Salah satu survey menarik yang dibuat, penceramah meminta semua peserta berdiri.
Dia tanya, kalau hilang pekerjaan, siapa boleh survive cuma 1 bulan? Sila duduk. Kurang 3 bulan? Sila duduk. Kurang 6 bulan?
Sila duduk. Nah… cuma tinggal tak lebih 20% peserta yang masih berdiri – mampu survive lebih 6 bulan kalau hilang pekerjaan!
80% yang duduk tu akan hilang segala-galanya kalau hilang perkerjaan
atau hilang upaya untuk bekerja dalam masa 6 bulan! Mengerikan. Mereka
akan ‘mati’ sebelum mati… Kereta mewah tu kena tarik. Rumah yang
dibanggakan tu kena sita. Anak bini yang disayangi kena kejar along.
Astro Beyond tu tak payah la cerita… (“,)
Majoritinya tak ada simpanan yang cukup
walaupun keretanya bergaya, handphone canggih, rumahnya besar, lengkap
dengan perabot yang cantik dan TV LCD lagi. Tapi mereka tak ada
simpanan at least 6 bulan pendapatan. Tahap kewangan mereka boleh
dikategorikan “kewangan tak selamat”.
Lebih Berdisiplin Bila Ada Matlamat
Pada saya, kewangan adalah soal survival, bukan untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Untuk capai sesuatu tahap kewangan, kita perlu jelas tahap mana yang
kita nak capai. tetapkan matlamat kewangan
seperti berikut:
- Bebas dari segala hutang.
- Simpanan 3 bulan pendapatan.
- Simpanan 6 bulan pendapatan.
- Simpanan 9 bulan pendapatan.
- Simpanan 1 tahun pendapatan.
- Cukupkan dana; pergi haji dan membeli rumah kedua.
- Simpanan RM1.2 juta. Financially free!
Masa tetapkan matlamat tu, semestinya berhadapan
macam-macam hutang. Pendapatan pun masih di bawah paras kemiskinan.
Income semasa belum tolak EPF dan ansuran
PTPTN. Isteri pula tak bekerja dan menetap di bandaraya metropolitan seperti KL!
Tapi sekarang, perubahan seperti Bebas dari segala ‘hutang’ dengan sedikit simpanan. Kad
kredit dah tak ada. Kereta habis bayar. Hutang PTPTN habis bayar. Personal
loan tinggal satu je. Perabot rumah dan barang elektrik, semuanya boleh dibeli secara tunai. . Semuanya duduk sebelah aset dan harta walaupun tak
banyak. Life benar-benar peace of mind… Alhamdulillah. Puji-pujian bagi
Allah…
Kerana Ada Matlamat, Terpaksa Kekang Nafsu Berbelanja
Bila ada matlamat kewangan, kita akan
lebih berdisiplin untuk menyimpan. Nafsu berbelanja terpaksa dikekang.
Bila nak tukar cassette player kereta kepada CD player, ish… simpanan
aku belum cukup. Bila rasa nak tukar kereta baru, ish… kereta ni boleh
pakai lagi.
Bila nak buat kitchen cabinet, ish… tak apalah… lagi pun
bukan lama nak duduk rumah ni. Bila teringin nak melancong jauh-jauh,
ish… melancong dekat-dekat sudah lah… balik kampung tengok parents lagi
bagus. Daripada beli itu, beli ini, lebih baik simpan duit cukupkan 6
bulan, 9 bulan, 1 tahun, dan 1 juta dulu!
Duit yang kita ada hari ini, bukan untuk
bermewah-mewah. Tapi untuk hidup seadanya hari ni dan hari esok yang
belum tentu hujan panasnya… Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket
kita kaya! (“,)
kredit kepada:- mohdzulkifli.com
biar susah dulu tetapi senang di kemudian hari..
BalasPadam