Tabiat berbelanja melebihi pendapatan dipercayai menjadi faktor anak
muda di negara ini terjerat dengan krisis kewangan seperti yang
dilaporkan akhbar ini, minggu lalu.
Situasi ini jika tidak
ditangani, pasti memberi kesan buruk kepada tabungan negara. Selain itu,
mungkin timbul keadaan di mana majoriti golongan dewasa berdepan
masalah kewangan kronik apabila anak muda hari ini meningkat usianya
dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang jika beban hutang yang
ditanggung hari ini tidak dilangsai sepenuhnya.
Sebenarnya,
prinsip pengurusan kewangan bukanlah sesuatu yang sukar untuk
dipraktikkan jika anak muda mahu berubah sikap dan lebih berdisiplin
ketika berbelanja. Bagi mereka yang mempunyai maklumat asas mengenai
perancangan kewangan pasti tidak sukar melakukannya. Anak muda yang
tidak arif pula, usahlah malas membaca dan membuat kaji selidik bagi
mencari penyelesaian terhadap beban kewangan.
Sebagai panduan
dan inisiatif sisipan XY – Ikon Lelaki mengatasi kemelut kewangan anak
muda, kami berkongsi berkongsi beberapa konsep asas pengurusan kewangan
untuk dipraktikkan oleh golongan muda seperti yang disyorkan Smart
Consumer, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK).
1. Tentukan matlamat kewangan
Tentukan
matlamat dalam menguruskan kewangan yang seakan-akan sama konsepnya
seperti zaman zaman belajar dulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita
harus tahu matlamat kewangan kita dan ke mana kita ingin menggunakannya.
Sebagai contoh, mungkin ada antara kita yang bermatlamat menyambung pelajaran, membeli rumah, berkahwin, perbelanjaan rumah tangga, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan sewaktu persaraan.
Sebagai contoh, mungkin ada antara kita yang bermatlamat menyambung pelajaran, membeli rumah, berkahwin, perbelanjaan rumah tangga, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan sewaktu persaraan.
Apabila
kita sudah menentukan matlamat kewangan sekali gus sudah pasti aliran
kewangan, kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Kita juga perlu
mengetahui jangka masa untuk kita mencapai matlamat itu.
2. Awasi tabiat berbelanja
Jika
kita merasakan setiap akhir bulan kita gagal untuk menyimpan duit,
inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa.
Apa yang penting, kita perlu menyemak semula ke manakah kewangan
dihabiskan atau dibelanjakan.
Hayati apakah ketika berbelanja,
diri lebih cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika
berdasarkan kehendak semata-mata dan seterusnya menyebabkan kita gagal
untuk menyimpan, tabiat itu haruslah segera diubah.
3. Tulis rancangan atau pelan perbelanjaan
Cuba
tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan
sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji,
perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau
liabiliti yang ada.
Apabila nampak saja duit lebih, ia terus
digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa melakukan
simpanan. Ini biasa terjadi kepada golongan muda yang baru melangkah ke
alam pekerjaan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi, kita perlu
menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan. Apabila kita menerima
duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlu menulis setiap butiran
perbelanjaannya.
4. Simpan sebelum belanja
Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah:
Pendapatan – Simpanan = Hutang + Perbelanjaan bukan Pendapatan – (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan
Pendapatan – Simpanan = Hutang + Perbelanjaan bukan Pendapatan – (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan
Setiap
kali mendapat gaji bulanan, apa yang perlu diutamakan dulu ialah
membuat simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran
hutang dan perbelanjaan.
Namun, sering kali ramai golongan muda
apabila menerima saja duit gaji, ia terus digunakan untuk membayar
hutang dan berbelanja sehingga simpanan dilupakan atau simpanan
dilakukan apabila mempunyai lebihan wang.
5. Perbelanjaan isi rumah
Jika
kebiasaan berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80
sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 saja. Maka
rancang perbelanjaan anda dan tidak salah sekiranya membeli secara
borong.
6. Kad Kredit
Sebaik-baiknya guna wang tunai
untuk mengelak terlebih belanja (overspent). Jika ingin digunakan juga,
selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari iaitu waktu bebas faedah
(interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti
simpanan tetap yang memberikan faedah tahunan lebih rendah berbanding
kad kredit, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.
7. Fikirkanlah masa depan
Seterusnya,
jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan
perbelanjaan tidaklah penting, ternyata anda bakal melakukan kesilapan
besar.
Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan adalah
perkara yang harus di lakukan oleh setiap orang. Setiap perkara
memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti
kerana jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan
mengetahui tujuan kewangan kita.
Anak muda cetek ilmu guna wang
MENURUT
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che
Din, golongan muda banyak terjerumus ke kancah pinjaman kewangan dan
hutang disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan kewangan
yang betul.
Dr Mohd Fadzil berkata, golongan muda terutama
mereka yang baru memasuki alam pekerjaan mempunyai keinginan yang tinggi
tetapi tidak mengetahui asas yang penting dalam pengurusan kewangan
sehingga menjerut mereka ke kancah hutang.
"Apa yang
membimbangkan adalah mereka gemar menggunakan kad kredit kerana mungkin
pada pendapat mereka menggunakan kad kredit adalah jalan mudah untuk
membeli sesuatu. Ini kerana duit gaji bulanan telah habis maka kad
kredit adalah pilihan kedua mereka.
"Ini salah sama sekali…
Seharusnya mereka perlu bijak berbelanja dan jangan menjerat diri untuk
menambah hutang. Setiap yang dikeluarkan perlu dibayar semula dan
pembayaran itu melebihi jumlah sebenar, bukan menyenangkan tapi
merugikan," katanya kepada XY-Ikon Lelaki.
Dr Fadzil menyatakan,
golongan muda perlu mengetahui konsep pengurusan kewangan yang betul
dan sedari alam persekolahan lagi mereka perlu dipupuk dengan konsep
perbelanjaan berhemah.
"Jika tidak tahu bertanya, banyak cara
untuk kita merancang kewangan dengan lebih baik. Penting sebagai ingatan
seharusnya apabila menjejakkan kaki ke alam pekerjaan kita sudah tahu
cara menguruskan kewangan. Sikap ini perlu ada dalam diri setiap
golongan muda terutamanya," katanya.
Apa kata mereka
BAGI
Suraiya Ilyas, 25, ketika mula bekerja, beliau tidak langsung
memikirkan soal pengurusan kewangan secara berhemah. Malah, Suraiya
banyak menghabiskan gaji bulanan dengan membeli barangan bukan keperluan
utama.
"Dulu saya tidak menyimpan dan gaji bulanan banyak habis
dengan membeli baju dan digunakan untuk makan bersama rakan-rakan. Saya
langsung tidak menyimpan walaupun untuk simpanan hari tua.
"Namun,
setelah melihat rakan saya berjaya dalam menguruskan kewangan dan mampu
menyimpan lebih dari keperluan, saya mula membuka mata dan mengetahui
kepentingan pengurusan kewangan," katanya.
Kini, Suraiya boleh
menyimpan untuk simpanan hari tua, memulakan perniagaan secara
kecil-kecilan dan selebihnya digunakan untuk kepentingan peribadi.
Senarai Perbelanjaan Bulanan Mengikut Keutamaan Suraiya
1. Menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB).
2. Melabur dalam perlindungan diri dan keluarga (EMAS &TAKAFUL).
3. Menyimpan dengan Tabung Haji.
4. Membayar pinjaman kereta dan pendidikan.
5. Digunakan untuk kepentingan peribadi.
2. Melabur dalam perlindungan diri dan keluarga (EMAS &TAKAFUL).
3. Menyimpan dengan Tabung Haji.
4. Membayar pinjaman kereta dan pendidikan.
5. Digunakan untuk kepentingan peribadi.
JEJAKA
ini pula, Aminur Firdaus, 26, walaupun terpaksa bekerja keras namun
pulangan yang diperoleh setiap bulan digunakan sebaiknya. Ini kerana
beliau banyak menggunakan gaji bulanan untuk membantu adik beradiknya.
"Saya
anak sulung dan menjadi tanggung jawab saya untuk membantu adik beradik
saya dalam meneruskan kehidupan. Itu keutamaan saya sebelum saya
menggunakannya untuk kepentingan diri saya.
"Saya jarang membeli
keperluan seperti baju dan sebagainya. Tetapi jika saya mula membeli
saya akan borong semuanya. Itu yang selalu saya lakukan selama ini. Pada
saya, lebih jimat kerana saya akan membeli jika ada promosi dan jualan murah," katanya.
Senarai Perbelanjaan Bulanan Mengikut Keutamaan
1. Membantu memberikan duit poket kepada adik beradik.
2. Membantu membayar segala bil dan keperluan isi rumah.
3. Menyimpan untuk pelaburan hari tua.
4. Pelaburan dalam perlindungan diri dan keluarga (insuran).
5. Menggunakan lebihan untuk kepentingan diri sendiri.
2. Membantu membayar segala bil dan keperluan isi rumah.
3. Menyimpan untuk pelaburan hari tua.
4. Pelaburan dalam perlindungan diri dan keluarga (insuran).
5. Menggunakan lebihan untuk kepentingan diri sendiri.
Oleh Alzahrin Alias
Tiada ulasan:
Catat Ulasan