4 Disember 2014

Perbandingan Takaful dan Insurans Konvensional


AspekKonvensionalTakaful
KontrakMu'awadah - pertukaran jual beli antara pemegang polisi dengan syarikat insuransTabarru' - derma dan sumbangan oleh ahli ke dalam skim yang disediakan oleh pengendali Takaful
KaedahPemegang polisi membayar premium kepada syarikat insuransAhli membuat caruman ke dalam skim dan dikumpul oleh pengendali Takaful
Fungsi syarikat insuransSyarikat insurans menyediakan manfaat insurans untuk aset yang ingin dilindungiPengendali Takaful hanya berperanan sebagai pengurus skim dan membuat pembayaran Takaful daripada wang yang dikumpulkan
PelaburanPelaburan menggunakan wang insurans bebas dibuat tanpa kekangan syariahPelaburan menggunakan wang Takaful hanya boleh dibuat pada instrumen yang selari dengan syariah
BayaranWang premium pemegang polisi dianggap menjadi milik syarikat insurans setelah pembayaran dibuatWang caruman ahli tetap milik ahli dan tidak dimiliki oleh pengendali Takaful setelah pembayaran dibuat
KeuntunganKeuntungan hasil pelaburan adalah hak milik syarikat insurans sepenuhnyaKeuntungan hasil pelaburan adalah hak milik bersama pengendali Takaful dan ahli, pembahagian bergantung kepada nisbah sumbangan untuk pelaburan
Lebihan atausurplusPemegang polisi tidak berhak ke atas lebihan dari wang premium yang dibayarLebihan, keuntungan dan pulangan daripada tabung skim dipulangkan semula kepada ahli
Kesimpulannya, dengan menyertai Takaful, anda bukan sahaja memperolehi perlindungan insurans sebagaimana yang anda inginkan, anda juga menikmati keuntungan daripada pelaburan anda di dalam Takaful.
Malah, anda juga menunaikan tuntutan murni agama untuk saling membantu sesama saudara yang memerlukan. Sangat bagus, bukan?
Tahukah anda bahawa anda akan memperolehi lebih banyak kelebihan dan keuntungan melalui skim Takaful oleh MAA Takaful?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Reply to Comment]