4 Jun 2013

Retire Young Retire Rich

Persaraan boleh diberikan pelbagai takrifan. Ramai orang impikan persaraan awal. Simpan wang yang cukup, berhenti bekerja dan lakukan apa yang kita suka, iaitu apa-apa sahaja hingga ke akhir hayat. Bagaikan suatu mimpi indah, bukan ?

Ada antara kita yang mengambil persaraan sementara. Mungkin untuk belajar ataupun menjelajahi dunia. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang bersara kerana telah mencapai umur persaraan yang diwajibkan, iaitu 55 tahun. 

Pada masa ini mereka dapat berehat dan menikmati saat-saat hidup di dunia ini. Ada pula yang memilih untuk terus bekerja walaupun telah mencapai umur persaraan. Ada juga yang berbuat demikian kerana mereka suka bekerja dan ada juga kerana terpaksa. Kemungkinan besar mereka ini akan menceburi bidang atau disiplin yang baru. Justeru, mereka akan memulakan kerjaya yang baru. 

Walaubagaimanapun, pendapatan kita selepas bersara selalunya tidak sebanyak yang diperoleh ketika kita muda-muda dahulu. Malahan, ramai antara kita yang langsung tidak mempunyai pendapatan. Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai wang yang mencukupi untuk memastikan kehidupan berjalan seperti biasa. Ini memerlukan wang simpanan yang banyak. Satu-satunya cara untuk mempunyai simpanan yang banyak dan mencukupi adalah dengan menyimpan dan melabur wang ketika anda masih muda.

Anda juga perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda untuk persaraan nanti sebelum umur kita semakin meningkat. Jika anda tidak berbuat demikian, zaman “keemasan hidup” akan menjadi masa yang paling getir dalam hidup anda. 

Anda sudah terlalu tua untuk memperbaiki keadaan dan terlalu uzur untuk memulakan kehidupan baru. Saya akan berkongsi dengan anda kaedah dan bagaimana menyimpan untuk persaraan dalam perkongsian saya yang akan datang !

KREDIT KEPADA  http://www.yunusmohammad.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Reply to Comment]