Aku lihat ramai orang yang berjaya, majoritinya akan bercakap
tentang kejayaan mereka bila perlu. Sebaliknya orang yang berjaya
olok-olok, akan sentiasa ceritakan kejayaan dia yang dulu-dulu.
Bagi aku sebuah kejayaan bukan letak pada apakah pencapaiannya.
Tapi lebih kepada ketenangan hati. Bayangkan sepasang ibubapa yang kaya
raya, tetapi mempunyai anak-anak yang tidak boleh pakai dan sepasang
ibubapa yang sederhana, namun anak-anak yang mampu menjadi penyejuk mata
dan hati.. Siapakah sebenar lagi berjaya.
Rumahtangga Rasulullah SAW menjadi contoh pada ummat manusia dari
masa baginda masih hidup sehingga pada hari ini. Kejayaan keluarga
Rasulullah SAW dilihat bagaimana harmoni sesebuah rumah tersebut.
Rasulullah SAW tiada banglo atau apa-apa yang melambangkan kekayaan
duniawi, hanya kerendahan hati dan kegembiraan di antara mereka sahaja
menjadi kayu ukur kejayaan sehingga ramai orang cemburu melihat mereka.
Semua kejayaan itu lebih kepada pencapai ketenangan hati.. Itulah
sebenarnya kejayaan yang hakiki. Kejayaan dunia dilihat pada harta benda
yang banyak sedangkan pada dasar hati berada dalam keadaan resah dan
gelisah.
Siapalah kita untuk heboh-hebohkan sangat kejayaan sekiranya kita
sentiasa ingat, Allah boleh tarik bila-bila sahaja nikmat kejayaan kita.
Dimanakah letaknya kejayaan kita sebenar? Di hati atau di harta kekayaan?
kaya dahulu kaya sekarang..Yang penting baik budi hingga membawa mati,baik amalan pahala melimpah ruah..
BalasPadam