17 Disember 2014

Modul Piramid Pengurusan Kewangan

Setuju sangat dengan Modul ini..Sudahkah anda mengenalpasti keperluan dan kehendak kewangan anda?Berapakah tahap kewangan anda? Modul Piramid Pengurusan Kewangan

30 November 2014

Your Health Is Your Wealth!

MEDICA2015 is a unique plan which offers you a No Claim Discount on annual contribution payment for staying fit and healthy.On top of that, you will not be burdened with a co-takaful payment should the unexpected happens. It also provides you with a funeral expense benefit of RM5,000, which is payable upon death due to any causes.





18 November 2014

Khas untuk kakitangan awam!! Bacalah…




Bagi kakitangan awam, saya faham anda mungkin cakap, anda sudah ada kemudahan Wad Kelas 1 di hospital kerajaan, tapi izinkan saya tanya anda balik, ADAKAH ANDA MEMPUNYAI 1st PRIORITY bila berlaku kecemasan? Maksud saya, bila sakit, adakah anda dapat admit ke wad terus, atau terpaksa menunggu 3-4 jam seperti orang lain dan hanya akan diwadkan jika penyakit anda serius & kritikal sahaja, sama macam orang lain?

 Bila anda sakit kritikal seperti kanser, adakah anda menerima rawatan segera (operation & kimo), atau terpaksa tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat first appointment dan follow-up appointment yang entah tak tahu berapa bulan lagi baru dapat jumpa? Bang, Akak, kalau dah sakit kritikal macam kanser ni, anda takde banyak masa nak tanggung tanggung rawatan ya.
Kanser boleh tumbuh dan merebak 50% dalam masa 1 minggu saja! Boleh tunggu sampai 2-3 bulan? Sebab itulah anda perlukan insurans perubatan, supaya jika berlaku kelewatan di hospital kerajaan, anda ada PILIHAN LAIN untuk dapatkan rawatan segera di hospital swasta lain.

DI BAWAH ADALAH TIPS SEBAGAI PERMULAAN KEPADA LANGKAH PERANCANGAN KEWANGAN LEBIH BAIK.

SEMOGA BERMANFAAT..

10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan jangka sederhana. Seperti keperluan pendidikan anak atau keperluan semasa ketika tengah sesak atau keperluan luar jangka. Ye-lah, mana tahu nanti kereta rosak ke, accident ke, kena saman ke, ada lah duit nak bayar kalau ada simpanan untuk keperluan semasa. Bajet ini, anda boleh simpan di bank, ASB atau Tabung Haji saja. Mudah untuk keluarkan semula jika diperlukan di masa hadapan.

10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan masa depan anda seperti pendidikan universiti anak dan tabung persaraan anda. Kalau anda mempunyai anak yang ramai (lebih dari 2 orang), anda perlu simpan 15% dari gaji anda untuk keperluan masa depan. Sebab kos universiti semakin mahal dari tahun ke tahun (inflasi 5% setahun). Pelaburan untuk masa depan, boleh menggunakan produk kewangan seperti ASB, unit trust. investment-linked atau bursa saham, mengikut tahap toleransi anda terhadap risiko kerugian modal.

 Of course, bukan semua orang mempunyai perancangan kewangan yang memenuhi kriteria 1/3 disetiap bahagian. Tetapi, cubalah adjust dan perbaiki kewangan anda mengikut pecahan ideal ini. Kalau anda dapat tingkatkan pecahan 1/3 kepada 1/2 untuk simpanan & pelaburan, adalah lebih baik. Kalau anda dapat kurangkan pecahan 1/3 ke atas keperluan semasa & bayaran pinjaman, kepada 1/4 atau 1/5, lagi-lah bagus. 


Maknanya, semakin bertambah income bulanan anda, semakin banyak simpanan anda dapat lakukan, dan semakin kurang pecahan untuk perbelanjaan semasa dan bayaran hutang.
Mempunyai perancangan kewangan yang ideal adalah sangat penting untuk masa depan anda kerana ia akan menentukan bagaimana anda akan hidup selepas bersara nanti (tempoh di mana anda tidak lagi bekerja, tetapi hanya berbelanja setiap hari). Anda perlu ingat, bila bersara, anda mungkin akan hidup 20-30 tahun lagi, TANPA BEKERJA! Bolehkah anda survive? Atau tak sampai 2-3 tahun, wang KWSP dah habis kesemuanya?

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berbincang dengan saya mengenai perancangan kewangan anda. Saya sedia membantu, tetapi harapan saya, janganlah sekadar bertanya saja tapi tak buat apa apa.

Anda kena ambil tindakan yang betul, berdasarkan perancangan masa depan anda. Jadi cubalah lakukan yang terbaik, demi masa depan anda sendiri.

ikhlas,

MOHD RIDZUAN ISMAIL
Perunding Kewangan Takaful
call/sms/whatsapps 019-4666581

23 Mei 2014

Diari seorang suami.

(Kisah benar)

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bil air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik
Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...
lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..
jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari minggu cutikan?" Suami mengangguk lemah
terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dengan anak yang bongsu " Ayah cikgu adik cakap hari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru."
Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .."
ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni"..
Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak
kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..
Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..
Setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka
tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokannya, pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50..
manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm
keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak -anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..
Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga
Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata, "bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hingget"...
Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar lalu minta
singgah di kedai makan untuk makan malam...
Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak, singgahlah dikedai makan tomyam dan makan dengan membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal
selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Keesokannya hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap
Rm180.00..Malamnya pula beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...
Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan dipejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak
balik kampung melawat ibu ayah dia di
kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dengan sinis "kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...kalau ajak balik kampung saya
jer abang kata takde duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abang ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami. Nak di jawab jadi perang...nak diceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik.


Seminggu kemudian,si suami disahkañ menghidap penyakit bàrah tumor tahap 3,.
Soalannya bagaimana kehidupan keluarga mereka tanpa suami yg memerlukan rawatan dan kos pembedahan di hospital?
Kehidupan mereka tànpa suami yg tidak bekerja?
Pendidikan añak-anak terabai?
Hutang kereta,rumah dan sara hidup bagaimana?
Cukupkah simpanan sedia ada?
Inilah kepentingañ ada insurans dan takaful..
Pelepasan cukai,bantuan penyakit kritikal,khairat kematian & saham akhirat
Ambiklah sekarang sebelum terlewat.
Pm/whatsapp 019-4666581 untuk memohon..

®Mohd Ridzuan Ismail
Perunding Takaful

11 April 2014

Baca Artikel Tentang ASB dan ASN yang tidak patuh Syariah.

Lagi Artikel mengenai ASB,ASN

Dipetik dari petikan blog Ustaz Dr Zaharuddin.net

Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachment surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).


Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia.

Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga,Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua- dua badan terbabit.
Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah,Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata, "SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua- dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. Jika benar- benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik.
Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.
Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam.

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.
Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai dan sebagainya kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Saranan saya;

Marilah berhijrah ke simpanan dan pelaburan unit amanah takaful di MAA Takaful yang patuh syariah,diluluskan Suruhanjaya Sekuriti,PIDM & Bank Negara Malaysia dan 100% milikan orang melayu, cucu kepada Gabenor BNM pertama & pemenang 4 tahun berturut-turut anugerah KLIFF the best islamic produk..
Kepada para sahabat ,saya boleh bantu anda untuk melabur dan menyimpan dengan Takaful..
In sha Allah, sekiranya kita ikut apa yg Allah suruh, Allah akan permudahkan dan perkukuhkan kedudukan kita di muka bumi Allah ini.

~Mohd Ridzuan Ismail
Perunding Simpanan & Pelaburan
#Pm/whatsapp 019-4666581

7 April 2014

Dilema..dilema..ohh..









Salam,

Nak share artikel dari sebuah akhbar berkenaan rungutan dan feedback dari seorang agen Prudential yang mengatakan Produk Pru-Bsn adalah mahal. Mengapa bayar mahal untuk takaful anda sedangkan MAA Takaful menawarkan Produk perlindungan takaful keluarga yang sangat mampu milik.
Lagipun syarikat MAA Takaful milik warga Malaysia sendiri,buat apa support produk atau syarikat luar?
 
Untuk perbandingan teknikal, anda boleh refer di link berikut ; http://rancangwang.wordpress.com/2011/10/30/maa-takaful-murah-dari-prudential-takaful-case-study/

Fikir – fikirkan.

Tepuk Dada,tanya iman..

20 Januari 2014

Status mengenai Wang Pampasan Takaful dan Insurans dari Sudut Hibah dan Wasi

Pernahkan anda menyemak semasa anda meletakkan penama dalam borang penama takaful atau insurans sama ada ianya berada di dalam instrumen wasi atau hibah. Kedua-dua instrumen ini mempunyai kaedah pembahagian yang berbeza dan jika tidak berhati-hati, penama boleh menanggung dosa akibat tidak mengetahui cara sepatutnya wang pampasan takaful itu dibahagikan. 
Majoriti pengendali insurans dan takaful di Malaysia menggunakan kaedah penama sebagai pemegang amanah atau wasi terhadap wang pampasan insurans atau takaful yang diterima. Sebagai pemegang amanah, seseorang itu tidak berhak secara sepenuhnya terhadap wang tersebut dan wang tersebut akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka yang akan  dibahagikan secara kaedah faraid.

Sebelum wang pampasan takaful atau insurans dibahagikan mengikut hukum faraid, hak-hak dan hutang piutang si mati perlu dijelaskan terlebih dahulu bagi memastikan segala tanggungan hutang si mati dengan manusia dan hutang si mati dengan Allah telah tertunai. Dan kemudian wang tersebut akan dibahagikan mengikut hukum faraid atau berdasarkan persetujuan para waris.

Walaubagaimanapun, ramai di kalangan kita pada hari ini menganggap sebagai penama di dalam pewarisan wang pampasan takaful, seseorang itu berhak sepenuhnya terhadap wang tersebut. Ini adalah sati kesalahan yang amat besar dan boleh membawa kepada dosa-dosa besar.

Sebagai seorang penama, seseorang itu hanyalah sebagai pemegang amanah yang akan mentadbir pembahagian harta tersebut menerusi kaedah faraid. Jika waris merasakan pemegang amanah tersebut tidak berkelayakkan, para waris boleh mencabar kedudukan pemegang amanah tersebut di mahkamah dan proses pembahagian wang pampasan takaful atau insurans akan menjadi bertambah rumit.

Senario biasa di dalam masyarakat kita ialah apabila si suami meletakkan nama isteri sebagai penama atau pemegang amanah wang pampasan takaful. Isteri yang tidak mengetahui tentang pengurusan harta pusaka atau kaedah faraid pasti menganggap wang pampasan takaful tersebut adalah miliknya sepenuhnya dan menggunakan bagi tujuan diri sendiri.

Ini adalah amat berbahaya kerana si isteri tadi tidak menyedari bahawa sebagai pemegang amanah, dia hanya berhak terhadap bahagian yang menjadi hak terhadapnya dan terdapat bahagian-bahagian waris lain yang berhak terhadap wang pampasan tadi. Sebagai isteri yang mempunyai anak, dia hanya berhak mendapat 1/8 dari jumlah wang pampasan dan anak-anaknya akan mendapat bahagian masing-masing mengikut pembahagian faraid. Jika si isteri tadi membolot ke semua wang tadi, maka si isteri tadi telah dikira memakan hak-hak anak yatim walaupun anak-anaknya sendiri dan hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Ini tidak dikira lagi jika ibu-bapa si suami masih lagi hidup kerana mereka juga berhak terhadap sebahagian wang pampasan takaful tersebut.

Jika anda menggunakan instrumen wasi atau pemegang amanah, pastikan anda berhati-hati dan maklumkan kepada penama agar membahagikan wang pampasan tersebut menerusi kaedah faraid. Jadi, takaful bukanlah penyelesaian kepada masalah kewangan waris jika wang pampasan takaful tidak ditadbir dengan sempurna.

Hibah adalah alternatif kepada wasi dalam pembahagian wang pampasan takaful. Sehingga artikel ini ditulis, hanya MAA Takaful dan Takaful Ikhlas menyediakan instrumen hibah dalam pembahagian wang pampasan takaful. Pengendali-pengedali takaful lain masih menggunakan instrumen wasi dalam pembahagian wang takaful.

Hibah merupakan satu bentuk pemberian atau hadiah daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Hibah di dalam konsep takaful dikenali sebagai hibah bersyarat di mana hibah akan dilaksanakan apabila peserta takaful telah meninggal dunia. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian secara faraid dan penerima hibah akan mendapat manfaat sepenuhnya wang pampasan yang dihibahkan kepadanya.

Jika seorang suami menghibahkan 100% wang pampasan takaful kepada isterinya, maka si isteri tersebut berhak menerima kesemuanya dan pihak-pihaklain tidak boleh mencabar pemberian ini sama ada di mahkamah. Berbeza dengan instrumen wasi, si isteri hanya berhak mendapat 1/8 dan perlu dibahagikan mengikut kaedah faraid.

Jika anda sayangkan isteri anda, mungkin anda boleh pertimbangkan syarikat takaful yang mempunyai instrumen hibah dalam pembahagian wang pampasan takaful atau jika tidak isteri anda akan berhadapan pelbagai masalah dalam mentadbir urusan pembahagian menerusi faraid yang kadang kalanya mengambil masa yang cukup lama untuk diselesaikan.

Sharing & Terima kasih Tuan Azizi Zulkifli
www.teralogies.com

Ketahui lebih lanjut dengan hibah takaful dengan hubungi:

E-mail aaron.rizan@gmail.com
Mohd Ridzuan Ismail
pm/whatsapp 019-4666581

19 Januari 2014

Takaful adalah keperluan asas bukan kehendak

Populasi yang mempunyai perlindungan insurans di Malaysia hanya 25% daripada 26 juta rakyatnya (yang kebanyakan dari kaum bukan-bumiputra).

Berdasarkan jumlah ini, boleh dikatakan kesedaran terhadap keperluan serta kepentingan insurans/takaful di Malaysia masih rendah. Di Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1 polisi dan Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada satu polisi.

Bagi muslim, ulama telah menghasilkan takaful sebagai alternatif untuk insurans konvensional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans.
Al-Takaful adalah dari perkataan Arab Kafala yg bermaksud UNTUK MEMBANTU atau MENJAMIN. Maka MAA TAKAFUL BERHAD adalah hadir sebagai pengendali takaful terbaik buat 4 tahun berturut-turut takaful di  Malaysia sejak 2008.

Insurans dan Takaful sebenarnya sama saja…???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog MAA Takaful Berhad. Pada hari ini, saya terfikir untuk menulis serba sedikit mengenai ‘Takaful’.
Salah satu soalan yang sering dikemukakan oleh pembaca budiman samada orang Islam dibenarkan mengambil pelan insurans konvensional atau sebaliknya?Persoalan ini timbul kerana ramai yang keliru di antara insurans dan takaful.
Persoalan ini sememangnya satu topik panas dan telah menyebabkan banyak perdebatan berlaku di kalangan wakil insurans & takaful, dan di kalangan masyarakat sendiri. Malahan ada sesetengah wakil Takaful yang begitu beriya-iya menyatakan kononnya insurans & takaful itu berbeza, tetapi sebaliknya ejen dari insurans pula menafikannya.
Bagi menjawab persoalan di atas , anda bukan sahaja perlu mendalami dan mengkaji ilmu insurans itu sendiri, malah anda sendiri sepatutnya perlu mengkaji asal-usul takaful dan memahami konsep takaful itu sendiri tanpa membuat perbandingan dgn mana-mana syarikat insurans mahupun di kalangan syarikat takaful itu sendiri. Apa yang ketara saya lihat di sini adalah pendekatan yang digunakan oleh syarikat masing-masing di samping pelan mereka yang sudah tentunya berbeza.
Ada sesetengah pihak yang mendakwa, ramai di kalangan wakil takaful (part time) yang hanya terikut-ikut kata dari ejen-ejen lain, sedangkan mereka tidak mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang ini. Dakwaan ini walaupun ada benarnya, tetapi seharusnya tidak patut ditujukan kepada umum. Ianya hanya relevan kepada segelintir individu.
Saya secara ‘personal’, merasakan bahawa produk yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat insurans dan takaful adalah sama(hanya sedikit persamaan jika ada). Sememangnya kedua-dua syarikat ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia, apatah lagi kami di MAA Takaful bernaung di bawah jenama yang sama.
Saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai syarikat insurans kerana pasti ada yang akan mempertikaikan ‘ilmu’ saya dalam bidang berkenaan. Jadi , saya memilih untuk berkongsi kepada anda semua akan Definisi & Konsep Takaful supaya anda dapat membezakan akan kedua-duanya.

Definisi Takaful

Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan “Takaful” ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana “Takaful” merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya juga bererti ‘ saling menjamin, menjaga atau memelihara’.
Menurut Akta Takaful 1984, “Takaful” ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini, syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalselia oleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of Takaful Operator.

Konsep Asas Takaful

Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

1. Al-Qasamah
Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur ulama’, apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.

2. Aqilah
Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

3. Tabarru’
Tabarru’ bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.
Di dalam industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’ (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung Tabarru’ yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.
Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

4. Al-Wakalah

Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.
Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga sesuatu perkara.
Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.
Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta , tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah
Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian keuntungan.
Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.

Hayati dengan sepenuh hati

Surah Al-Baqarah: 180“Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah kamu membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertaqwa”

HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”

Renung sejenak:

“Seseorang tidak dapat mengenal pasti kepentingan sebenar saat-saat tertentu dalam hidup sehinggalah ia sudah terlambat”

Ketahui lebih lanjut dengan ………….

E-mail aaron.rizan@gmail.com
Mohd Ridzuan Ismail
pm/whatsapp 019-4666581

18 Januari 2014

RM1200 keluar,RM80k masuk Percuma!!...

RM1200 keluar,RM80k masuk Percuma!!...

Betul ke betul?

Kepakaran saya ialah membantu lebih ramai masyarakat menjadi kaya yang berkat dengan menyimpan,dan melabur demi kesenangan pada masa hadapan.

Masalahnya ramai yang tidak sedar bila waktu perlu,Bayar RM 10,000 pun tidak ada yang peduli..

Siapa di sini mahu saya bantu untuk merancang kewangan secara spesifik, supaya keluarga kita tidak dilanda sebarang masalah "miskin" harta sebelum dan selepas pemergian kita di
dunia secara 100% secara PERCUMA? "SAY I"

Terhad untuk 20 orang pertama sahaja."

Perunding Simpanan & Pelaburan 
PM/Whatsapp 019-4666581

17 Januari 2014

Saya Pelabur Bijak

 Simpanan Takaful dan Pelaburan

Kepada yang berminat ingin memohon sila email ke aaron.rizan@gmail.com atau pm inbox alamat,nama,no telefon dan amaun permulaan yg ingin disimpan..Boleh tambah bila-bila masa perlu. Dividen tinggi dan Selepas memohon dan diluluskan automatik simpanan ini di lindungi takaful,pelepasan cukai & patuh syariah.. Rm 1200@ Rm 100/sebulan disimpan,percuma jaminan 80k kepada anda dan keluarga!


Perunding Simpanan & Pelaburan
PM/Whatsapp 019-4666581

15 Januari 2014

Cegah Lebih baik dari Mengubati

Salam Hormat,

Hari ni kita seringkali didedahkan kos rawatan penyakit dan ubat-ubatan semakin meningkat di hospital. Contohnya Kanser Otak yang memerlukan rawatan dari Rm 60,000 untuk sekali rawatan tidak termasuk lain-lain caj hospital. Ini tentunya membebankan kita yang tidak ada sumber kewangan atau simpanan yang cukup pada masa itu..( Ruginye..)

Golongan muda dari 21 tahun ke atas wajib ambik takaful sebelum berlaku musibah,contohnya serangan penyakit, hilang upaya kekal.
Ianya datang tak kira muda ke tua ke,bujang atau berkahwin..
Bagi yang dah berkahwin,
Siapa yang kena tanggung semua perbelanjaan kalau bukan diri sendiri,famili,isteri dan anak-anak.
Bukan ke kalau ada takaful selesai masalah.

Kalau rasa banyak komitmen ambiklah premium paling rendah dahulu. At least Rm100 sebulan sekali saving dah ada jaminan Rm 50k sebaik sahaja permohonan
diluluskan.. 

Berminat pm/whatsapp 019-4666581( En Ridzuan) dengan menyertakan nama penuh,alamat,tarikh lahir,amaun yang ingin disimpan dan no telefon untuk dihubungi.

14 Januari 2014

Simpanan Menguntungkan Untuk Perlindungan anda sessi Keluarga

Pelaburan Rm 5000 lump sum minima dengan jaminan perlindungan sehingga Rm 150k
Simpanan berkala dari
Rm 350/sebulan dengan coverage Rm 100k..
Boleh digabungkan simpanan+pelaburan atau berasingan..
Unit amanah pertama dilindungi takaful dan patuh syariah dan diluluskan Bank Negara Malaysia..
Pertanyaan lanjut sila pm/sms dengan sertakan nama,alamat,tarikh lahir,amaun yang ingin dilabur/disimpan dan no telefon

Mohd Ridzuan Ismail
Perunding Simpanan & Pelaburan
PM/Whatsapp 019-4666581

3 Januari 2014

Soalan Cepu Emas

Simpanan,pelaburan,wang,modal,aset,emas perak & harta perlu..........

Jawapan:

a- Di selamatkan
b-Di laburkan
c- Di niagakan
d-Di lindungi

Cer jawab kalau tahu?..

2 Januari 2014

Simpanan + Pelaburan + Perlindungan = Untung

Pernah dengar orang
“rekomen” pasal Simpanan+ Pelaburan Takaful?

Manfaat kepada anda ;

Pulangan dividen yang tinggi
(2012-8.92%). Tambahan pula, Bank Rakyat (bank koperasi terbaik dengan pulangan (15-20%) pun sudah ditutup saham keahliannya.
Apapun, kita mesti faham.

Memiliki pelaburan unit amanah @simpanan Takaful TIDAK SAMA dengan menyimpan wang di bank. Simpanan Takaful dilindungi & dijamin dibawah Jaminan Deposit Kerajaan, yang diuruskan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia(PIDM) rujuk web (www.maatakaful.com.my) serta Bank Negara Malaysia.

Oleh itu, melaburlah dengan bijak. Melaburlah di tempat yang anda
faham. Hanya laburkan dana yang anda boleh simpan untuk jangka masa panjang ( 3 tahun ke atas) dan mampu untuk berjimat. Iyela,mana boleh untung tinggi
kalau taknak perlindungan?.
Pelaburan takaful ni dah protect niat kita menyimpan dan kalau berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan,hilang upaya ,kanser dan seumpamanya terus bantuan tiba tanpa menganggu simpanan sedia ada.

Bagus tak akaun ini?
................................................................................................

Kalau bagus dan inginkan keterangan lanjut secara percuma,sila pm ke inbox dengan menyatakan nama,alamat,tarikh lahir,no telefon untuk dihubungi beserta jumlah pelaburan+simpanan permulaan..

Mohonlah sekarang!
Kelulusan berdasarkan terma dan syarat..

Mohd Ridzuan Ismail
Perunding Simpanan & Pelaburan
019-4666581