bayaran hutang. 

Mempunyai perancangan kewangan yang ideal adalah sangat penting untuk masa depan anda kerana ia akan menentukan bagaimana anda akan hidup selepas bersara nanti (tempoh di mana anda tidak lagi bekerja, tetapi hanya berbelanja setiap hari). Anda perlu ingat, bila bersara, anda mungkin akan hidup 20-30 tahun lagi, TANPA BEKERJA! Bolehkah anda survive? Atau tak sampai 2-3 tahun, wang KWSP dah habis kesemuanya? Untuk maklumat lanjut, anda boleh berbincang dengan saya mengenai perancangan kewangan anda. Saya sedia membantu, tetapi harapan saya, janganlah sekadar bertanya saja tapi tak buat apa apa. 

Anda kena ambil tindakan yang betul, berdasarkan perancangan masa depan anda. Jadi cubalah lakukan yang terbaik, demi masa depan anda sendiri.
[Reply to Comment]

11 April 2014

Baca Artikel Tentang ASB dan ASN yang tidak patuh Syariah.

Lagi Artikel mengenai ASB,ASN

Dipetik dari petikan blog Ustaz Dr Zaharuddin.net

Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachment surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).


Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia.

Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga,Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua- dua badan terbabit.
Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah,Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata, "SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua- dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. Jika benar- benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik.
Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.
Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam.

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.
Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai dan sebagainya kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Saranan saya;

Marilah berhijrah ke simpanan dan pelaburan unit amanah takaful di MAA Takaful yang patuh syariah,diluluskan Suruhanjaya Sekuriti,PIDM & Bank Negara Malaysia dan 100% milikan orang melayu, cucu kepada Gabenor BNM pertama & pemenang 4 tahun berturut-turut anugerah KLIFF the best islamic produk..
Kepada para sahabat ,saya boleh bantu anda untuk melabur dan menyimpan dengan Takaful..
In sha Allah, sekiranya kita ikut apa yg Allah suruh, Allah akan permudahkan dan perkukuhkan kedudukan kita di muka bumi Allah ini.

~Mohd Ridzuan Ismail
Perunding Simpanan & Pelaburan
#Pm/whatsapp 019-4666581
[Reply to Comment]

7 April 2014

Dilema..dilema..ohh..









Salam,

Nak share artikel dari sebuah akhbar berkenaan rungutan dan feedback dari seorang agen Prudential yang mengatakan Produk Pru-Bsn adalah mahal. Mengapa bayar mahal untuk takaful anda sedangkan MAA Takaful menawarkan Produk perlindungan takaful keluarga yang sangat mampu milik.
Lagipun syarikat MAA Takaful milik warga Malaysia sendiri,buat apa support produk atau syarikat luar?
 
Untuk perbandingan teknikal, anda boleh refer di link berikut ; http://rancangwang.wordpress.com/2011/10/30/maa-takaful-murah-dari-prudential-takaful-case-study/

Fikir – fikirkan.

Tepuk Dada,tanya iman..
[Reply to Comment]