16 September 2013

Beza antara orang yang berjaya dan tidak

Aku lihat ramai orang yang berjaya, majoritinya akan bercakap tentang kejayaan mereka bila perlu.
Sebaliknya orang yang berjaya olok-olok, akan sentiasa ceritakan kejayaan dia yang dulu-dulu.
 
Bagi aku sebuah kejayaan bukan letak pada apakah pencapaiannya. Tapi lebih kepada ketenangan hati. Bayangkan sepasang ibubapa yang kaya raya, tetapi mempunyai anak-anak yang tidak boleh pakai dan sepasang ibubapa yang sederhana, namun anak-anak yang mampu menjadi penyejuk mata dan hati.. Siapakah sebenar lagi berjaya.
 
Rumahtangga Rasulullah SAW menjadi contoh pada ummat manusia dari masa baginda masih hidup sehingga pada hari ini. Kejayaan keluarga Rasulullah SAW dilihat bagaimana harmoni sesebuah rumah tersebut. 
 
Rasulullah SAW tiada banglo atau apa-apa yang melambangkan kekayaan duniawi, hanya kerendahan hati dan kegembiraan di antara mereka sahaja menjadi kayu ukur kejayaan sehingga ramai orang cemburu melihat mereka.
 
Semua kejayaan itu lebih kepada pencapai ketenangan hati.. Itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki. Kejayaan dunia dilihat pada harta benda yang banyak sedangkan pada dasar hati berada dalam keadaan resah dan gelisah.
 
Siapalah kita untuk heboh-hebohkan sangat kejayaan sekiranya kita sentiasa ingat, Allah boleh tarik bila-bila sahaja nikmat kejayaan kita.
 
Dimanakah letaknya kejayaan kita sebenar? Di hati atau di harta kekayaan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Reply to Comment]