23 Jun 2013

Keistimewaan Bulan Syaaban..


Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.   

Dan pada
15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya ada banyak kelebihan. ( Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban )



Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a: “Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

 1)  Memperbanyakkan puasa sunat.   

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.
2)  Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW. 

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit” 

3)  Bertaubat  

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.



Sumber bacaan: http://insecretlovewedrown.blogspot.com 

[Reply to Comment]

19 Jun 2013

TIPS BELANJA BERHEMAH

Tabiat berbelanja melebihi pendapatan dipercayai menjadi faktor anak muda di negara ini terjerat dengan krisis kewangan seperti yang dilaporkan akhbar ini, minggu lalu.

Situasi ini jika tidak ditangani, pasti memberi kesan buruk kepada tabungan negara. Selain itu, mungkin timbul keadaan di mana majoriti golongan dewasa berdepan masalah kewangan kronik apabila anak muda hari ini meningkat usianya dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang jika beban hutang yang ditanggung hari ini tidak dilangsai sepenuhnya.

Sebenarnya, prinsip pengurusan kewangan bukanlah sesuatu yang sukar untuk dipraktikkan jika anak muda mahu berubah sikap dan lebih berdisiplin ketika berbelanja. Bagi mereka yang mempunyai maklumat asas mengenai perancangan kewangan pasti tidak sukar melakukannya. Anak muda yang tidak arif pula, usahlah malas membaca dan membuat kaji selidik bagi mencari penyelesaian terhadap beban kewangan. 

Sebagai panduan dan inisiatif sisipan XY – Ikon Lelaki mengatasi kemelut kewangan anak muda, kami berkongsi berkongsi beberapa konsep asas pengurusan kewangan untuk dipraktikkan oleh golongan muda seperti yang disyorkan Smart Consumer, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). 

1. Tentukan matlamat kewangan 

Tentukan matlamat dalam menguruskan kewangan yang seakan-akan sama konsepnya seperti zaman zaman belajar dulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu matlamat kewangan kita dan ke mana kita ingin menggunakannya.
Sebagai contoh, mungkin ada antara kita yang bermatlamat menyambung pelajaran, membeli rumah, berkahwin, perbelanjaan rumah tangga, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan sewaktu persaraan.
Apabila kita sudah menentukan matlamat kewangan sekali gus sudah pasti aliran kewangan, kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Kita juga perlu mengetahui jangka masa untuk kita mencapai matlamat itu. 

2. Awasi tabiat berbelanja 

Jika kita merasakan setiap akhir bulan kita gagal untuk menyimpan duit, inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa. Apa yang penting, kita perlu menyemak semula ke manakah kewangan dihabiskan atau dibelanjakan.
Hayati apakah ketika berbelanja, diri lebih cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika berdasarkan kehendak semata-mata dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan, tabiat itu haruslah segera diubah. 

3. Tulis rancangan atau pelan perbelanjaan 

Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada.
Apabila nampak saja duit lebih, ia terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa melakukan simpanan. Ini biasa terjadi kepada golongan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi, kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlu menulis setiap butiran perbelanjaannya. 

4. Simpan sebelum belanja 

Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah:
Pendapatan – Simpanan = Hutang + Perbelanjaan bukan Pendapatan – (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan 

Setiap kali mendapat gaji bulanan, apa yang perlu diutamakan dulu ialah membuat simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.
Namun, sering kali ramai golongan muda apabila menerima saja duit gaji, ia terus digunakan untuk membayar hutang dan berbelanja sehingga simpanan dilupakan atau simpanan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. 

5. Perbelanjaan isi rumah 

Jika kebiasaan berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 saja. Maka rancang perbelanjaan anda dan tidak salah sekiranya membeli secara borong. 

6. Kad Kredit 

Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelak terlebih belanja (overspent). Jika ingin digunakan juga, selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan faedah tahunan lebih rendah berbanding kad kredit, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang. 

7. Fikirkanlah masa depan 

Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan tidaklah penting, ternyata anda bakal melakukan kesilapan besar.
Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan adalah perkara yang harus di lakukan oleh setiap orang. Setiap perkara memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti kerana jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan mengetahui tujuan kewangan kita. 

Anak muda cetek ilmu guna wang 

MENURUT Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, golongan muda banyak terjerumus ke kancah pinjaman kewangan dan hutang disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan kewangan yang betul. 

Dr Mohd Fadzil berkata, golongan muda terutama mereka yang baru memasuki alam pekerjaan mempunyai keinginan yang tinggi tetapi tidak mengetahui asas yang penting dalam pengurusan kewangan sehingga menjerut mereka ke kancah hutang. 

"Apa yang membimbangkan adalah mereka gemar menggunakan kad kredit kerana mungkin pada pendapat mereka menggunakan kad kredit adalah jalan mudah untuk membeli sesuatu. Ini kerana duit gaji bulanan telah habis maka kad kredit adalah pilihan kedua mereka. 

"Ini salah sama sekali… Seharusnya mereka perlu bijak berbelanja dan jangan menjerat diri untuk menambah hutang. Setiap yang dikeluarkan perlu dibayar semula dan pembayaran itu melebihi jumlah sebenar, bukan menyenangkan tapi merugikan," katanya kepada XY-Ikon Lelaki. 

Dr Fadzil menyatakan, golongan muda perlu mengetahui konsep pengurusan kewangan yang betul dan sedari alam persekolahan lagi mereka perlu dipupuk dengan konsep perbelanjaan berhemah. 

"Jika tidak tahu bertanya, banyak cara untuk kita merancang kewangan dengan lebih baik. Penting sebagai ingatan seharusnya apabila menjejakkan kaki ke alam pekerjaan kita sudah tahu cara menguruskan kewangan. Sikap ini perlu ada dalam diri setiap golongan muda terutamanya," katanya.
Apa kata mereka 

BAGI Suraiya Ilyas, 25, ketika mula bekerja, beliau tidak langsung memikirkan soal pengurusan kewangan secara berhemah. Malah, Suraiya banyak menghabiskan gaji bulanan dengan membeli barangan bukan keperluan utama. 

"Dulu saya tidak menyimpan dan gaji bulanan banyak habis dengan membeli baju dan digunakan untuk makan bersama rakan-rakan. Saya langsung tidak menyimpan walaupun untuk simpanan hari tua. 

"Namun, setelah melihat rakan saya berjaya dalam menguruskan kewangan dan mampu menyimpan lebih dari keperluan, saya mula membuka mata dan mengetahui kepentingan pengurusan kewangan," katanya. 

Kini, Suraiya boleh menyimpan untuk simpanan hari tua, memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan selebihnya digunakan untuk kepentingan peribadi. 

Senarai Perbelanjaan Bulanan Mengikut Keutamaan Suraiya 

1. Menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB).
2. Melabur dalam perlindungan diri dan keluarga (EMAS &TAKAFUL).
3. Menyimpan dengan Tabung Haji.
4. Membayar pinjaman kereta dan pendidikan.
5. Digunakan untuk kepentingan peribadi. 

JEJAKA ini pula, Aminur Firdaus, 26, walaupun terpaksa bekerja keras namun pulangan yang diperoleh setiap bulan digunakan sebaiknya. Ini kerana beliau banyak menggunakan gaji bulanan untuk membantu adik beradiknya.
"Saya anak sulung dan menjadi tanggung jawab saya untuk membantu adik beradik saya dalam meneruskan kehidupan. Itu keutamaan saya sebelum saya menggunakannya untuk kepentingan diri saya.
"Saya jarang membeli keperluan seperti baju dan sebagainya. Tetapi jika saya mula membeli saya akan borong semuanya. Itu yang selalu saya lakukan selama ini. Pada saya, lebih jimat kerana saya akan membeli jika ada promosi dan jualan murah," katanya. 

Senarai Perbelanjaan Bulanan Mengikut Keutamaan 

1. Membantu memberikan duit poket kepada adik beradik.
2. Membantu membayar segala bil dan keperluan isi rumah.
3. Menyimpan untuk pelaburan hari tua.
4. Pelaburan dalam perlindungan diri dan keluarga (insuran).
5. Menggunakan lebihan untuk kepentingan diri sendiri. 

Oleh Alzahrin Alias

[Reply to Comment]

4 Jun 2013

Retire Young Retire Rich

Persaraan boleh diberikan pelbagai takrifan. Ramai orang impikan persaraan awal. Simpan wang yang cukup, berhenti bekerja dan lakukan apa yang kita suka, iaitu apa-apa sahaja hingga ke akhir hayat. Bagaikan suatu mimpi indah, bukan ?

Ada antara kita yang mengambil persaraan sementara. Mungkin untuk belajar ataupun menjelajahi dunia. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang bersara kerana telah mencapai umur persaraan yang diwajibkan, iaitu 55 tahun. 

Pada masa ini mereka dapat berehat dan menikmati saat-saat hidup di dunia ini. Ada pula yang memilih untuk terus bekerja walaupun telah mencapai umur persaraan. Ada juga yang berbuat demikian kerana mereka suka bekerja dan ada juga kerana terpaksa. Kemungkinan besar mereka ini akan menceburi bidang atau disiplin yang baru. Justeru, mereka akan memulakan kerjaya yang baru. 

Walaubagaimanapun, pendapatan kita selepas bersara selalunya tidak sebanyak yang diperoleh ketika kita muda-muda dahulu. Malahan, ramai antara kita yang langsung tidak mempunyai pendapatan. Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai wang yang mencukupi untuk memastikan kehidupan berjalan seperti biasa. Ini memerlukan wang simpanan yang banyak. Satu-satunya cara untuk mempunyai simpanan yang banyak dan mencukupi adalah dengan menyimpan dan melabur wang ketika anda masih muda.

Anda juga perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda untuk persaraan nanti sebelum umur kita semakin meningkat. Jika anda tidak berbuat demikian, zaman “keemasan hidup” akan menjadi masa yang paling getir dalam hidup anda. 

Anda sudah terlalu tua untuk memperbaiki keadaan dan terlalu uzur untuk memulakan kehidupan baru. Saya akan berkongsi dengan anda kaedah dan bagaimana menyimpan untuk persaraan dalam perkongsian saya yang akan datang !

KREDIT KEPADA  http://www.yunusmohammad.com/ 
[Reply to Comment]

3 Jun 2013

Petua meningkatkan kekayaan dan kejayaan dalam perniagaan dan kewangan (TERBARU)

Tips Membina Kekayaan 1 – Tahu & Faham Kehendak Anda

Secara umumnya ramai yang hanya mengikut kehendak sendiri, tetapi tidak ramai yang mengetahui akan elemen paling penting iaitu tahu dan faham akan kehendak tersebut.
Sebagai contoh, anda bekerja sepenuh masa dipejabat. Dalam masa yang sama, anda berniaga secara kecil-kecilan samada secara offline ataupun online. 
Keuntungan perniagaan dapatlah sendikit sebanyak membantu menambah duit poket selain dari menerima gaji bulanan dari majikan. Anda hanya mengikut kehendak anda iaitu ingin menambah duit simpanan melalui berniaga kecil-kecilan. Tetapi adakah anda tahu dan faham kehendak tersebut dengan sebenar-benarnya?

Mungkin anda berkehendak untuk mencapai satu tahap dimana pendapatan utama anda ialah perniagaan, dan anda pula bertindak sebagai majikan dengan memberi peluang pekerjaan pada orang lain. Pernahkah anda terfikir sebegitu? Tahu dan fahami kehendak sebenar anda. Menjadi kaya pada usia muda bukan satu usaha 1-2 tahun.

Tips Membina Kekayaan 2 – Buka Perniagaan Sendiri

Mereka yang telah mencipta kekayaan pada usia muda kesemuanya bermula dari membuka perniagaan sendiri. Jika anda bekerja dan memegang jawatan yang tinggi serta memperolehi pendapatan yang lumayan, namun akhirnya anda hanya seorang pekerja kepada majikan anda.
Dengan membuka perniagaan sendiri, anda sendiri yang membuat keputusan dan menentukan halatuju anda. Dari segi keuntungan dan pendapatan pula, ianya tidak terbatas. Bagaimanapun, membuka perniagaan sendiri bukanlah satu perkara yang mudah, dan ianya juga berisiko. Namun risiko ada dimana-mana, dan anda perlu meletakkan diri anda satu langkah ke hadapan dalam usaha mencipta kekayaan.

Anda perlu bijak dalam membuat keputusan dan melakukan pelaburan. Dapatkan nasihat pakar sebanyak yang mungkin sebelum terjun ke dunia perniagaan yang serba mencabar.

Tips Membina Kekayaan 3 – Kawal Perbelanjaan Anda Dengan Bijaksana

Jika anda ingin menjadi kaya pada usia muda, anda perlu faham akan kepentingan mengawal dan mengurus kewangan dengan betul. Walaupun anda sudah mempunyai banyak wang sekarang pun, ia akan hilang dan habis dalam sekelip mata jika tanpa pengurusan dan kawalan yang bijak.

Belajar bagaimana untuk mengurus kewangan anda. Gunakan sebahagian dari wang anda untuk simpanan serta perkara-perkara kecemasan. Sebahagian yang lain boleh digunakan untuk pelaburan, pembangunan diri, amal kebajikan dan derma, dan bahagian terakhir ialah untuk perbelanjaan anda.

Dan bila bercakap mengenai pelaburan, jangan gunakan ke semua sumber anda pada satu jenis pelaburan sahaja. Bak kata pepatah Enggeris, “Don’t put all your eggs in one basket.”
Itu sahaja perkara-perkara penting dan tips bagaimana untuk mencipta kekayaan pada usia muda yang perlu anda fikirkan dari sekarang. 
Setiap orang mempunyai cara dan strategi masing-masing untuk mencapai apa yang mereka impikan, tetapi tidak menjadi masalah jika tips di atas dapat anda amalkan dan jadikan panduan untuk mengukuhkan lagi strategi anda. 
Siapa tahu mungkin suatu hari nanti, anda tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya di Malaysia atau mungkin di dunia.

“Kepercayaan & Keyakinan Terhadap Diri Sendiri Adalah Penentu Kejayaan”

KREDIT KEPADA  http://www.yunusmohammad.com/
[Reply to Comment]