Tips Membina Kekayaan 1 – Tahu & Faham Kehendak Anda
Secara umumnya ramai yang hanya mengikut kehendak sendiri, tetapi
tidak ramai yang mengetahui akan elemen paling penting iaitu tahu dan
faham akan kehendak tersebut.
Sebagai contoh, anda bekerja sepenuh masa dipejabat. Dalam masa yang
sama, anda berniaga secara kecil-kecilan samada secara offline ataupun
online.
Keuntungan perniagaan dapatlah sendikit sebanyak membantu
menambah duit poket selain dari menerima gaji bulanan dari majikan. Anda
hanya mengikut kehendak anda iaitu ingin menambah duit simpanan melalui
berniaga kecil-kecilan. Tetapi adakah anda tahu dan faham kehendak
tersebut dengan sebenar-benarnya?
Mungkin anda berkehendak untuk mencapai satu tahap dimana pendapatan
utama anda ialah perniagaan, dan anda pula bertindak sebagai majikan
dengan memberi peluang pekerjaan pada orang lain. Pernahkah anda
terfikir sebegitu? Tahu dan fahami kehendak sebenar anda. Menjadi kaya
pada usia muda bukan satu usaha 1-2 tahun.
Tips Membina Kekayaan 2 – Buka Perniagaan Sendiri
Mereka yang telah mencipta kekayaan pada usia muda kesemuanya bermula
dari membuka perniagaan sendiri. Jika anda bekerja dan memegang jawatan
yang tinggi serta memperolehi pendapatan yang lumayan, namun akhirnya
anda hanya seorang pekerja kepada majikan anda.
Dengan membuka perniagaan sendiri, anda sendiri yang membuat
keputusan dan menentukan halatuju anda. Dari segi keuntungan dan
pendapatan pula, ianya tidak terbatas. Bagaimanapun, membuka perniagaan
sendiri bukanlah satu perkara yang mudah, dan ianya juga berisiko. Namun
risiko ada dimana-mana, dan anda perlu meletakkan diri anda satu
langkah ke hadapan dalam usaha mencipta kekayaan.
Anda perlu bijak dalam membuat keputusan dan melakukan pelaburan.
Dapatkan nasihat pakar sebanyak yang mungkin sebelum terjun ke dunia
perniagaan yang serba mencabar.
Tips Membina Kekayaan 3 – Kawal Perbelanjaan Anda Dengan Bijaksana
Jika anda ingin menjadi kaya pada usia muda, anda perlu faham akan
kepentingan mengawal dan mengurus kewangan dengan betul. Walaupun anda
sudah mempunyai banyak wang sekarang pun, ia akan hilang dan habis dalam
sekelip mata jika tanpa pengurusan dan kawalan yang bijak.
Belajar bagaimana untuk mengurus kewangan anda. Gunakan sebahagian
dari wang anda untuk simpanan serta perkara-perkara kecemasan.
Sebahagian yang lain boleh digunakan untuk pelaburan, pembangunan diri,
amal kebajikan dan derma, dan bahagian terakhir ialah untuk perbelanjaan
anda.
Dan bila bercakap mengenai pelaburan, jangan gunakan ke semua sumber
anda pada satu jenis pelaburan sahaja. Bak kata pepatah Enggeris, “Don’t put all your eggs in one basket.”
Itu sahaja perkara-perkara penting dan tips bagaimana untuk mencipta
kekayaan pada usia muda yang perlu anda fikirkan dari sekarang.
Setiap
orang mempunyai cara dan strategi masing-masing untuk mencapai apa yang
mereka impikan, tetapi tidak menjadi masalah jika tips di atas dapat
anda amalkan dan jadikan panduan untuk mengukuhkan lagi strategi anda.
Siapa tahu mungkin suatu hari nanti, anda tersenarai sebagai salah
seorang individu terkaya di Malaysia atau mungkin di dunia.
“Kepercayaan & Keyakinan Terhadap Diri Sendiri Adalah Penentu Kejayaan”
KREDIT KEPADA http://www.yunusmohammad.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan