26 Disember 2024

Kelebihan dan kelemahan Blog, setuju atau tidak?

 Blog ialah satu bentuk tapak web yang berfungsi sebagai platform untuk menulis dan menerbitkan maklumat,info,kandungan secara tetap. Blog terdiri daripada pelbagai topik,antaranya sains, fiksyen, teknologi ,automotif ,pertanian dan sebagainya 

Berikut ialah penjelasan penuh tentang kelebihan dan kekurangan blog:

Kelebihan blog

1. Kelebihan terbesar blog ialah kemudahan  dalam penggunaannya. Platform blog moden, seperti Blogger.com menyediakan ciri yang mudah digunakan walaupun untuk yang baru memulakan penggunaan blog. Pengguna  tidak perlu mempunyai kemahiran teknikal yang mendalam untuk membuat dan mengurus blog.

2. Blog dapat membangunkan ‘personal branding’. Blog boleh membantu meningkatkan profil pengguna dan membuka peluang pekerjaan atau bahkan hasil daripada pengiklanan atau penjualan produk dan perkhidmatan. Rata rata pengguna baru blog mempunyai potensi untuk menjana pendapatan melalui pengiklanan hasil penjualan produk dan perkhidmatan. Blog yang berjaya boleh menjadi sumber pendapatan pasif yang lumayan.

4. Pengguna blogger tidak terikat dengan masa untuk mengemaskini blog . Pengguna boleh menentukan sama ada anda mahu menerbitkan kandungan setiap hari, sekali seminggu atau mengikut citarasa tersendiri. Ini sekaligus membantu pengguna mengurus masa anda dengan lebih baik.

5. Kelajuan server  tidak boleh dipertikaikan, kerana syarikat Google sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik pada setiap platform.Contohnya Blogger.com,satu tapak yang menggunakan pelayan terbaik walaupun terdapat  pengguna yang ramai pada satu masa yang sama.

Kelemahan blog

1. Menguruskan blog yang berjaya memerlukan masa dan komitmen. Kandungan blog mestilah sentiasa update,tampak menarik dan memerlukan masa yang terluang untuk itu.. Jika tiada komitmen,,mungkin terlepas peluang untuk membina personal branding yang kukuh.

2. Tiada jaminan pendapatan berterusanl. Pendapatan boleh menjadi tidak stabil dan bergantung kepada trafik serta interaksi pembaca.

3. Persaingan untuk menarik minat pembaca kerana terdapat berjuta-juta blogger di luar sana. Penulis blog perlu berusaha keras untuk menonjolkan personal branding melalui kandungan berkualiti tinggi dan strategi bagi menarik minat pembaca blog  agar lebih berkesan.

4. Blog tidak terikat dengan copyright atau dengan kata lain boleh meniru karya atau hasil orang lain tanpa kebenaran.Kandungan blog boleh terdedah kepada pelanggaran hak,patern dan keselamatan akibat tiada sekatan terhadap kegiatan ‘plagiat ‘atau copy writing kandungan orang lain.

5. Kandungan template yang terhad juga memainkan peranan penting dalam keselesaan pengguna semasa mengakses blog. Blogspot hanya menyediakan templat terbina dalam yang terhad, dan ia tidak dapat menampung keperluan blog terutamanya tidak semua template boleh dimuat turun untuk di letakkan dalam blog.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan