Assalamu’alaikum w.b.t dan salam ceria.
Antara perbezaan utama di antara bekerja sendiri dengan bekerja dengan majikan ialah masa yang fleksibel.
Usahawan dan para peniaga yang bekerja sendiri mempunyai masa yang fleksibel dan segalanya diatur oleh diri mereka sendiri.
Tetapi awas, ia bukanlah satu kelebihan jika anda tidak dapat
mengawal masa anda sendiri setiap hari dengan mendisiplinkan diri
melakukan kerja yang membawa perniagaan anda lebih ke hadapan.
Bagi yang bekerja dengan majikan, anda adalah terikat dengan jumlah
jam anda bekerja. Ada yang perlu bekerja 8 jam sehari malah ada yang
bekerja 10 jam sehari atau lebih.
Ini kerana anda dibayar berdasarkan kerja yang dilakukan dan prestasi anda akan dinilai dari semasa ke semasa.
Perniagaan Internet
Dalam perniagaan internet,usahawan internet bebas bekerja mengikut
masa yang mereka inginkan sama ada pagi, petang atau malam. Dan jumlah
masa mereka bekerja adalah tidak terhad.
Ini kerana anda tidak dibayar berdasarkan jumlah masa anda bekerja.
Anda hanya dibayar UNTUK aktiviti yang mendatangkan duit yang anda
lakukan.
Anda tidak mendapat bayaran dengan melawat forum, dengan menyemak emel, blogwalking, berfacebook, menonton video di Youtube dan sebagainya.
Walaupun tidak dinafikan anda mungkin perlu melakukan aktiviti di atas.
Faktor Utama
Tetapi anda HANYA dibayar apabila anda dapat memberikan NILAI kepada
target pasaran anda sebagai pertukaran dengan sejumlah wang.
Inilah rahsianya di mana ramai orang yang ingin menjana pendapatan di
internet tetapi tidak berjaya kerana mereka tidak dapat memberi NILAI
kepada target pasaran sebaliknya sibuk melakukan aktiviti yang tidak
mendatangkan duit.
Jadi, tidak menjadi masalah sekiranya anda meluangkan masa 1 jam, 3 jam atau sehingga 10 jam sehari untuk online di internet.
Apa yang penting adalah masa yang ada digunakan untuk menyiapkan
aktiviti yang dapat memberikan anda pendapatan dan lebih NILAI kepada
target pelanggan anda.
Kesimpulannya, bukanlah jumlah masa yang menjadi persoalannya.
Bekerja selama 1 jam dengan melakukan aktiviti yang memberi NILAI
lebih mendatangkan keuntungan daripada ‘bekerja’ selama beberapa jam
tanpa melakukan aktiviti yang menjana wang.
Persoalannya, adakah setiap hari anda melakukan aktiviti yang dapat menjana wang?.
Jika ya, maka tahniah. Jika tidak, mari sama-sama kita berikan perhatian kepada aktiviti yang lebih penting dan utama.
Semoga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan