7 Februari 2013

IMKK DR AZIZAN OSMAN DARI 1-4 FEB 2013 DI SETIA ALAM CONVENTION CENTRE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca sekalian

Apa khabar semua? lama benar saya tak post pe2 kat blog,rasa kekok pun ader rasa membara2 pun ade..entah mcm2 rasa lagi le..
Semuanya..sebab aura baru lepas balik seminar IMKK Dr Azizan Osman (DAO) baru2 nie di Setia Alam,Selangor bersama isteri tercinta.

Semangat... inspirasi... insaf... gembira... bahagia... terkedu... terkejut... tersedar... teruja.... entah, tak dapat nak huraikan dengan kata-kata.itu lah perasaan saya sekarang

Betapa pentingnya menjadi kaya dalam ertikata yang sebenarnya. Kaya harta, kaya jiwa, kaya kasih-sayang, kaya cinta, kaya senyuman, kaya sumbangan, kaya pertolongan, kaya perkongsian ilmu dan sebagainya.

"Apa yang saya fikir, apa yang saya rasa, apa yang saya cakap dan apa yang saya buat, semuanya adalah doa!" kata DAO.

"The more you give, the more you will get (from Allah and from others)." – DAO

The Law of Love iaitu satu daripada bahan perkongsian DAO semasa IMKK adalah segmen perkongsian ilmu yang paling saya suka. Terlalu suka kerana ia telah meningkatkan lagi ketelusan dan keutuhan hubungan kami suami isteri. Segmen ini boleh menandingi apa-apa seminar kekeluargaan atau apa-apa kursus berkenaan hubungan suami isteri atau rumahtangga.

Sepanjang IMKK, terlalu kerap DAO menyentuh isu kasih-sayang, cinta dan kepentingan hubungan suami isteri yang membahagiakan. Bagi diri saya, inilah antara faktor penting kejayaan dalam hidup dan bisnes.

The Power of Giving/Reciprocal juga tak lekang dari mulut DAO. Nyata sekali, memberi, membantu, menolong, membantu, menyumbang, menderma atau apa saja istilah yang digunapakai, intipatinya ialah memberi nilai kepada hidup orang lain dan menolong menyelesaikan masalah orang lain. Tak faham? Silalah sertai IMKK. Sangat-sangat berbaloi.
Pesan yang paling diingat lagi, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan. Jadi, buat sampai habis @ jadi. Bukannya buat separuh jalan jer. Satu lagi, pelaburan yang sangat berharga adalah menimba ilmu.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang mengurniakan rezeki, kekuatan dan kekayaan kepada hambaNya.
Hari ini adalah hari yang gemilang untuk diri saya.
Disebalik kejayaan berada di seminar selama 4 hari untuk mendalami ilmu daripada mentor kejayaan nombor satu Malaysia, saya juga berjaya melupakan sebentar masalah kesihatan yang dialami. Semuanya kerana kesungguhan ingin menuntut ilmu.
Benar kata Dr. Azizan, apabila kita melakukan sesuatu dengan kesungguhan dan buat sehingga habis, maka kejayaan akan hadir dengan sendirinya.

Oleh sebab itu, kita sentiasa disarankan untuk melakukan perkara yang kita suka, perkara yang kita cintai.
Kerana daripada situ, kita akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Serta mengabaikan tohmahan-tohmahan negatif atau rasa putus asa.
Buat sehingga habis, itu pesan beliau.

Sepanjang 4 hari ini, khususnya hari yang terakhir, terdapat beberapa perkara yang dapat saya simpulkan. Antaranya adalah:
1. Berjumpa dengan orang hebat, kita jadi hebat.
2. Ilmu adalah untuk diamalkan.
3. Kaya itu satu ibadat.

Berjumpa dengan orang hebat, kita jadi hebat

Manusia akan terpengaruh menerusi pilihan rakan-rakannya.
Jika kita berkawan dengan ahli perniagaan, maka tidak mustahil kita akan menjadi ahli perniagaan. Jika kita berkawan dengan pemain bola sepak, tidak mustahil kita akan cenderung untuk meminati permainan bola sepak.
Justeru itu, pemilihan rakan-rakan adalah penting. Sangat penting. Ia bagi mengelakkan diri daripada terkena dengan sihir-sihir negatif, yang amat sukar untuk dikawal.
Jadi, pemilihan rakan adalah penting. Jika kita mahu hidup kaya dan berjaya, maka rakan yang perlu kita pilih adalah rakan yang dahagakan kekayaan dan kejayaan. Dengan ini, proses untuk kita mencapai impian adalah lebih tinggi.
Mulai hari ini, pilih rakan yang sama keinginannya dengan kita.
Rapatkan diri kita dengan mereka setiap hari. Rakan yang negatif, tinggalkan buat sementara, sehingga impian kita tercapai.

Ilmu adalah untuk diamalkan

Baik, biar saya akui terlebih dahulu. Perkara ini agak mencabar untuk orang yang mempunyai karakter nombor ’4′. (Sila hadir ke seminar IMKK untuk tahu maksud karakter ini).
Dipendekkan cerita, karakter nombor ’4′ ini cukup obses merancang.
Ya, terlalu merancang sehingga terlalu lambat bertindak.
Sedangkan cara belajar yang betul adalah mempunyai ilmu, fahami ilmu, bertindak, kemudian belajar daripada kesilapan.
Teknik ini dipanggil try and adjust, bak kata Dr. Azizan.
Beliau turut menambah,
“Ilmu yang baik adalah ilmu yang diamalkan. Orang kaya dan berjaya adalah orang yang mengamalkan ilmu yang dipelajarinya.”
Sentap hati di sini. Saya akan mengubah karakter saya untuk lebih banyak bertindak dan belajar.

Kaya itu satu ibadat

Orang kaya memandang duit itu sebagai elemen positif.
Kekayaan itu adalah satu peluang keemasan untuk manusia melakukan ibadat dengan lebih baik.
Dengan kekayaan harta, kita boleh bersedekah dengan lebih banyak.
Dengan kekayaan ilmu, kita boleh membantu lebih ramai manusia di muka bumi untuk lebih berjaya dunia akhirat.
Dengan kekayaan iman, kita meningkatkan kemungkinan untuk ibadah diterima Allah. Mudah-mudahan.

Terima kasih Dr. Azizan Osman. Semoga Allah permudahkan perjalanan rezeki tuan, dan semoga Allah permudahkan segala usaha tuan untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai, untuk menjadi lebih kaya dan berjaya.
Kaya dan berjaya, dunia akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Reply to Comment]