Kedengaran pada masa kini ramai di antara kita bergelut dengan hutang. Apapun alangkah indahnya sekiranya hidup kita tanpa berhutang dan dapat dilunaskan.
Petikan saya ambil ini adalah dari buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki ( MMR) karya saudara Fathuri Salehudin yang ingin saya kongsikan buat tatapan dan panduan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk manfaat kita semua.
Dalam bukunya,penulis memaklumkan yang beliau memetik startegi melunaskan hutang karya saudara Zulkifli Shafie (www.mohdzulkifli.com) yang merupakan mentor dan rakan saya secara maya. Beliau telah berjaya dalam bidang pelaburan emas dan perak serta perunding motivasi dan dengan ini saya ingin kongsikan 7 strategi yang beliau sarankan:-
1) Jangan buat hutang lagi
2)Langsaikan hutang yang interestnya paling tinggi terlebih dahulu
3)Buka senarai 'full settlement hutang"
4)Gunakan duit dari imbuhan,bonus,durian runtuh untuk melangsaikan hutang
5)Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100%ke dalam senarai ' full settlement hutang'
6)Bila sudah selesai satu hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana 'full settlement hutang' itu.
7)Bayar hutang secara automatik.
Saya akan kongsikan sedikit maklumat sekiranya berkesempatan nanti. Sekiranya ingin mengetahuinya bolehlah terus layari blog beliau yang akan saya link kan..http://www.mohdzulkifli.com/2013/08/7-prinsip-penting-menyimpan-wang.html
Selamat membaca,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan