Assalamualaikum
Pernahkah anda mendengar simpanan takaful? Ianya tidak sama dengan produk lain seperti tabung haji,asb dan bank.
Hanya produk kewangan ini sajalah, yang dapat MELINDUNGI KEPERLUAN ASAS KELUARGA ANDA.
Mengapa saya berkata demikian?
Sebagai contoh, sekiranya anda berumur 35 tahun (tak kira lelaki atau
wanita), dengan meletak RM150 sebulan ke dalam insurans/takaful, anda
boleh mendapat jaminan tanggungan kerugian spt berikut :- RM2,000 untuk
khairat kecemasan (within 24 jam) untuk belanja kebumi RM5,000 untuk
khairat tambahan seperti upah haji, zakat dan sedekah. RM300,000 harta
pusaka untuk keluarga jika meninggal dunia apa jua punca RM300,000
gantian-gaji jika lumpuh keseluruhan (lumpuh 2 anggota utama atau lebih)
RM60,000 gantian-gaji jika menghidap salah 1 dari 36 penyakit kritikal
Jadi, kalau anda perhatikan di sini, dengan pampasan insurans RM300,000
yang diberikan kepada anda jika anda lumpuh keseluruhan misalnya, wang
tersebut jika dilaburkan-semula ke dalam investment yang mampu beri
pulangan 10%, anda akan menerima dividen RM30,000 setiap tahun.
Dalam erti kata lain, dividen RM30,000 ini berupaya untuk
mengganti-semula income RM2,500 sebulan / RM30,000 setahun yang anda
miliki sebelum ini. Anda patut sedar, kalau semalam anda menjadi lumpuh
keseluruhan dan tidak berupaya untuk bekerja lagi, MAJIKAN ANDA hanya
akan bayar gaji maksima sampai 6 bulan sahaja (ikut peraturan Akta
Buruh). Lepas tu, bye-bye-lah jawabnya. Macam mana nak survive lepas tu?
Anak isteri nak makan apa? Untuk kakitangan awam yang ada pencen,
mungkin akan terima 1/2 gaji dari gaji terakhir mereka. Kalau selama ni,
dapat gaji penuh 100% pun, anda rasa macam tak cukup, bagaimana nak
survive, bila income tinggal 1/2 sahaja kali ini? Ini belum cakap pasal
kenaikan harga barang (inflasi) setiap tahun lagi ni…
Jadi, perkara sebegini-lah yang anda PATUT BERI PERHATIAN JIKA ANDA
BENAR-BENAR MENG-UTAMAKAN KESELAMATAN & KEBAJIKAN KELUARGA ANDA.
Jangan cakap saja lebih, kononnya anda memang utamakan kebajikan dan
masa depan keluarga anda, tapi bila ditanya samada anda mempunyai
perlindungan insurans yang SECUKUPNYA, anda berdalih atau geleng kepala?
Baki RM100 sebulan lagi (Bajet RM250 – RM150 = RM100), anda bajetkan
untuk insurans perubatan bagi melindungi kebajikan anda dan anak-anak.
Sekurang-kurangnya anda ada back-up tambahan untuk menampung kos
perubatan yang mahal, bila berlaku kecemasan.
Bagi kakitangan awam, saya faham anda mungkin cakap, anda sudah ada
kemudahan Wad Kelas 1 di hospital kerajaan, tapi izinkan saya tanya anda
balik, ADAKAH ANDA MEMPUNYAI 1st PRIORITY bila berlaku kecemasan?
Maksud saya, bila sakit, adakah anda dapat admit ke wad terus, atau
terpaksa menunggu 3-4 jam seperti orang lain dan hanya akan diwadkan
jika penyakit anda serius & kritikal sahaja, sama macam orang lain?
Bila anda sakit kritikal seperti kanser, adakah anda menerima rawatan
segera (operation & kimo), atau terpaksa tunggu giliran 2-3 bulan
untuk dapat first appointment dan follow-up appointment yang entah tak
tahu berapa bulan lagi baru dapat jumpa? Bang, Akak, kalau dah sakit
kritikal macam kanser ni, anda takde banyak masa nak tanggung tanggung
rawatan ya. Kanser boleh tumbuh dan merebak 50% dalam masa 1 minggu
saja! Boleh tunggu sampai 2-3 bulan? Sebab itulah anda perlukan insurans
perubatan, supaya jika berlaku kelewatan di hospital kerajaan, anda ada
PILIHAN LAIN untuk dapatkan rawatan segera di hospital swasta lain.
———————————
10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan
jangka sederhana. Seperti keperluan pendidikan anak atau keperluan
semasa ketika tengah sesak atau keperluan luar jangka. Ye-lah, mana tahu
nanti kereta rosak ke, accident ke, kena saman ke, ada lah duit nak
bayar kalau ada simpanan untuk keperluan semasa. Bajet ini, anda boleh
simpan di bank, ASB atau Tabung Haji saja. Mudah untuk keluarkan semula
jika diperlukan di masa hadapan.
———————————
10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan
masa depan anda seperti pendidikan universiti anak dan tabung persaraan
anda. Kalau anda mempunyai anak yang ramai (lebih dari 2 orang), anda
perlu simpan 15% dari gaji anda untuk keperluan masa depan. Sebab kos
universiti semakin mahal dari tahun ke tahun (inflasi 5% setahun).
Pelaburan untuk masa depan, boleh menggunakan produk kewangan seperti
ASB, unit trust. investment-linked atau bursa saham, mengikut tahap
toleransi anda terhadap risiko kerugian modal.
————————————-
Of course, bukan semua orang mempunyai perancangan kewangan yang
memenuhi kriteria 1/3 disetiap bahagian. Tetapi, cubalah adjust dan
perbaiki kewangan anda mengikut pecahan ideal ini. Kalau anda dapat
tingkatkan pecahan 1/3 kepada 1/2 untuk simpanan & pelaburan, adalah
lebih baik. Kalau anda dapat kurangkan pecahan 1/3 ke atas keperluan
semasa & bayaran pinjaman, kepada 1/4 atau 1/5, lagi-lah bagus.
Maknanya, semakin bertambah income bulanan anda, semakin banyak simpanan
anda dapat lakukan, dan semakin kurang pecahan untuk perbelanjaan
semasa dan bayaran hutang.
Mempunyai perancangan kewangan yang ideal
adalah sangat penting untuk masa depan anda kerana ia akan menentukan
bagaimana anda akan hidup selepas bersara nanti (tempoh di mana anda
tidak lagi bekerja, tetapi hanya berbelanja setiap hari). Anda perlu
ingat, bila bersara, anda mungkin akan hidup 20-30 tahun lagi, TANPA
BEKERJA! Bolehkah anda survive? Atau tak sampai 2-3 tahun, wang KWSP dah
habis kesemuanya? Untuk maklumat lanjut, anda boleh berbincang dengan
saya mengenai perancangan kewangan anda. Saya sedia membantu, tetapi
harapan saya, janganlah sekadar bertanya saja tapi tak buat apa apa.
Anda kena ambil tindakan yang betul, berdasarkan perancangan masa depan
anda. Jadi cubalah lakukan yang terbaik, demi masa depan anda sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan