20 Mei 2013

Advanced Marketing Power 2013 Dr Azizan Osman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, Saya baru saje selesai menghadiri seminar Advanced Marketing Power by Dr Azizan Osman pada 10-12 May 2013 yang lalu. Saya baru sempat upload saat manis itu setelah seminggu pulang dari AMP 2013. Seminar itu bertempat di Shah Alam Convention Centre(SACC). 

Alhamdulillah saya pergi ditemani isteri tercinta demi menuntut ilmu marketing Dr Azizan. Ini Kali kedua menuntut imu doc selepas IMKK 2013 pada mac yang lalu. Perjalanan dari Kedah ke Shah Alam yang sememangnya jauh dan memenatkan tetapi terubat dengan ilmu marketing lebih 423 jenis marketing yang Doc share dan kongsikan kepada semua.


Seramai lebih 3000 peserta yang menyertai seminar ni. Memang penuh satu dewan besar tu.
Apa yang saya boleh katakan tentang seminar ni.. SUPERB!!

Walaupun cost seminar ni hampir RM1000 dan ke atas, tapi sebenarnya investment pada ILMU lah yang terbaik.


Bila kita bertindak mengikut ilmu yang diberi, pulangan nya pasti berlipat kali ganda daripada investment yang kita dah keluarkan.


Tapi kalau kita dah belajar segala ilmu tapi masih TIADA TINDAKAN, satu apa pun takkan menjadi.


So saya just nak share antara gambar-gambar sekitar seminar, ada yang diambil dari Facebook Page
Alumni atau Bakal Alumni Program Dr. Azizan Osman.



Folder dengan nota-nota seminar.


                                                                   Ramainya umat...


Bila nak masuk dewan je mesti jam, bayangkan lebih 3000 orang nak masuk dalam dewan ni.
Alhamdulillah kali ni organizer dah asingkan seat untuk lelaki dan wanita.
So rasa lebih selesa dan seronok nak buat Chicken Dance, menari Bara-Bere dan melompat-lompat exercise..hihihi..

Lagi gambar dari belakang dewan.
  Gambar dari sisi kiri

Gambar dari depan dewan pulak.
Dr Azizan Osman in action.

 
Dr Azizan bagi free books on Idea Pemasaran. Thanks Dr Azizan!!



Tahniah to myself dan semua peserta kerana berani dan berjaya hadir ke seminar ini.
Sekarang masa untuk BERTINDAK!!
 
Alhamdulillah, seronok rasanya berada di kalangan orang-orang yang sentiasa positive dan berjaya.
 
InsyaAllah nanti saya akan kongsikan beberapa ilmu yang kami belajar dari seminar ni.
 
Stay tuned!!
 
Thanks for reading this entry!!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Reply to Comment]