31 Disember 2012

Bil Hospital


Contoh 1


Hospital: Hospital Pusrawi Sdn Bhd
Jumlah hari warded: tak sampai 24 jam
Punca sakit: wallahu'alam..
Total Bil Hospital : RM 8,069.40
Total cash yg pesakit kena bayar : RM 4 hengget








Jika merujuk pada kes di atas, pesakit ni masuk hospital xsampai 24 jam pun, tapi dah kena bil 8 ribu lebih. Mujur lah client ni ada medical card. Alhamdulillah, client ni telah memiliki Smart Medic 100 Pelan 2 (sila rujuk jadual DI SINI).

Pihak Maa Takaful tidak mengenakan langsung sebarang ko-takaful(selagi mengikut terma & syarat) jika anda masuk hospital. Anda bayangkan kes di atas jika dia memliki kad perubatan dari syarikat lain yang wajib bayar ko-takaful 10% , dah la masuk tak sampai sehari, lepas tu siap kena top up duit sendiri RM800 (10% ko-takaful) lak tu. Solusi kepada situasi ni ialah, ko-takaful boleh di'kowtim' dengan pengambilan rider elaun hospital.
Jika anda menggunakan Elaun hospital untuk offset(cover) kos ko-takaful, anda sebenarnya telah melakukan beberapa kesilapan kecil. First, fungsi elaun itself tu beerti memberi additional cash selepas keluar hospital, tapi anda menggunakannya untuk cover cash yang anda bayar ko-takaful. Secondly, anda seolah-olah 'terpaksa' add-on rider Elaun Hospital. Ini beerti anda telah membayar 'extra' premium bulanan untuk rider ni.
:-(

Ada ke elaun hospital sampai RM 800 sehari? ok ok, kalau lah pun ada, anda pernah terfikir tak berapa kos tabarru' (service charge) yang anda bayar tiap² tahun hanya untuk miliki rider yang tak berapa releven (ikut situasi gak) ni?

So, aper solution nya?? Miliki lah Smart Medic 100 Pelan 2 dan ke atas. Dengan kenaikan kos perubatan yang melampau lampau lately, Pelan 1(bilik RM150) sememangnya x best langsung. Rasanya bilik ni kena share dengan pesakit lain. Kalau patient tu jenis senyap or still x sedar and takde orang ziarah, kira ok lah. Tapi kalau kena patient yang kaki sembang kuat and satu famili datang ziarah x putus², kita pun akan rasa rimas. So, miliki lah Smart Medic 100 Pelan 2 dan ke atas. Nak lagi best beli Pelan 4, boleh dok dalam Prince Court. bilik lagi selesa dari bilik Cititel :-P

[Reply to Comment]

30 Disember 2012

Pay Yourself First..


Biasanya bila duit gaji kita masuk, kita akan gunakan sebahagian besar untuk membayar hutang kereta, rumah, kredit kad dan sebagainya. Lepas tu, duit gaji anda akan digunakan pula untuk keperluan harian seperti makan dan minum, pengangkutan dan tol, membeli susu dan pampers anak-anak dan lain-lain keperluan.

Persoalan saya, berapa ramaikah diantara anda yang membayar segala hutang dan keperluan harian terlebih dahulu kemudian barulah bakinya disimpan sebagai “duit simpanan”? Atau patutkan kita simpan dahulu baru kita gunakan duit bakinya untuk keperluan kita?

Anda telah berpenat lelah bekerja 8 jam sehari x 5 hari seminggu x 4 minggu sebulan = 160 jam setiap bulan. Anda telah bekerja keras mencari pendapatan tetapi akhirnya anda gunakan duit tersebut untuk membayar kepada orang lain. Tidakkah sepatutnya anda bayar kepada diri anda terlebih dahulu berbanding orang lain?

Apakah yang dimaksudkan dengan “Pay Yourself First”?

Pertama kali saya didedahkan dengan istilah “pay yourself first” ialah ketika saya membaca buku Robert Kiyosaki bertajuk “Rich Dad, Poor Dad” pada tahun 2009. Inilah teknik pengurusan kewangan yang saya gunakan sejak mula bekerja di Petronas pada tahun 2007 sehingga sekarang.

Bayar kepada diri anda dahulu bermaksud anda perlu asingkan sebahagian dari pendapatan bulanan anda untuk simpanan atau pelaburan melalui asset yang memberi pulangan pendapatan kepada anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk perbelanjaan. Jangan sekali-kali menggunakan duit simpanan ini untuk menambahkan lagi hutang anda.

Mungkin pada peringkat awal agak susah tetapi anda kena bermula dengan sedikit dan insyaAllah lama-lama akan jadi bukit bak kata pepatah melayu. Sekiranya anda hanya mampu bermula dengan menyimpan 5% daripada jumlah pendapatan bulanan anda, mulalah menyimpan dengan 5%. Jika anda sekadar mampu menyimpan RM 20 sekalipun, nasihat saya bermulalah walau hanya dengan RM 20. Kemudian, akan datang anda cuba untuk meningkatkan jumlah duit yang disimpan.

Cara yang paling berkesan yang telah saya aplikasikan ialah dengan menggunakan “standing instruction” kepada bank atau majikan. Saya sejak daripada mula bekerja lagi telah pun membuat tolakan gaji terus ke Tabung Haji setiap bulan. Jadi, baki duit yang masuk dalam bank saya itu sajalah yang saya gunakan untuk perbelanjaan.

kredit to:-murshidi.com


MOHD RIDZUAN ISMAIL
PERUNDING TAKAFUL
UNIT PERUNDINGAN HAJI
SRA GROUP
019-4666581
FB-'Mohd Ridzuan Ismail'
[Reply to Comment]

26 Disember 2012

Pelajari bagaimana hendak melatih diri anda menyimpan wang.


Semua orang ada impian memiliki wang simpanan yang banyak di dalam akaun bank mereka. Namun, di sebabkan tidak ada bimbingan, kebanyakan orang akan alpa dan belanjakan semua wang tanpa menyimpan.Bahkan bila terjadi sesuatu yang tidak diingini,simpanan akan dikeluarkan dan akan habis digunakan. Di dalam artikel ini,anda akan di ajar bagaimana melatih diri untuk menyimpan wang di samping simpanan anda dilindungi.

Langkah pertama : Setkan matlamat anda.

Kenapa anda ingin simpan wang? Adakah untuk persediaan hari tua? Adakah untuk ke Tanah Suci? Adakah untuk beli rumah ? Anda perlu ada tujuan yang jelas kenapa anda ingin simpan wang, barulah anda lebih bersemangat. Adanya matlamat membuatkan anda rasa berharga jika anda berjimat dan menyimpan wang. Kalau boleh, tuliskan matlamat anda di kertas dan tampal di dinding bilik anda. Dengan ini, anda akan sentiasa focus kepada matlamat.

Langkah kedua : Tetapkan tarikh akhir.

Anda perlu ada tarikh akhir. Contohnya, anda ingin simpan RM30, 000 dalam masa 3 tahun untuk di jadikan modal perniagaan. Tarikh akhir anda perlulah realisitik dan tidak membebankan. Adanya tarikh akhir membuatkan anda lebih fokus untuk menyimpan.

Langkah ketiga : Tentukan sumber wang yang anda akan gunakan untuk menyimpan.

Ada sudah ada matlamat. Anda juga ada tarikh akhir. Sekarang, anda perlu ada wang untuk di simpan. Jika anda bekerja, sudah tentu gaji adalah sumber utama. Namun, jika anda dapati sumber dari gaji anda tidak cukup untuk mencapai matlamat anda, anda boleh cari kaedah alternatif seperti kerja atau berniaga secara part time sebagai sumber wang untuk dijadikan simpanan.

Langkah keempat : Rancang bajet.

Kenal pasti jumlah perbelanjaan seperti minyak kereta, barang dapur, isi rumah, bil utiliti, hiburan dan sebagainya. Peruntukkan wang yang mencukupi untuk kegunaan diri dan keluarga anda berdasarkan bajet yang anda rancang. Lebihan wang selepas di tolak hutang wajib bayar iaitu rumah dan kereta, peruntukkan bajet bulanan, anda masukkan ke dalam simpanan tetap anda.

Langkah kelima : Berjimat.

Melalui bajet bulanan yang anda rancang, anda cari cara untuk lebih berjimat supaya lebih banyak wang boleh di simpan ke dalam bank. Otak anda perlu ligat memikirkan cara untuk simpan wang, barulah anda akan nampak jalan hendak berjimat. Sentiasa set di dalam fikiran untuk membeli berdasarkan keperluan bukannya nafsu!

Langkah keenam : Sentiasa analisis perkembangan.

Berdasarkan matlamat yang telah anda tetapkan, anda sentiasa siasat perkembangan semasa wang yang anda simpan. Adakah anda akan berjaya capai matlamat sebelum tarikh akhir atau tidak ? Jika tidak sempat, cari punca dan baiki ia dengan cepat. Jika sempat,anda cari juga puncanya supaya anda boleh gunakan teknik tersebut di masa hadapan.

Insya Allah sekiranya disiplin menyimpan dalam diri diterap tidak mustahil impian dan matlamat anda akan terlaksana dan simpanan yang disimpan untuk pelaburan turut di lindungi. Jom Menyimpan!!
Kempen RM50.00/SEBULAN dari sekarang...

MOHD RIDZUAN ISMAIL
PERUNDING TAKAFUL
UNIT PERUNDINGAN HAJI
SRA GROUP
019-4666581
FB-'Mohd Ridzuan Ismail'
[Reply to Comment]

25 Disember 2012

Kata kata Semangat Untuk Berjaya -Sambungan


Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

Kejayaan bukan satu destinasi, tapi ia adalah satu perjalanan, semakin jauh
Anda berjalan,semakin bagus anda akanjadi, ia tak pernah berpenghujung.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita buat sesuatu kerana duit dan bukan
kerana mau membantu orang lain dengan produk kita, apa yang diusahakan takkan ke mana dan takkan berkembang jadinya,kerana kita mahukan untung semata-mata.



MOHD RIDZUAN ISMAIL
PERUNDING TAKAFUL
UNIT PERUNDINGAN HAJI
SRA GROUP
019-4666581
FB-'Mohd Ridzuan Ismail'
[Reply to Comment]

24 Disember 2012

Kelebihan Simpanan Takaful berbanding lain-lain


Tabung haji / KWSP / ASB tidak menyediakan sebarang bentuk pampasan jika berlaku kematian keatas peserta. Yang ada hanyalah simpanan terkini di dalam akaun masing – masing. Dari segi warisan, MAA menyediakan HIBAH iaitu hadiah 100% nilai pampasan kepada waris yang dinamakan ketika peserta mendaftar MAA Takafulhajj.

- ASB baru menyediakan perkhidmatan PENAMA ini, dulu tidak ada. Jika berlaku kematian, waris terpaksa pergi ke pejabat ASB negeri bagi menuntut wang terbabit dan wang tersebut hendaklah difaraidkan, bukan 100% milik isteri / anak2.

3 – Dana Sokongan Hilang upaya RM 80 000 – RM 1 juta bersama MAA Takafulhajj ( bergantung kpd plan yg diambil )

- Dalam tempoh menyimpan dari semasa ke semasa, jika ditakdirkan peserta hilang upaya bekerja selamanya disebabkan apa jua punca, MAA Takafulhajj akan memberikan sekurang2nya RM 80 000 ( Plan simpanan RM 100 ) kepada peserta sebagai dana sokongan hidup. ASB / KWSP / Tabung haji tidak memberikan apa2.

4- Dana Sokongan 46 penyakit kritikal – Dalam tempoh menyimpan, jika peserta disahkan mengidap salah satu dari 46 penyakit kritikal, MAA Takafulhajj menyediakan sejumlah dana dari RM 20 000 kepada peserta sebagai tabung bagi pelbagai tujuan seperti rawatan dan ubat – ubatan. ASB / Tabung Haji tidak menyediakan dana ini. KWSP membenarkan ahli mengeluarkan sebahagian dana dari akaun 2 bagi tujuan merawat penyakit kritikal tetapi dana tersebut di ambil dari akaun simpanan, bukan pampasan khas dari KWSP.

5 – Simpanan PERCUMA ahli ditanggung oleh MAA Takafulhajj


MOHD RIDZUAN ISMAIL
PERUNDING TAKAFUL
UNIT PERUNDINGAN HAJI
SRA GROUP
019-4666581
FB-'Mohd Ridzuan Ismail'
[Reply to Comment]

22 Disember 2012

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

Keterangan/Hujah:


Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.

Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.

Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :

" ما حرم أخذه حرم إعطأوه "

Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.

Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.

Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.

Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.

Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.

Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.

Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.

rujukan:- http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-insurans-konvensional-menurut-perspektif-syariah?fb_action_ids=4894692048456&fb_action_types=og.likes&fb_source=aggregation&fb_aggregation_id=246965925417366


MOHD RIDZUAN ISMAIL
PERUNDING TAKAFUL
UNIT PERUNDINGAN HAJI
SRA GROUP
019-4666581
FB-'Mohd Ridzuan Ismail'
[Reply to Comment]

21 Disember 2012

Rekod Pengagihan Dividen ASB + Kadar Bonus Dari 1990-2011?




ASB Dividen 2012 ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? UPDATE : Dividen (7.75 sen) + Bonus (1.15 sen)!

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.

Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. [Sumber : BERNAMA]
[Reply to Comment]

13 Disember 2012

TIP: Kenapa saya harus miliki Takaful?


>>Sebagai persiapan jika ditimpa musibah, saya tidak tahu bila kemalangan akan menimpa...

>>Memiliki takaful ketika masih muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang insurans.


>>Sebagai simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.


>>Kos pengajian semakin tinggi. Misalnya, anak saya perlu ada simpanan untuk meringankan beban saya kelak.


>>Jadi peninggalan untuk anak dan waris jika saya meninggal dunia akibat musibah.


>>Takaful kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya saya dimasukkan ke hospital...


get this
[Reply to Comment]

10 Disember 2012

Hukum Berhutang Untuk Pergi Haji


HAJI satu ibadat penting dalam Islam. Ulama secara ijmak mengatakan ia adalah fardu ke atas setiap orang Islam yang berupaya mengerjakannya dan satu daripada rukun Islam yang lima.

Ayat 97 Surah Ali Imran antara lain bermaksud: "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk."

Kewajipan melaksanakan haji itu hanya sekali seumur hidup sebagaimana dijelaskan Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a bermaksud: "Rasulullah s.a.w pernah berkhutbah kepada kami. Sabdanya: Wahai manusia, sesungguhnya Allah sudah mewajibkan haji ke atas kamu, oleh itu kerjakanlah haji itu."

Seorang lelaki bertanya: Adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah? Rasulullah s.aw diam tidak menjawab, sehingga lelaki itu mengulang pertanyaannya sebanyak tiga kali. Selepas itu barulah Rasulullah s.a.w menjawab: Jika aku jawab ya, nescaya wajiblah ia (setiap tahun) dan kamu tidak akan berupaya melakukannya."

Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Biarkanlah aku (jangan kamu tanya) mengenai apa yang aku tinggalkan (yang tidak aku sebutkan) kepada kamu. Sesungguhnya sudah binasa orang sebelum kamu dengan sebab banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka terhadap nabi mereka. Maka aku menyuruh kamu dari (mengerjakan) sesuatu, kamu tinggalkan ia." (Hadis riwayat Muslim)

Dalam melaksanakan kefarduan haji dan umrah, ada beberapa syarat yang mewajibkannya, antaranya berkuasa.

Berkuasa melaksanakan haji dan umrah boleh dilihat pada dua aspek, iaitu berkuasa melaksanakannya dengan sendiri dan berkuasa menunaikan dengan pertolongan orang lain.

Setiap aspek itu ada syarat tertentu, contohnya berkuasa melaksanakan haji oleh dirinya sendiri antara syaratnya, ada perbelanjaan yang cukup untuk dirinya dalam perjalanan pergi dan balik serta sepanjang melaksanakan haji serta untuk sara hidup orang yang wajib ditanggungnya serta perbelanjaannya itu melebihi hutangnya.

Di samping itu, ada kenderaan untuk menyampaikannya ke Makkah seperti kapal terbang, kapal laut, bas dan seumpamanya sama ada milik sendiri atau mampu menyewanya.

Syarat bekalan dan kenderaan itu ada disebut dalam hadis diriwayat Ibnu Umar dengan katanya: "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, dia berkata: Wahai Rasulullah apakah yang mewajibkan haji itu? Maka sabda baginda: Bekalan dan kenderaan."

Bagaimanapun, kewajipan menunaikan haji tidak akan gugur bagi orang yang terlalu tua, orang menghidap penyakit yang tidak ada harapan sembuh dan penyakit teruk, seperti dinyatakan Datuk Md Daud Che Ngah dalam buku Kursus Kesempurnaan Ibadat Haji & Umrah.

Bagaimanapun, dalam kes berkaitan hutang, apa pula justifikasinya? Apakah orang yang berhutang wajib atau tidak mengerjakan haji?

Presiden Majlis Fekah Amerika Utara, Dr Muzammil Siddiqi, berkata haji tidak menjadi kefarduan terhadap seseorang yang berhutang.

"Bagaimanapun, jika seseorang itu mempunyai pinjaman jangka panjang dan beliau dikehendaki membayar hanya jumlah tertentu setiap bulan, hutangnya itu tertakluk melalui bayaran setiap bulan.

"Sekiranya beliau membayar semua hutangnya dan kemudian tiada baki padanya untuk melaksanakan haji, ibadat haji tidak diwajibkan ke atasnya.

"Tetapi jika beliau hanya membayar secara ansuran bulanan dan kemudian mempunyai wang secukupnya untuk melaksanakan haji, dia sepatutnya mengerjakan haji kerana ia menjadi kewajipan ke atasnya.

"Jika seseorang itu berhutang dan pemberi hutang membenarkannya untuk pergi haji, dia boleh melaksanakan haji," katanya.

Bertitik-tolak dari situ juga timbul kekeliruan mengenai pelaksanaan ibadat haji dengan kaedah pinjaman (hutang), yang dibayar kemudian seperti dengan cara ansuran, ditambah dengan keadaan mutakhir ini, ketika orang ramai mudah mendapatkan pembiayaan atau pinjaman.

Ini kerana ada pihak mengatakan cara itu dibolehkan manakala setengah yang lain pula berdasarkan hujah masing-masing mendakwa kaedah seperti itu tidak dibenarkan.

Dr Muzammil berkata, jika seseorang mengambil pinjaman (tanpa faedah) untuk melaksanakan haji dan dia melaksanakan haji, ibadat hajinya itu sah, walaupun tidak dikehendaki berbuat demikian dan haji tidak menjadi kewajipan ke atasnya.

Ulama kontemporari lain menyatakan, adalah dibenarkan untuk melaksanakan haji dengan cara pinjaman yang dibayar ansuran jika seseorang itu tidak mampu mengadakan belanja sekali gus.

Mufti Mesir, Dr Ali Jum'ah, berkata: "Adalah sah bagi seseorang untuk melaksanakan ibadat haji atau umrah dengan cara ansuran; ia tidak melanggar mana-mana upacara atau syarat berkaitan haji atau umrah.

Rektor Universiti Al-Azhar, Dr Ahmad At-Tayyeb berkata: "Secara umum, tidak sah menegah untuk membayar bagi sesuatu secara ansuran, selagi ia tidak membabitkan bayaran faedah.

"Dengan itu, tiada kesalahan jika institusi kewangan membayar perbelanjaan haji bagi pihak ahlinya sebagai pinjaman tanpa faedah dalam keadaan itu dan ahlinya akan membuat bayaran balik secara ansuran."

Seorang ulama, Dr Abdel-Fattah Idrees, yang juga Profesor Undang-undang Perbandingan di Universiti Al-Azhar menyatakan:

"Melaksanakan haji dengan bayaran ansuran, atau dalam perkataan lain melalui institusi kewangan (yang memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk melaksanakan tanggungjawab agama) adalah dibenarkan kerana tiada nas yang melarang daripada melaksanakan ibadat haji seperti itu.

Tambahan lagi, jemaah haji dalam kes terbabit akan membayar balik wang yang dipinjam (dihutang). Pandangan ini mengikut aliran perundangan, seperti Syafie dan Zhahiri, yang mengatakan mana-mana cara yang menurut hukum membenarkan seseorang untuk melaksanakan haji adalah dipertimbangkan dalam perkara terbabit walaupun jika ia melalui pinjaman wang.

Dengan itu, melaksanakan ibadat haji dengan cara ansuran adalah dibenarkan dan mendapat ganjaran sebagai ibadat haji apabila semuanya dijelaskan."

Berdasarkan huraian ulama terbabit, secara ringkas dan umum dapat difahami ibadat haji dengan cara pinjaman tanpa faedah dibenarkan dan sah.

Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Brunei juga ada menghuraikan perkara ini, cuma ia cenderung memperkatakan mengenai permasalahan hutang dan kedudukan seseorang individu yang tiada kemampuan kewangan untuk mengerjakan haji.

Antara lain ia menjelaskan: "Dalam Islam berhutang dibolehkan, tetapi tidak dibolehkan kerana mengambil risiko yang boleh menyusahkan di dunia dan akhirat.

Banyak hadis yang memperkatakan masalah hutang dan orang yang berhutang, antaranya, bermaksud: "Dan jauhilah diri kamu daripada hutang, kerana sesungguhnya awalnya adalah dukacita dan akhirnya pula adalah mengambil harta orang dengan tiada mengembalikannya." (Hadis riwayat Imam Malik)

Pada zaman Nabi s.a.w ada yang bertanya kepada baginda mengenai orang tidak berupaya mengerjakan haji. Adakah dia perlu berhutang kepada orang lain supaya dapat pergi haji, akan tetapi Nabi s.a.w tidak membenarkannya.

Perkara ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Auf, katanya: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan seorang lelaki yang tidak (dapat) pergi haji: "Adakah dia boleh berhutang untuk pergi haji? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Agama Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Dalam hal mengerjakan haji dan umrah, ulama membuat syarat tertentu yang kemas berdasarkan al-Quran, hadis dan ijmak.

Jika syarat itu tidak dapat dipenuhi seseorang, tidaklah wajib baginya mengerjakan haji, walaupun ia satu daripada rukun Islam.

Ini membuktikan Islam itu adalah rahmat dan tidak menyusahkan umatnya. Oleh yang demikian, bagi orang yang ingin mengerjakan fardu haji dan umrah yang wajib ke atasnya, tidaklah perlu dia sampai menyusahkan dirinya dengan berhutang.

Apatah lagi bagi orang yang pernah pergi mengerjakan haji dan umrah. Lebih-lebih lagi jika umrah yang dilakukan itu, hanya berbentuk sunat semata-mata, jadi berhutang bagi tujuan ini suatu perkara yang tidak dituntut agama kerana ia akan menjadi beban dan akan menyusahkannya."
[Reply to Comment]

9 Disember 2012

Kad Perubatan (Smart Medic 100 Medical Card)


SMART MEDIC 100 ( SM100 ) ini direka khas untuk melindungi :





ANDA
ISTERI ANDA
ANAK- ANAK ANDA
IBU / BAPA ANDA



Bagaimana Smart Medic 100 membantu anda?

Menjamin perlindungan kewangan bagi pembiayaian bil-bil rawatan di hospital kerajaan mahupun swasta*

“Anda dan ahli keluarga akan berpeluang menjalani rawatan dengan tenang tanpa memikirkan pasal bayaran yang perlu dikeluarkan kerana Smart Medic 100 akan menguruskan segala pembayaran bil-bil perubatan sepenuhnya dengan bantuan percuma 24 jam.”

Menawarkan khairat kematian bagi anda dan ahli keluarga anda.**
“Ahli keluarga anda akan menerima khairat kematian sebanyak RM5000 jika berlakunya kematian semua sebab.**” 

Menyediakan elaun tunai bagi kemasukan di hospital kerajaan.*
“Berita baik untuk anda yang menjalani di hospital kerajaan kerana selain anda akan ditanggung sepenuhnya atas bil rawatan,anda juga akan mendapat imbuhan sehingga RM85 sehari selama 200 hari setahun !!!”
* tertakluk pada kelayakan dan faedah had pelan.(Rujuk pada gambar dibawah)
** Hanya kematian sebab bunuh diri sahaja selepas setahun mencarum.

Apa yang ISTIMEWAnya Smart Medic 100 untuk anda

Merupakan Kad Perubatan Tunggal ( Stand Alone Medical Card )
“Smart Medic 100 memberi peluang untuk anda dan keluarga anda menerima perlindungan kesihatan yang maksimum tanpa dibebani bayaran premium yang tidak munasabah.Dengan ada kelebihan ini,anda dapat mengunakan duit yang selebihnya untuk melabur di tempat yang memberi pulangan yang lebih.”

Menawarkan wad ataupun bilik mewah di hospital*
“Dengan Smart Medic 100 ini , anda dan keluarga anda berpeluang untuk menginap dengan selesa di wad/bilik semahal RM450 sehari.”

Menawarkan 4 Pelan yang terbaik untuk pilihan diri anda dan keluarga.*
“Demi memikirkan kemampuan anda dizaman ekonomi yang serba mencabar ini, Smart Medic 100 menawarkan 4 pelan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda membuat pilihan mengikut kesesuaian dengan kemampuan anda untuk memberi perlindungan maksimum dan komprehensif kepada anda dan keluarga anda.”

Menyediakan perlindungan diseluruh dunia.
“Selain perlindungan di Malaysia , anda dan keluarga anda ditawarkan ketenangan dalam menjalani pelancongan di luar negara kerana anda dan keluarga dilindungi oleh Smart Medic 100 di mana-mana sahaja di serata dunia.”
- Program Bantuan Perubatan Antarabangsa
- Bantuan Perjalanan**
- Bantuan Kereta **
- Bantuan Kediaman **

Pelepasan Cukai Tahunan
“Anda diberi pelepasan cukai sehingga RM3000 setahun dengan hanya memiliki Kad Perubatan Smart Medic 100.”

Panel Hospital Yang Terbaik Di Seluruh Negara
“Demi memberi keselesaan kepada anda dan ahli keluarga anda , Smart Medic 100 mempunyai panel-panel hospital yang terbaik di seluruh negara hanya untuk anda dan keluarga anda.”

Menawarkan perkhidmatan menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan
“Anda diberi peluang untuk menaiktaraf kadar bayaran Bilik dan Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang anda layak kerana Smart Medic 100 memberi peluang demi keselesaan diri anda dan ahli keluarga anda dalam menjalani rawatan hospital.”

Segala Pembaharuan Polisi dijamin
“Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun.”

Smart Medic 100 adalah produk Maa Takaful
“Maa Takaful telah menerima anugerah takaful terbaik 2 kali berturut-turut 2009 – 2010 .Ini menunjukkan produk ini disediakan oleh syarikat yang mempunyai reputasi, amalan,layanan dan perkhidmatan yang terbaik berbanding yang lain.”
* Tertakluk pada kelayakan dan faedah had pelan.(Rujuk pada gambar dibawah)

*Bayaran di atas adalah berdasarkan sumbangan tahunan. Anda hanya perlu membahagikan jumlah tahunan kepada 12 bulan untuk mengetahui caruman bulanan anda



PERHATIAN!

Pelan takaful anda tidak akan lengkap jika sekiranya anda hanya memiliki kad perubatan tanpa mengambil pelan takaful hayat. Kad perubatan hanya menyediakan manfaat bayaran bil-bil perubatan dan manfaat khairat kematian sahaja. 
Anda perlu mengambil pelan MAA Takafulink yang menyediakan manfaat pampasan kematian dan hilang upaya kekal. Di samping itu, anda juga akan mendapat manfaat-manfaat tambahan yang lain berdasarkan keperluan anda.

P.S : SM100 boleh di ambil oleh pelanggan dalam bentuk ‘stand alone’ atau di jadikan sebagai riders dalam Produk MAA Takafulink (MTL) atau MAA Takaful Education (MTEDU)


Anda berminat mendapatkan perlindungan MAA TAKAFUL? 



[Reply to Comment]

8 Disember 2012

MAA Takafulink Haji Dengan Khairat Kematian dan Upah Badal Haji


PENGENALAN


Rukun Islam yang kelima mewajibkan umat Islam yang untuk menunaikan haji di Mekah. Namun begitu, sudahkah kita bersedia dengan simpanan wang untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan kita ke sana? Dengan MAA Takafulink Simpanan Haji, semua umat Islam akan berpeluang membuat simpanan di samping mendapat perlindungan risiko kematian dan juga penyakit kritikal. MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan khairat kematian dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji.




DANA SYARIAH MAA TAKAFULINK
Setiap simpanan akan dilaburkan di dalam dana-dana syariah terpilih MAA Takafulink. Pulangan hasil dari pelaburan akan dimasukkan ke akaun penyimpan bagi mengoptimumkan simpanan. Prestasi dana-dana syariah MAA Takafulink adalah amat kompetitif dan mampu menyaingi prestasi pelaburan ASB dan dana-dana saham amanah yang lain.

PENGECUALIAN CARUMAN
Jika seseorang penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, simpanan bulanan penyimpan akan diambil alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga penyimpan meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu.  Ini bermakna, penyimpan akan menikmati simpanan bulanan secara percuma jika telah disahkan menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal.

HIBAH UNTUK WARIS JIKA BERLAKU KEMATIAN
Jika berlaku kematian terhadap penyimpan sama ada sebelum atau sesudah mengerjakan fardhu haji, sejumlah wang bantuan sara  hidup akan dihibahkan kepada waris yang telah dipilih oleh penyimpan sebelum kematiannya. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian faraid dan waris yang layak akan menerima jumlah sepenuhnya wang yang telah diperuntukkan untuknya tanpa perlu dibahagi-bahagikan. 

TABUNG HILANG UPAYA KEKAL
MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan tabung kecemasan jika penyimpan mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.

TABUNG PERLINDUNGAN 36 PENYAKIT KRITIKAL
Jika peserta didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.
*Kini 46 penyakit kritikal. Maklumat lanjut klik disini.

ELAUN HARIAN HOSPITAL
Jika penyimpan dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, penyimpan akan menerima elaun harian bersaman jumlah hari kemasukan hospital
.
ELAUN PEMBEDAHAN
Penyimpan akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap penyimpan.

KHAIRAT KEMATIAN
Jika penyimpan meninggal dunia sama ada sebelum, sedang atau selepas menunaikan haji, sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian atau belanja membawa balik jenazah dari tanah suci Mekah.

UPAH BADAL HAJI
Jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji, sejumlah RM5000.00 akan diserahkan kepada waris bagi tujuan mengadakan upah badal haji untuk penyimpan yang telah meninggal dunia.

KOMITMEN JANGKA PANJANG
Pelan simpanan MAA Takafulink Simpanan Haji ini adalah komitmen jangka panjang. Pulangan simpanan akan dapat dinikmati secara maksimum jika menyimpan secara konsisten untuk satu tempoh yang panjang.

MANFAAT BERGANDA

Jadual adalah seperti berikut:


Walaupun penyimpan atau waris telah menerima wang hasil dari tabung khairat kematian atau hilang upaya kekal, wang simpanan masih lagi akan dibahagikan kepada waris/penyimpan. Ini bermakna penyimpan akan mendapat manfaat berganda hasil dari satu pelan simpanan sahaja.
*Anda berminat mendapatkan perlindungan MAA TAKAFUL?
 

Hubungi saya 019-4666581 (RIDZUAN) atau isi borang  C:\Documents and Settings\SUK KEDAH\My Documents\TAKAFUL/RIDZUAN - BORANG MAKLUMAT PESERTA MAA TAKAFUL
[Reply to Comment]

6 Disember 2012

Wang kertas penipuan terbesar dalam sejarah manusia ( realiti atau khabar angin )

 Assalamualaikum dan Selamat petang buat kalian para pembaca yang budiman sekalian..Tengah hari tadi saya ader terbaca artikel nie dari Carigold.com,forum ilmiah yang boleh dikongsikan untuk tatapan kita bersama. Tajuknya pun agak memeranjatkan tapi hakikatnya terjadi..Ayuh,marilah sama sama luangkan masa sejenak baca al kisah Sejarah Wang Kertas dengan Emas nie..

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.


Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

egara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.


Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.


Sekian,Assalamualaikum...


MOHD RIDZUAN ISMAIL
Facebook/Prince Rezza Martin
PG 021827
aaron.rizan@gmail.com

[Reply to Comment]

2 Disember 2012

Personaliti Pilihan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya doakan agar anda dan saya sentiasa mendapat keberkatan dan dimurahkan rezeki serta menjadi seorang yang berjaya.





Pentingnya personaliti adalah platform untuk saya berjaya dan kaya dengan pelaburan Emas Perak fizikal. Dengan cara ini juga saya dapat menjadi perunding dalam pelaburan emas ini. Tindakan yang cepat , tepat dan strategi yang betul dapat memberi keuntungan yang maksima kepada saya dalam pelaburan Emas Perak fizikal ini.  Jika saya dapat menyelesaikan masalah orang lain dalam mencari pelaburan Emas yang betul, inilah kejayaan yang saya inginkan..


Persoalan lanjut tentang emas perak,bolehlah hubungi saya:-

Facebook/Prince Rezza Martin
Authorised Dealer Public Gold 
PG 021827 

019-4666581

 
[Reply to Comment]