Untuk
pembaca yg baru ingin mengenali@ingin bjinak2 dalam dunia emas, disini saya
ingin menerangkan serba sedikit asas berkenaan emas..kenapa saya memilih
menyimpan emas bukan wang tunai.. MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan/dimusnahkan
Harga Emas dunia 10 tahun
Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:
Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)
Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun! Ini
jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat
dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)
Sekarang kita kupas lebih lanjut mcm mana ingin bermula..tp sblm itu,sy
ingin menerangkan terdapat 2 Cara Membuat Pelaburan Emas di Malaysia
iaitu:
1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas,jongkong emas, barang kemas)
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank, Public bank)
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong
emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas
dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang
tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu
susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%).
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas
So,institusi mana yg terbaik utk membeli emas fizikal yea ?? Bdasarkan
kajian yg telah sy lakukan,sekiranya anda membeli emas dari bank@kedai
emas,jika emas anda rosak, terguris, bcalar, bengkok, tbukak
sampul@seangkatan dgnnya,institusi ini TIDAK akan membeli semula emas
anda..jadi institusi mana yg Patut Kt Pilih ??? Jawapan sy ialah PUBLIC
FINE GOLD..ok,knp sy memilih institusi ini,adakah kerana sy seorg dealer
public gold ?? Ini bukan soal sy dealer@keuntungan komisen,tetapi ini
psoalan institusi mana yg boleh menerima semula emas kt seandainya emas
kt bcalar,bengkok,terguris dan sebagainya. Di sini,anda tidak perlu lg
risau kerana Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas
mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat
tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu
menggadaikan emas anda di Ar-rahnnu.
Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan
yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.
Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Jawapan saya :
BELI EMAS FIZIKAL.
Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh
menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi,
walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza
dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual
pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu
sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.
Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin
membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun
simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu
perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut
risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda di
peti simpanan khas di bank spt RHB.
Jika anda membeli emas fizikal daripada saya,saya akan membongkarkan
kepada anda teknik-teknik memanipulasi emas yang digunakan oleh
pelabur-pelabur emas di malaysia sehingga mendapat keuntungan yang
maksimum. Anda juga akan diletakkan dalam senarai pendek klien saya di
mana hanya mereka sahaja akan mengetahui maklumat-maklumat terkini
mengenai pasaran emas yang saya kumpulkan untuk mereka.
Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada mereka. Maklumat ini
membolehkan anda memaksimakan keuntungan pelaburan anda bersama saya dan
anda tidak perlu terburu-buru mencari maklumat yang tidak berkualiti
daripada luar. Banyak maklumat di luar sana adalah misleading dan boleh
menyebabkan anda rugi besar.
Disebabkan komitmen tersebut,Saya hanya menawarkan perkhidmatan ini
kepada sejumlah klien yang kecil sahaja. Ini bertujuan memberi saya
peluang sepenuhnya untuk memberi servis yang terbaik kepada klien
saya,Jika kuota saya sudah penuh, saya terpaksa menolak klien baru yang
datang kepada saya.
Anda juga akan mempelajari teknik-teknik perlaburan emas dan jika anda
amalkan,ia akan mendapat keuntungan 30%,40% bahkan 60% pelaburan emas
anda.
Ok saya rasa cukup smpai dsni sy bkongsi ilmu tentang emas,di lain hari
saya akan menerangkan tentang rahsia bagaimana menjana keuntungan dgn
emas stp hari,minggu,bulan dan tahun..Teruskan mengikuti blog saya ini
untuk melihat post2 terkini dan harga emas semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan