Shah Alam, 1 Okt 2013: Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf 
sebagai Mentor & Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan 
Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks
 Group of Companies berkuatkuasa hari ini. Tindakan ini diambil sebagai 
salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies. 
Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil
 alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, 
bermula serta-merta. Yasmin merupakan bekas Pengurus Kewangan Global, 
Shell. Berkelulusan dalam bidang kewangan dan perakaunan, Universiti 
Islam Antarabangsa Malaysia. Yasmin merupakan satu-satunya anak Melayu 
yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa pemasaran global (Global 
Marketing Committee) untuk Chartered Management Account (CIMA) serta 
ahli Fellow Chartered Management Accountant (FCMA) dan Chartered Global 
Management Accountant (CGMA). Beliau menyertai Richworks Group of 
Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar 
Kumpulan.
Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal 
meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan 
Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan 
pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International
 itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif 
Richworks Group of Companies kini turut menggalas tanggungjawab sebagai 
Ketua Serantau.
Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya 
syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di 
Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran 
Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas 
global.
Ia juga menyaksikan perlantikan baru Zafrul Rizal bin Mat sebagai Pengarah Serantau bagi melancarkan operasi.
PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN, PENGASAS dan PENGERUSI EKSEKUTIF 
RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd
• Penulis buku pemasaran Bahasa Malaysia paling laris iaitu “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” dan buku terbarunya “Magnet Kekayaan & Kejayaan”
• Seorang Mentor Usahawan & Pemasaran No.1 Asia serta usahawan & multi-jutawan yang mempunyai 24 syarikat di dalam beberapa industri di Malaysia dan Singapura
• Pemegang saham kedua terbesar syarikat INSBio Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia
• Seorang pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan – mempunyai agensi yang bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan majalah
• Sering kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips motivasi
• Sering dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program universiti
• Sejak 2008, lebih daripada 365,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar
• Terlibat secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di London, United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF dan MAKNA.
kredit to: http://azizanosman.com 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan