21 Disember 2012

Rekod Pengagihan Dividen ASB + Kadar Bonus Dari 1990-2011?




ASB Dividen 2012 ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? UPDATE : Dividen (7.75 sen) + Bonus (1.15 sen)!

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.

Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. [Sumber : BERNAMA]

1 ulasan:

  1. dah lama x dpt bonus tinggi.sekadar 1.15 je.kenapa 1994 sampai 4.5.tak lebih dr 10% bonusvdan agihan.rsa mcm tak sesuatu yg tsk kena

    BalasPadam

[Reply to Comment]