Persaraan boleh diberikan pelbagai takrifan. Ramai orang impikan
persaraan awal. Simpan wang yang cukup, berhenti bekerja dan lakukan apa
yang kita suka, iaitu apa-apa sahaja hingga ke akhir hayat. Bagaikan
suatu mimpi indah, bukan ?
KREDIT KEPADA http://www.yunusmohammad.com/
Ada antara kita yang mengambil persaraan sementara. Mungkin untuk
belajar ataupun menjelajahi dunia. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang
bersara kerana telah mencapai umur persaraan yang diwajibkan, iaitu 55
tahun.
Pada masa ini mereka dapat berehat dan menikmati saat-saat hidup
di dunia ini. Ada pula yang memilih untuk terus bekerja walaupun telah
mencapai umur persaraan. Ada juga yang berbuat demikian kerana mereka
suka bekerja dan ada juga kerana terpaksa. Kemungkinan besar mereka ini
akan menceburi bidang atau disiplin yang baru. Justeru, mereka akan
memulakan kerjaya yang baru.
Walaubagaimanapun, pendapatan kita selepas bersara selalunya tidak
sebanyak yang diperoleh ketika kita muda-muda dahulu. Malahan, ramai
antara kita yang langsung tidak mempunyai pendapatan. Oleh yang
demikian, kita perlu mempunyai wang yang mencukupi untuk memastikan
kehidupan berjalan seperti biasa. Ini memerlukan wang simpanan yang
banyak. Satu-satunya cara untuk mempunyai simpanan yang banyak dan
mencukupi adalah dengan menyimpan dan melabur wang ketika anda masih muda.
Anda juga perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda untuk
persaraan nanti sebelum umur kita semakin meningkat. Jika anda tidak
berbuat demikian, zaman “keemasan hidup” akan menjadi
masa yang paling getir dalam hidup anda.
Anda sudah terlalu tua untuk
memperbaiki keadaan dan terlalu uzur untuk memulakan kehidupan baru.
Saya akan berkongsi dengan anda kaedah dan bagaimana menyimpan untuk
persaraan dalam perkongsian saya yang akan datang !
KREDIT KEPADA http://www.yunusmohammad.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan