18 Ogos 2013

Peminjam PTPTN Bakal Disenarai Dalam CCRIS

Salam hormat para pembaca sekalian,

Perhatian kepada semua yang sedang menuntut atau yang telah selesai meminjam PTPTN, mungkin berita tidak baik ini tidak menyenangkan dan mungkin ini tindakan yang drastik yang boleh menyebabkan para graduan akan terjebak ke kancah keberhutangan. Di cadangkan satu Jawatankuasa Pemandu Kementerian Pelajaran membincangkan isu ini dan menkaji supaya semua pihak ‘win win situation’..bukan untuk menghukum..

Pada pendapat saya,bukan semua berdegil dan liat hendak membayar tetapi mungkin masalah lain yang boleh dihalusi para graduan yang mungkin mengalami situasi lambakan graduan mendapat pekerjaan, dan yang masih menggangur.
Ini menyebabkan para graduan yang terdiri daripada mereka yang berhasrat bekerja sendiri yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan sukar memohon pinjaman bank akibat telah disenarai hitamkan dan menyebabkan situasi ini bertambah parah dan tiada jalan penyelesaian.
Semoga ada langkah penyelesaian sebelum mengambil tindakan melulu begini..

Sumber BERNAMA

Bermula bulan Ogos 2013, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).

Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.
Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.

“Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka,” kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN.
Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.
Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.

Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.


1 ulasan:

  1. fuhh..lega..mujur berita terbaru petang tadi mesyuarat menteri kabinet menarik balik langkah menyenaraikan peminjam PTPTN dalam CCRIS..Mudah mudahan..Kepada para peminjam termasuk saya bukan liat membayar tapi still bayar cuma bukan semua liat taknak bayar..ade masalah le tu..

    BalasPadam

[Reply to Comment]