25 Julai 2013

Financial Freedom Account? FFA?...

'SIMPAN tidak akan berguna sekiranya tidak di LABURKAN.
PELABURAN merbahaya tanpa ada SIMPANAN'.

Simpanan dan Pelaburan bagai isi dgn kuku, kita semua wajib ada Simpanan dan Pelaburan kalau nak berada dalam keadaan Financial Freedom. Tapi jgn kita simpan dan labur tanpa ada ILMU dan MENTOR, kerana jalan tanpa bimbingan takut tersalah jalan dan kita terpesong...

~Mekanik$~

Hubungi saya untuk keterangan lanjut tentang simpanan dan pelaburan

Mohd Ridzuan Ismail
Perunding Kewangan
019-4666581

16 Julai 2013

Sebarkan Kebaikan-Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum


Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum
  

Assalamualaikum,Selamat Pagi.

Mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Apa jua kesalahan dan kesilapan kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT , Allah Yang Maha Pengampun, Keampunan-Nya yang meliputi seluas langit dan bumi.

Berkaitan dengan dua asma Allah SWT yang agung di atas, Imam Ghazali ada berkata " Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah 
(Ya Hayyu Ya Qoyyum -Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"

15 Julai 2013

Mencari keredhaan dan pengampunan di bulan Ramadhan


Dalam satu riwayat Nabi saw telah mengaminkan doa Jibril “ Barangsiapa yang bertemu Ramadhan tetapi dia tidak diampunkan dosanya, maka setelah dia mati dia akan masuk neraka lalu jauhlah dia dari rahmat Allah” [HR Ibnu Hibban, At-Thobrani, alBaihaqi dan Al-Hakim. kata Hakim: Baik isnadnya]

Nabi saw bersabda : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam Iman dan keikhlasan akan diampunlah segala dosanya yang telah lalu, dan sesiapa yang menghidupkan Lailatulqadar dalam keimanan dan keikhlasan akan diampunlah dosanya yang telah lalu” [HR Bukhari, Muslim]

Justeru, carilah pengampunan di dalam bulan yang sepatutnya Hamba Allah mendapat pengampunan dan maghfirah dari Tuhan yang maha Pengampun itu.
Sangat luar biasa bebalnya nafsu andai Ramadhan ini tidak bisa menebuskan diri kita dari Neraka, dan dosa-dosa kita tidak terampun sedangkan janji Allah dan Rasulnya itu bahawa Tuhan sangat pemurah dengan pengampunan, apatah lagi di saat-saat Ramadhan.

Muhammad saw bersabda “ Ramadhan sehingga Ramadhan, Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadi pengkifarah dosa diantaranya selama mana menjauhi dosa-dosa besar” [HR Muslim]

Aisyah bertanya kepada Rasul saw, apakah yang seharusnya didoakan sekiranya bertemu lailatul qadar. Jawab Baginda saw “Ya Allah, sesungguhnya engkau maha pemaaf, sukakan pula kemaafan, maka maafkanlah aku” [ HR Tirmizi: sahih]

Nabi juga berdoa “ Aku berlindung dengan redho-Mu daripada kemurkaan-Mu, dan dengan pengampunan-Mu daripada pembalasan-Mu” [HR Muslim]
Firman Jalla wa A’la : “ Bersegeralah kalian mencari maghfirah (pengampunan) dan Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan maghfirah dan syurga itu untuk golongan muttaqin (orang-orang yang bertakwa)” [ surah Ali Imran :133]
Ayuh segeralah jadi manusia bertaqwa.

Wasiat penghulu kita Muhammad saw : “bertakwalah kamu ketika apa sekali pun, dan tutupilah kejahatan dengan kebajikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan tersebut dan berkakhlaklah dengan manusia akhlak yang baik” [HR Tirmizi : Hasan]
Ramadhan masih berbaki. Walaupun sesaat ia tetap saat yang paling berkat. Doa dan pengharapan di dalamnya tidak sama seperti selain Ramadhan. Maka manfaatkanlah setiap saat Ramadhan sehinggalah peluang saat terakhir. Moga jangan terjadi dari golongan yang rugi.

Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad as-sarkhan berkata di dalam kitabnya Mukhalafat Ramadhan – Kesilapan dalam Ramadhan;

Manusia itu ada 5 jenis apabila bertemu Ramadhan:

1 – Orang yang soleh. Menunggu-nunggu Ramadhan. Apabila bertemu dengannya mereka  sambut dengan gembira dan mengambil faedah daripadanya semaksima mungkin. Lalu di bawa ke luar ramadhan. ~ ini adalah sebaik-baik golongan.
2 – Orang yang kedatangan ramadhan dan pemergiannya sama sahaja (tidak teransang mahu menambah amal) ~ Golongan yang rugi kerana berada dalam peluang tetapi tidak mengambil peluang.
3 – Orang yang Cuma kenal Allah pada bulan Ramadhan sahaja. Apabila selesai ramadhan dia kembali kepada tabiat jahatnya semula. ~ Imam Ahmad dan Fudhail mengatakan : Seburuk-buruk manusia mereka hanya kenal Allah cuma ketika ramadhan sahaja.
4 – Orang yang hanya puasa perut sahaja. Lain anggotanya tidak turut taat kepada Allah. ~ Nabi sebut bahawa ini golongan yang tidak dinilai sikit pun Oleh Allah puasanya dari makan minum [Riwayat Bukhari dan Abu Daud]
5 – Orang yang di dalam bulan Ramadhan pun tidak kenal dan taat kepada Allah, apatah lagi jika di luar Ramadhan. ~ Ini adalah sejahat-jahat jenis manusia, paling bahaya dan sangat terancam. Moga Allah lindungkan kita dari jenis ini.

Pesan Imam Al-Ghazali : “Hiduplah apa kehidupan yang kamu mahu, sesungguhnya engkau mati juga. Cintailah sesiapa pun yang kamu mahu, sesungguhnya engkau tetap berpisah dengannya juga. 
Buatlah apa kerja yang kamu mahu, sesungguhnya kamu tetap akan dibalas juga.” [Ayyuhal walad : wahai anakku]

Moga Ramadhan Ini menjadikan kita manusia yang lebih berani menghadapi kematian.

10 Julai 2013

Pinjaman Peribadi Bank Tahun 2013 : BNM Ketatkan Syarat Pinjaman & Tempoh Masa Pinjaman

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelaksanaan satu set langkah yang bertujuan untuk mengelak hutang isi rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. Langkah ini yang berkuat kuasa serta-merta melengkapkan langkah terdahulu yang dilaksanakan sejak tahun 2010 untuk menggalakkan sektor isi rumah yang kukuh dan mampan.

Hutang isi rumah terus meningkat pada kadar yang tinggi, iaitu pada kadar tahunan purata 12% sejak lima tahun yang lalu. Meskipun disokong oleh pendapatan dan keadaan guna tenaga yang positif, namun sejak akhir-akhir ini terdapat peningkatan trend dalam penawaran produk kewangan yang tidak mengambil kira kepentingan pengguna dalam jangka panjang.

Ini termasuk tempoh pembiayaan yang dilanjutkan hingga 45 tahun bagi pembiayaan rumah dan 25 tahun bagi pembiayaan peribadi. Walaupun tempoh pembiayaan yang lama ini mengurangkan pembayaran balik bulanan, namun dalam jangka panjang, pembiayaan ini meningkatkan beban hutang isi rumah secara keseluruhan. Amalan seperti ini menggalakkan pengumpulan hutang yang berlebihan oleh isi rumah dan meningkatkan kelemahan sektor ini.

Langkah-langkah ini dilaksanakan menurut seksyen 31(1)(a) Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan terpakai pada semua institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, serta koperasi kredit yang di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan Malaysia Building Society Berhad dan AEON Credit Service (M) Berhad. Ini bagi memastikan amalan pembiayaan adalah konsisten merentas semua penyedia kredit yang utama.

Sebagai tambahan kepada langkah-langkah di atas, penyedia kredit yang utama dikehendaki mematuhi nisbah khidmat bayaran hutang yang berhemat dalam penilaian kredit bagi memastikan isi rumah mempunyai penampan kewangan yang mencukupi untuk melindungi mereka daripada kenaikan kos dan kejadian yang tidak dijangka.

Isi rumah yang mempunyai kemampuan kewangan untuk mengambil pinjaman akan terus mendapat akses kepada pembiayaan. Bagi menambah baik pengurusan hutang yang bertanggungjawab oleh isi rumah, Bank Negara Malaysia akan mempergiat usahanya dalam menyediakan pendidikan kewangan kepada semua segmen masyarakat, termasuk mereka yang masih muda dan peminjam kali pertama daripada institusi kewangan. Di samping itu, rangka kerja perlindungan pengguna akan terus diperkukuh di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.

Sumber : Bank Negara Malaysia
05 Julai 2013