25 Julai 2013

Financial Freedom Account? FFA?...

'SIMPAN tidak akan berguna sekiranya tidak di LABURKAN.
PELABURAN merbahaya tanpa ada SIMPANAN'.

Simpanan dan Pelaburan bagai isi dgn kuku, kita semua wajib ada Simpanan dan Pelaburan kalau nak berada dalam keadaan Financial Freedom. Tapi jgn kita simpan dan labur tanpa ada ILMU dan MENTOR, kerana jalan tanpa bimbingan takut tersalah jalan dan kita terpesong...

~Mekanik$~

Hubungi saya untuk keterangan lanjut tentang simpanan dan pelaburan

Mohd Ridzuan Ismail
Perunding Kewangan
019-4666581
[Reply to Comment]

24 Julai 2013

SAMBUNGAN- Jawapan kepada Simpanan Haji Alternatif Terbaik Di Malaysia...


Jika ditakdirkan saya disahkan mengalami penyakit kritikal atau cacat kekal akibat kemalangan, adakah saya masih perlu membuat simpanan?
 
Jika musibah2 yang anda sebutkan di atas menimpa anda semasa anda menyimpan dalam akaun simpanan Hajj kami, pihak MAA Takaful akan mengambil alih 'tugas' anda sebagai penyimpan. Anda tidak perlu lagi menyimpan. Pihak MAA Takaful akan menyimpan bagi pihak anda.

Contoh, anda sekarang (2013) berumur 30 tahun dan menyimpan RM200 sebulan dalam akaun simpanan MTL HAJJ. Ditakdirkan pada 2014 anda disahkan doktor menghidap barah stage 3. Pihak MAA Takaful akan  'sambung' caruman RM200 setiap bulan untuk anda sehingga umur 80 atau sehingga anda meninggal (yang mana terdahulu). Jika simpanan dalam akaun MTL Hajj anda mencukupi untuk menunaikan Haji, anda boleh withdraw simpanan anda pada bila bila masa...

Bukan setakat itu sahaja, jika anda ada membuat simpanan MTL Hajj untuk isteri dan anak-anak anda, semua simpanan Hajj mereka akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MAA Takaful. Bukan kah ini satu value added  yang sangat baik untuk pelanggan?


Apakah yang akan berlaku sekiranya ditakdirkan saya ditimpa kemalangan sewaktu menunaikan umrah atau Haji?
 
MAA Takaful adalah satu satunya operator takaful yang melindungi para pelanggannya 365 hari setahun di Tanah Arab Saudi. pihak MAA Takaful akan membayar jumlah pampasan kemalangan sebanyak 2x ganda  jika berlaku kematian/ cacat kekal akibat sebarang jenis kemalangan di  mana saja di Tanah Arab Saudi.

Untuk pengetahuan semua, syarikat takaful yang lain cuma menyediakan pampasan berganda hanya pada waktu umrah dan Haji sahaja. di MAA Takaful, kami menyediakan perlindungan bukan sewaktu anda menunaikan umrah atau Haji, kami juga menyediakan pampasan berganda jika anda bekerja atau bercuti di Arab Saudi. 365 hari setahun.

Boleh terangkan dengan lebih lanjut tentang manfaat Badal Haji, Waqaf dan Qurban?
 
Badal Haji
 
Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi s.a.w. dan berkata,“Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi s.a.w. menjawab,“Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”
(Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Pihak MAA Takaful telah melantik Andalusia Travel sebagai 'third party' untuk melakukan Badal Haji kepada pelanggan akaun MTL Haji yang tidak sempat mengerjakan Haji akibat meninggal awal. Semasa anda membukan akaun MTL Hajj, anda boleh mengisi borang Badal Haji. Tetapi kami di MAA Takaful sangat fleksibel. Jika anda mahu waris anda yang buatkan Badal Haji untuk anda pun boleh kami akan gunakan portion Badal Haji dan masukkan ke dalam saham Waqaf anda.
Qurban
 
Pihak MAA Takaful telah mengadakan usaha sama dengan Muslim Aid Serving Humanity untuk mengagihkan1 bahagian daging lembu / seekor kambing qurban pada fakir fakir miskin. Ia dibuat secara automatik.

Waqaf
 
Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya”- Hadith Riwayat Muslim
Pihak MAA Takaful telah menjalinkan usaha sama dengan Yayasan Waqaf Malaysia untuk mengendalikan proses waqaf anda.


Alhamdulillah saya telah menunaikan ibadah Haji beberapa tahun yang lepas. Namun saya dapati akaun simpanan Haji dari MAA Takaful amat menarik dengan adanya manfaat perlindungan, Qurban, Waqaf dan simpanan percuma untuk ahli keluarga(Waiver). Bolehkah saya pilih sesetengah manfaat yang saya rasakan releven untuk saya?

 
Ya. Sudah tentu boleh. akaun simpanan Hajj dari MAA Takaful sangat fleksibel. Anda menyatakan yang anda telahpun menunaikan Haji. Oleh itu, saya syorkan kita exclude manfaat Badal Haji dalam polisi anda. portion Badal Haji (RM1,500) itu saya akan tambah ke dalam portion  Waqaf anda.


Saya telah berjumpa dengan beberapa ejen Takaful. Namun saya agak keliru kerana setiap ejen memberikan quotation  dengan manfaat dan cash value yang berbeza beza. 

 
Sudah tentu qoutation dari setiap perunding Takaful akan berbeza beza. Ini kerana Maa Takaful Hajj adalah satu pelan simpanan yang sangat fleksibel & custome-made. Anda boleh menambah atau kurangkan apa saja manfaat yang anda inginkan. Nilai simpanan anda bergantung terhadap bilangan manfaat(riders) , umur, dan prestasi dana syariah.


Boleh saya tahu apakah ciri2 yang perlu ada dalam akaun Simpanan Haji?

 
Secara peribadi, saya berpendapat objektif utama anda menyimpan dalam akaun MTL Hajj adalah untuk meng-optimumkan pelaburan disamping mempunyai 'back up plan' seperti Badal Haji, Qurban dan Waqaf sebagai 'saham akhirat' andai kata meninggal awal.
Saya dapati sesetengah ejen Takaful menambah terlalu banyak riders(manfaat) seperti elaun hospital, medical card, elaun MC, pampasan penyakit kritikal, khairat kematian. Lagi banyak riders(manfaat) dalam akaun Haji anda, lagi sikitlah cash value yang tinggal dalam akaun. Ini kerana setiap manfaat mempunyai caj tabarru. So, hajat untuk menunaikan haji secara 'Kuota Pakej' pasti akan tergugat.

Oleh itu, saya syorkan anda hanya perlu ada;
1) minimum Basic pampasan kematian (all cause of death)
2) Badal Haji
3) Qurban
4) Waqaf
dan
5) Waiver (pengecualian bayaran jika menghidap penyakit kritikal)

Walaupun hanya 5 manfaat saja, tapi ia sudah cukup complete dan akaun simpanan Haji anda akan menjana simpanan/pelaburan yang optimum.

Jika anda ada keperluan untuk mendapatkan protection under rider - rider yang lain, saya suggest anda sign up satu polisi Takaful yang berasingan.


Perbandingan 

 
sila klik utk zoom

Kesimpulannya, jika anda berumur 25 tahun dan ke atas, saya syorkan anda komited untuk simpan RM100 - RM200 sebulan untuk menunaikan Haji.

Jika anda mempunyai anak anak atau bayi, saya syorkan anda boleh mula menyimpan RM50 -RM100 sebulan untuk setiap anak, mengikut kemampuan masing masing..
MOHD RIDZUAN ISMAIL
PERUNDING KEWANGAN
SMS/WECHAT 019-4666581
~Sambungan~
[Reply to Comment]

23 Julai 2013

Simpanan Haji Alternatif Terbaik Di Malaysia


Simpanan Haji Alternatif Terbaik 
Di Malaysia

FAKTA:
  • Jika anda baru bercadang mendaftar haji (muassasah) pada tahun 2013, paling awal giliran anda mengerjakan haji (muassasah) adalah pada tahun 2053. Anda perlu tunggu 40 tahun. Anda sanggup??
  • Seramai sejuta umat Islam sedang menunggu giliran untuk mengerjakan haji.
  • Lebih 60,000 rayuan haji diterima oleh Tabung Haji setiap tahun.
  • Bakal jemaah haji yang berusia 75 tahun ke atas akan diberikan keutamaan dalam proses rayuan. Terdapat 14,000 pencarum dalam kategori ini yang berdaftar dengan LTH.
  • Tambang haji semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 1997, kos haji (muassasah) ialah RM6,000 (selepas subsidi).
  •  



Di MAA Takaful, inshaAllah kami akan bantu anda percepatkan impian anda ke Tanah Suci. Jika ditakdirkan meninggal awal,  pihak kami akan laksanakan Badal Haji / Waqaf / Qurban secara automatik. Ini akan memudahkan semua waris dan saham akhirat si arwah pasti terlaksana.. 

Siapa yang layak menyimpan dalam Maa Takafulink Hajj?
Sesiapa sahaja yang berumur 30 hari hingga 69 tahun.



Saya belum lagi mendaftar giliran di Tabung Haji. Bolehkah saya membuat simpanan dalam Maa Takafulink Hajj?
Anda boleh mula membuat simpanan di dalam Maa Takafulink Hajj pada bila bila masa. Tetapi saya syorkan anda mendaftar nama anda (untuk giliran Haji) di mana2 cawangan Tabung Haji secepat mungkin. Lagi lama anda bertangguh, lagi lambat waktu giliran haji anda. Untuk pengetahuan semua, sesiapa yang mendaftar giliran haji pada tahun ini (2013), giliran Haji (muassasah) anda adalah pada tahun 2053. Anda sanggup tunggu 40 tahun?
contoh slip pendaftaran giliran haji.Di daftar pada Jan 2012. Tarikh Haji ialah pada 2048

Saya sudah pun mendaftar giliran haji di Tabung Haji, dan sedang membuat simpanan bulanan dalam akaun Tabung Haji. Saya rasa saya tidak perlu lagi menyimpan di akaun simpanan yang lain.
Tahniah kepada anda kerana telahpun melakukan tindakan yang tepat dengan mula menyimpan secara berdisiplin untuk ke Tanah Suci. Namun, tiada siapa di dunia yang boleh menjamin 100% dirinya pasti  dapat menunaikan Haji ketika masih hidup. Ini kerana kita tidak tahu nasib kita di masa depan. Jabatan Statistik Malaysia telah mengeluarkan laporan kadar kematian rakyat Malaysia pada tahun 2011 adalah seramai 129,000 orang
Apa yang anda buat sekarang adalah membuat simpanan/pelaburan semata-mata. di Maa Takaful, akaun Maa Takafulink Hajj kami lebih bersifat komprehensif iaitu mempunyai elemen simpanan,pelaburan dan perlindungan.

Berapakah jumlah simpanan bulanan yang sesuai untuk saya menyimpan dalam akaun simpanan MTL HAJJ?

Ia bergantung pada objektif anda menyimpan. Jika anda ingin menunaikan Haji mengikut Kuota Pakej, anda perlukan sekurang kurangnya RM25,000 seorang. Jika mahu mengikut Pakej Kuota, saya mengesyorkan anda menyimpan RM 150 hingga RM250 sebulan.

Sebagai contoh,
Ali berumur 25 tahun,bekerja sebagai jurutera, gaji bulanan RM5,000. ingin menunaikan Haji pada umur 45 tahun mengikut Kuota Pakej . Dia memilih pakej termurah iaitu RM25,000(ketika itu). Ini bermakna Ali perlu menyimpan antara RM 100 hingga RM150 sebulan. 
Kesimpulannya, jika anda berumur 25 tahun dan ke atas, saya syorkan anda komited untuk simpan RM100 - RM200 sebulan untuk menunaikan Haji.

Jika anda mempunyai anak anak atau bayi, saya syorkan anda boleh mula menyimpan RM50 -RM100 sebulan untuk setiap anak, mengikut kemampuan masing masing..


MOHD RIDZUAN ISMAIL
PERUNDING KEWANGAN
SMS/WECHAT 019-4666581
~Sambungan~
[Reply to Comment]

16 Julai 2013

Sebarkan Kebaikan-Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum


Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum
  

Assalamualaikum,Selamat Pagi.

Mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Apa jua kesalahan dan kesilapan kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT , Allah Yang Maha Pengampun, Keampunan-Nya yang meliputi seluas langit dan bumi.

Berkaitan dengan dua asma Allah SWT yang agung di atas, Imam Ghazali ada berkata " Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah 
(Ya Hayyu Ya Qoyyum -Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"

[Reply to Comment]

15 Julai 2013

Mencari keredhaan dan pengampunan di bulan Ramadhan


Dalam satu riwayat Nabi saw telah mengaminkan doa Jibril “ Barangsiapa yang bertemu Ramadhan tetapi dia tidak diampunkan dosanya, maka setelah dia mati dia akan masuk neraka lalu jauhlah dia dari rahmat Allah” [HR Ibnu Hibban, At-Thobrani, alBaihaqi dan Al-Hakim. kata Hakim: Baik isnadnya]

Nabi saw bersabda : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam Iman dan keikhlasan akan diampunlah segala dosanya yang telah lalu, dan sesiapa yang menghidupkan Lailatulqadar dalam keimanan dan keikhlasan akan diampunlah dosanya yang telah lalu” [HR Bukhari, Muslim]

Justeru, carilah pengampunan di dalam bulan yang sepatutnya Hamba Allah mendapat pengampunan dan maghfirah dari Tuhan yang maha Pengampun itu.
Sangat luar biasa bebalnya nafsu andai Ramadhan ini tidak bisa menebuskan diri kita dari Neraka, dan dosa-dosa kita tidak terampun sedangkan janji Allah dan Rasulnya itu bahawa Tuhan sangat pemurah dengan pengampunan, apatah lagi di saat-saat Ramadhan.

Muhammad saw bersabda “ Ramadhan sehingga Ramadhan, Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadi pengkifarah dosa diantaranya selama mana menjauhi dosa-dosa besar” [HR Muslim]

Aisyah bertanya kepada Rasul saw, apakah yang seharusnya didoakan sekiranya bertemu lailatul qadar. Jawab Baginda saw “Ya Allah, sesungguhnya engkau maha pemaaf, sukakan pula kemaafan, maka maafkanlah aku” [ HR Tirmizi: sahih]

Nabi juga berdoa “ Aku berlindung dengan redho-Mu daripada kemurkaan-Mu, dan dengan pengampunan-Mu daripada pembalasan-Mu” [HR Muslim]
Firman Jalla wa A’la : “ Bersegeralah kalian mencari maghfirah (pengampunan) dan Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan maghfirah dan syurga itu untuk golongan muttaqin (orang-orang yang bertakwa)” [ surah Ali Imran :133]
Ayuh segeralah jadi manusia bertaqwa.

Wasiat penghulu kita Muhammad saw : “bertakwalah kamu ketika apa sekali pun, dan tutupilah kejahatan dengan kebajikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan tersebut dan berkakhlaklah dengan manusia akhlak yang baik” [HR Tirmizi : Hasan]
Ramadhan masih berbaki. Walaupun sesaat ia tetap saat yang paling berkat. Doa dan pengharapan di dalamnya tidak sama seperti selain Ramadhan. Maka manfaatkanlah setiap saat Ramadhan sehinggalah peluang saat terakhir. Moga jangan terjadi dari golongan yang rugi.

Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad as-sarkhan berkata di dalam kitabnya Mukhalafat Ramadhan – Kesilapan dalam Ramadhan;

Manusia itu ada 5 jenis apabila bertemu Ramadhan:

1 – Orang yang soleh. Menunggu-nunggu Ramadhan. Apabila bertemu dengannya mereka  sambut dengan gembira dan mengambil faedah daripadanya semaksima mungkin. Lalu di bawa ke luar ramadhan. ~ ini adalah sebaik-baik golongan.
2 – Orang yang kedatangan ramadhan dan pemergiannya sama sahaja (tidak teransang mahu menambah amal) ~ Golongan yang rugi kerana berada dalam peluang tetapi tidak mengambil peluang.
3 – Orang yang Cuma kenal Allah pada bulan Ramadhan sahaja. Apabila selesai ramadhan dia kembali kepada tabiat jahatnya semula. ~ Imam Ahmad dan Fudhail mengatakan : Seburuk-buruk manusia mereka hanya kenal Allah cuma ketika ramadhan sahaja.
4 – Orang yang hanya puasa perut sahaja. Lain anggotanya tidak turut taat kepada Allah. ~ Nabi sebut bahawa ini golongan yang tidak dinilai sikit pun Oleh Allah puasanya dari makan minum [Riwayat Bukhari dan Abu Daud]
5 – Orang yang di dalam bulan Ramadhan pun tidak kenal dan taat kepada Allah, apatah lagi jika di luar Ramadhan. ~ Ini adalah sejahat-jahat jenis manusia, paling bahaya dan sangat terancam. Moga Allah lindungkan kita dari jenis ini.

Pesan Imam Al-Ghazali : “Hiduplah apa kehidupan yang kamu mahu, sesungguhnya engkau mati juga. Cintailah sesiapa pun yang kamu mahu, sesungguhnya engkau tetap berpisah dengannya juga. 
Buatlah apa kerja yang kamu mahu, sesungguhnya kamu tetap akan dibalas juga.” [Ayyuhal walad : wahai anakku]

Moga Ramadhan Ini menjadikan kita manusia yang lebih berani menghadapi kematian.
[Reply to Comment]

10 Julai 2013

Pinjaman Peribadi Bank Tahun 2013 : BNM Ketatkan Syarat Pinjaman & Tempoh Masa Pinjaman

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelaksanaan satu set langkah yang bertujuan untuk mengelak hutang isi rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. Langkah ini yang berkuat kuasa serta-merta melengkapkan langkah terdahulu yang dilaksanakan sejak tahun 2010 untuk menggalakkan sektor isi rumah yang kukuh dan mampan.

Hutang isi rumah terus meningkat pada kadar yang tinggi, iaitu pada kadar tahunan purata 12% sejak lima tahun yang lalu. Meskipun disokong oleh pendapatan dan keadaan guna tenaga yang positif, namun sejak akhir-akhir ini terdapat peningkatan trend dalam penawaran produk kewangan yang tidak mengambil kira kepentingan pengguna dalam jangka panjang.

Ini termasuk tempoh pembiayaan yang dilanjutkan hingga 45 tahun bagi pembiayaan rumah dan 25 tahun bagi pembiayaan peribadi. Walaupun tempoh pembiayaan yang lama ini mengurangkan pembayaran balik bulanan, namun dalam jangka panjang, pembiayaan ini meningkatkan beban hutang isi rumah secara keseluruhan. Amalan seperti ini menggalakkan pengumpulan hutang yang berlebihan oleh isi rumah dan meningkatkan kelemahan sektor ini.

Langkah-langkah ini dilaksanakan menurut seksyen 31(1)(a) Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan terpakai pada semua institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, serta koperasi kredit yang di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan Malaysia Building Society Berhad dan AEON Credit Service (M) Berhad. Ini bagi memastikan amalan pembiayaan adalah konsisten merentas semua penyedia kredit yang utama.

Sebagai tambahan kepada langkah-langkah di atas, penyedia kredit yang utama dikehendaki mematuhi nisbah khidmat bayaran hutang yang berhemat dalam penilaian kredit bagi memastikan isi rumah mempunyai penampan kewangan yang mencukupi untuk melindungi mereka daripada kenaikan kos dan kejadian yang tidak dijangka.

Isi rumah yang mempunyai kemampuan kewangan untuk mengambil pinjaman akan terus mendapat akses kepada pembiayaan. Bagi menambah baik pengurusan hutang yang bertanggungjawab oleh isi rumah, Bank Negara Malaysia akan mempergiat usahanya dalam menyediakan pendidikan kewangan kepada semua segmen masyarakat, termasuk mereka yang masih muda dan peminjam kali pertama daripada institusi kewangan. Di samping itu, rangka kerja perlindungan pengguna akan terus diperkukuh di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.

Sumber : Bank Negara Malaysia
05 Julai 2013
[Reply to Comment]