29 September 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki 2013

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ceria.






Alhamdulillah saya baru sahaja menghabiskan bacaan buku Mudahnya Menjemput Rezeki karya saudara Fathuri Salehuddin.

Sehingga kini buku ini telah dicetak bagi kali ke 11 dalam masa 2 tahun iaitu bermula pada tahun 2012.
Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini amat unik kerana ia merungkai cara mudah mendapat rezeki iaitu dengan menjemput rezeki berbanding dengan mencari rezeki.
Penulis telah menyusun buku ini dengan baik sekali di mana ia terdiri daripada 4 bahagian iaitu :
  1. Apa itu rezeki?
  2. Menjemput rezeki
  3. Cerita menjemput rezeki
  4. Apa perlu saya buat sekarang?
Dalam bahagian pertama, penulis telah memberi penerangan tentang konsep rezeki yang amat luas dan bukan terhad kepada harta benda semata-mata.
Rezeki itu adalah setiap yang memberi faedah kepada kita.
Selain itu, penulis juga memberikan pelbagai contoh rezeki di sekeliling kita dan persepsi masyarakat kita berkaitan rezeki.

Dalam bahagian kedua pula, penulis menerangkan bahawa amat mudah untuk kita menjemput rezeki berbanding mencari rezeki.
Ini kerana, menjemput rezeki bermakna kita tahu di mana untuk menjemputnya. Sebaliknya mencari rezeki bermakna kita tidak tahu tempatnya dan kita perlu terlebih dahulu mencarinya.
Yang mudah adalah dengan menjemput rezeki kerana kita tahu rezeki itu adalah daripada Allah.
Allah Maha Pemberi Rezeki.
Kuncinya adalah kita melakukan perkara yang Allah suruh dan meninggalkan perkara yang Allah larang.
Justeru, penulis telah mengajak kita untuk melakukan apa yang Allah suka dengan mendekatkan diri kepada Allah. Dalam bahagian ini juga, penulis telah menerangkan amalan-amalan yang seharusnya kita lakukan untuk menjemput rezeki daripada Allah.

Dalam bahagian ketiga, penulis telah berkongsi pelbagai cerita benar berkaitan rezeki hasil daripada pengalaman beliau sendiri dan juga cerita yang beliau peroleh.
Antaranya ialah Dibalas dalam 24 jam, ikhlas RM50 dibalas RM 10 000 dan banyak lagi.

Bahagian keempat, penulis menekankan kepada kita kepentingan memiliki impian yang seimbang. Setiap daripada kita sudah pasti memiliki impian yang ingin dicapai. Justeru, penulis menyarankan kita untuk menulis impian kita di dalam Senarai Impian yang disediakan.
Buku ini diakhiri dengan pesanan penulis berkaitan strategi ghaib melalui amalan kerohanian yang diberikan. Juga disertakan tip tambahan berkaitan amalan menjemput rezeki.
Bagi saya, buku ini seharusnya dibaca oleh setiap orang yang selama ini masih tercari-cari ketenangan dalam aspek rezeki.
Semoga dengan membaca buku ini dapat menghilangkan kerisauan kita berkaitan rezeki kerana kita yakin Allah Maha Pemberi Rezeki kepada hamba-Nya yang bertakwa.
Firman Allah : “Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah Ath-Thalaq 65 : 2-3)
[Reply to Comment]

23 September 2013

Tip Panduan Perniagaan Melalui Internet

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam ceria.

Antara perbezaan utama di antara bekerja sendiri dengan bekerja dengan majikan ialah masa yang fleksibel.
Usahawan dan para peniaga yang bekerja sendiri mempunyai masa yang fleksibel dan segalanya diatur oleh diri mereka sendiri.

Tetapi awas, ia bukanlah satu kelebihan jika anda tidak dapat mengawal masa anda sendiri setiap hari dengan mendisiplinkan diri melakukan kerja yang membawa perniagaan anda lebih ke hadapan.

Bagi yang bekerja dengan majikan, anda adalah terikat dengan jumlah jam anda bekerja. Ada yang perlu bekerja 8 jam sehari malah ada yang bekerja 10 jam sehari atau lebih.
Ini kerana anda dibayar berdasarkan kerja yang dilakukan dan prestasi anda akan dinilai dari semasa ke semasa.

Perniagaan Internet
Dalam perniagaan internet,usahawan internet bebas bekerja mengikut masa yang mereka inginkan sama ada pagi, petang atau malam. Dan jumlah masa mereka bekerja adalah tidak terhad.
Ini kerana anda tidak dibayar berdasarkan jumlah masa anda bekerja. Anda hanya dibayar UNTUK aktiviti yang mendatangkan duit yang anda lakukan.

Anda tidak mendapat bayaran dengan melawat forum, dengan menyemak emel, blogwalking, berfacebook, menonton video di Youtube dan sebagainya.
Walaupun tidak dinafikan anda mungkin perlu melakukan aktiviti di atas.

Faktor Utama

Tetapi anda HANYA dibayar apabila anda dapat memberikan NILAI kepada target pasaran anda sebagai pertukaran dengan sejumlah wang.

Inilah rahsianya di mana ramai orang yang ingin menjana pendapatan di internet tetapi tidak berjaya kerana mereka tidak dapat memberi NILAI kepada target pasaran sebaliknya sibuk melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan duit.
Jadi, tidak menjadi masalah sekiranya anda meluangkan masa 1 jam, 3 jam atau sehingga 10 jam sehari untuk online di internet.

Apa yang penting adalah masa yang ada digunakan untuk menyiapkan aktiviti yang dapat memberikan anda pendapatan dan lebih NILAI kepada target pelanggan anda.
Kesimpulannya, bukanlah jumlah masa yang menjadi persoalannya.

Bekerja selama 1 jam dengan melakukan aktiviti yang memberi NILAI lebih mendatangkan keuntungan daripada ‘bekerja’ selama beberapa jam tanpa melakukan aktiviti yang menjana wang.

Persoalannya, adakah setiap hari anda melakukan aktiviti yang dapat menjana wang?.
Jika ya, maka tahniah. Jika tidak, mari sama-sama kita berikan perhatian kepada aktiviti yang lebih penting dan utama.

Semoga bermanfaat. :)
[Reply to Comment]

16 September 2013

Beza antara orang yang berjaya dan tidak

Aku lihat ramai orang yang berjaya, majoritinya akan bercakap tentang kejayaan mereka bila perlu.
Sebaliknya orang yang berjaya olok-olok, akan sentiasa ceritakan kejayaan dia yang dulu-dulu.
 
Bagi aku sebuah kejayaan bukan letak pada apakah pencapaiannya. Tapi lebih kepada ketenangan hati. Bayangkan sepasang ibubapa yang kaya raya, tetapi mempunyai anak-anak yang tidak boleh pakai dan sepasang ibubapa yang sederhana, namun anak-anak yang mampu menjadi penyejuk mata dan hati.. Siapakah sebenar lagi berjaya.
 
Rumahtangga Rasulullah SAW menjadi contoh pada ummat manusia dari masa baginda masih hidup sehingga pada hari ini. Kejayaan keluarga Rasulullah SAW dilihat bagaimana harmoni sesebuah rumah tersebut. 
 
Rasulullah SAW tiada banglo atau apa-apa yang melambangkan kekayaan duniawi, hanya kerendahan hati dan kegembiraan di antara mereka sahaja menjadi kayu ukur kejayaan sehingga ramai orang cemburu melihat mereka.
 
Semua kejayaan itu lebih kepada pencapai ketenangan hati.. Itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki. Kejayaan dunia dilihat pada harta benda yang banyak sedangkan pada dasar hati berada dalam keadaan resah dan gelisah.
 
Siapalah kita untuk heboh-hebohkan sangat kejayaan sekiranya kita sentiasa ingat, Allah boleh tarik bila-bila sahaja nikmat kejayaan kita.
 
Dimanakah letaknya kejayaan kita sebenar? Di hati atau di harta kekayaan?
[Reply to Comment]

9 September 2013

Apakah Kayu Ukur Kejayaan Seseorang?

Aku lihat ramai orang yang berjaya, majoritinya akan bercakap tentang kejayaan mereka bila perlu. Sebaliknya orang yang berjaya olok-olok, akan sentiasa ceritakan kejayaan dia yang dulu-dulu.
 
 
Bagi aku sebuah kejayaan bukan letak pada apakah pencapaiannya. Tapi lebih kepada ketenangan hati. Bayangkan sepasang ibubapa yang kaya raya, tetapi mempunyai anak-anak yang tidak boleh pakai dan sepasang ibubapa yang sederhana, namun anak-anak yang mampu menjadi penyejuk mata dan hati.. Siapakah sebenar lagi berjaya.
 
 
Rumahtangga Rasulullah SAW menjadi contoh pada ummat manusia dari masa baginda masih hidup sehingga pada hari ini. Kejayaan keluarga Rasulullah SAW dilihat bagaimana harmoni sesebuah rumah tersebut. Rasulullah SAW tiada banglo atau apa-apa yang melambangkan kekayaan duniawi, hanya kerendahan hati dan kegembiraan di antara mereka sahaja menjadi kayu ukur kejayaan sehingga ramai orang cemburu melihat mereka.
 
 
Semua kejayaan itu lebih kepada pencapai ketenangan hati.. Itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki. Kejayaan dunia dilihat pada harta benda yang banyak sedangkan pada dasar hati berada dalam keadaan resah dan gelisah.
 
 
Siapalah kita untuk heboh-hebohkan sangat kejayaan sekiranya kita sentiasa ingat, Allah boleh tarik bila-bila sahaja nikmat kejayaan kita.
 
Dimanakah letaknya kejayaan kita sebenar? Di hati atau di harta kekayaan?
[Reply to Comment]