30 Disember 2012

Pay Yourself First..


Biasanya bila duit gaji kita masuk, kita akan gunakan sebahagian besar untuk membayar hutang kereta, rumah, kredit kad dan sebagainya. Lepas tu, duit gaji anda akan digunakan pula untuk keperluan harian seperti makan dan minum, pengangkutan dan tol, membeli susu dan pampers anak-anak dan lain-lain keperluan.

Persoalan saya, berapa ramaikah diantara anda yang membayar segala hutang dan keperluan harian terlebih dahulu kemudian barulah bakinya disimpan sebagai “duit simpanan”? Atau patutkan kita simpan dahulu baru kita gunakan duit bakinya untuk keperluan kita?

Anda telah berpenat lelah bekerja 8 jam sehari x 5 hari seminggu x 4 minggu sebulan = 160 jam setiap bulan. Anda telah bekerja keras mencari pendapatan tetapi akhirnya anda gunakan duit tersebut untuk membayar kepada orang lain. Tidakkah sepatutnya anda bayar kepada diri anda terlebih dahulu berbanding orang lain?

Apakah yang dimaksudkan dengan “Pay Yourself First”?

Pertama kali saya didedahkan dengan istilah “pay yourself first” ialah ketika saya membaca buku Robert Kiyosaki bertajuk “Rich Dad, Poor Dad” pada tahun 2009. Inilah teknik pengurusan kewangan yang saya gunakan sejak mula bekerja di Petronas pada tahun 2007 sehingga sekarang.

Bayar kepada diri anda dahulu bermaksud anda perlu asingkan sebahagian dari pendapatan bulanan anda untuk simpanan atau pelaburan melalui asset yang memberi pulangan pendapatan kepada anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk perbelanjaan. Jangan sekali-kali menggunakan duit simpanan ini untuk menambahkan lagi hutang anda.

Mungkin pada peringkat awal agak susah tetapi anda kena bermula dengan sedikit dan insyaAllah lama-lama akan jadi bukit bak kata pepatah melayu. Sekiranya anda hanya mampu bermula dengan menyimpan 5% daripada jumlah pendapatan bulanan anda, mulalah menyimpan dengan 5%. Jika anda sekadar mampu menyimpan RM 20 sekalipun, nasihat saya bermulalah walau hanya dengan RM 20. Kemudian, akan datang anda cuba untuk meningkatkan jumlah duit yang disimpan.

Cara yang paling berkesan yang telah saya aplikasikan ialah dengan menggunakan “standing instruction” kepada bank atau majikan. Saya sejak daripada mula bekerja lagi telah pun membuat tolakan gaji terus ke Tabung Haji setiap bulan. Jadi, baki duit yang masuk dalam bank saya itu sajalah yang saya gunakan untuk perbelanjaan.

kredit to:-murshidi.com


MOHD RIDZUAN ISMAIL
PERUNDING TAKAFUL
UNIT PERUNDINGAN HAJI
SRA GROUP
019-4666581
FB-'Mohd Ridzuan Ismail'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Reply to Comment]