22 Januari 2014

Permohonan Takaful Secara Online

PENGENALAN

Kepada yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membuat temujanji untuk mendaftar permohonan takaful, saya melalui laman blog aura jutawan industri secara rasmi menawarkan perkhidmatan pendaftaran takaful secara online.  Pendaftaran ini terbuka kepada semua penduduk di seluruh Malaysia.

Sebelum ini saya telahpun mengendalikan beberapa permohonan takaful secara online sejak MAA Takaful memperkenalkan e-application untuk proses pendaftaran takaful. Terbukti proses permohonan secara online lebih cepat diproses dan mendapat kelulusan lebih pantas. Ada beberapa permohonan telah diluluskan hanya selepas 3 hari permohonan dihantar secara online. Antara pelanggan-pelanggan saya yang telah menggunakan proses pendaftaran secara online ini adalah dari negeri-negeri yang jauh dari Lembah Klang seperti Singapura, Johor,Terengganu,Kelantan dan Utara seperti Perak,P.Pinang,Kedah dan Perlis.

Baca Lagi untuk proses pendaftaran


PROSES PENDAFTARAN

1. Emel kepada aaron.rizan@gmail.com atau sms 019-4666581  kepada saya butiran berikut untuk mendapatkan sebut harga:
  • NAMA
  • UMUR TERAKHIR
  • NOMBOR TELEFON
  • E-MEL
  • JANTINA
  • MEROKOK ATAU TIDAK
  • PERNAH MENGHIDAP SEBARANG PENYAKIT KRITIKAL?
  • BAJET BULANANPELAN TAKAFUL (TAKAFULINK / MEDICAL CARD)   
 2. Saya akan menghantar sebut harga yang diminta. Jika bersetuju dengan sebut harga yang diberi, boleh teruskan dengan langkah seterusnya. Jika tidak berpuas hati, boleh minta kepada saya untuk membuat pindaan sehingga anda berpuas hati.
3. Jika anda telah bersetuju dengan sebut harga yang diberi, saya akan e-mel borang maklumat pelanggan yang perlu diisi oleh pelanggan dan jumlah bayaran yang perlu dibuat. Bayaran boleh dibuat ke akaun-akaun berikut:
  • CIMB (07130066909524) MOHD RIDZUAN ISMAIL
4. Setelah maklumat pelanggan siap diisi, emel atau sms kepada saya berserta maklumat pembayaran:
  • Bank
  • Masa
  • Jumlah pembayaran
5. Setelah semua maklumat pelanggan dan pembayaran diterima, saya akan terus mendaftarkan permohonan pelanggan serta merta dan bayaran akan dibuat terus kepada MAA Takaful Berhad. Setelah permohonan pendaftaran berjaya dihantar, saya akan emel salinan borang permohonan dan nombor permohonan untuk rujukan.
Ketika ini, permohonan pelanggan akan mula diproses dan boleh diluluskan oleh pihak MAA Takaful walaupun borang akuan permohonan belum dihantar. 

6. Setelah permohonan dihantar, saya akan pos borang akuan permohonan untuk ditandatangani pelanggan melalui pos ekspres. Saya akan sertakan sekali dengan satu sampul ekspres kosong untuk pelanggan poskan kembali borang yang telah siap ditandatangani kepada saya.

7. Setelah saya menerima borang akuan permohonan dari pelanggan, saya akan terus hantar borang tersebut kepada pihak MAA Takaful untuk diproses. Selepas permohonan diluluskan, pelanggan akan terus mendapat perlindungan takaful walaupun polisi atau kad perubatan belum dierima.

8. Jika permohonan anda diluluskan, saya akan maklumkan kepada pelanggan melalui emel atau sms. Kad perubatan dan polisi biasanya akan dikeluarkan selepas 7-14 hari dari tarikh permohonan diluluskan.

9. Kad perubatan atau polisi takaful yang telah dikeluarkan akan diposkan terus ke alamat surat menyurat pelanggan. Satu borang akuan penerimaan akan disertakan sekali untuk diisi pelanggan.

10. Borang akuan penerimaan polisi akan diposkan kembali kepada saya oleh pelanggan.

JAMINAN

Saya memberi jaminan setiap maklumat pelanggan adalah rahsia dan setiap urusan terutama yang melibatkan wang akan dilakukan secara professional dan amanah.

 Penerangan dan Keterangan lanjut bolehlah hubungi saya..
Perunding Simpanan & Pelaburan
PM/Whatsapp 019-4666581

1 ulasan:

  1. Untuk bulan feb ini, saya akan memberi hadiah istimewa kepada 20 orang terawal yang membuka akaun simpanan dan perlindungan takaful..

    BalasPadam

[Reply to Comment]