Populasi yang mempunyai perlindungan insurans di Malaysia hanya
25% daripada 26 juta rakyatnya (yang kebanyakan dari kaum
bukan-bumiputra).
Berdasarkan jumlah ini, boleh dikatakan kesedaran terhadap keperluan
serta kepentingan insurans/takaful di Malaysia masih rendah. Di
Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1
polisi dan Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada
satu polisi.
Bagi muslim, ulama telah menghasilkan takaful sebagai alternatif
untuk insurans konvensional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak
halal dalam insurans.
Al-Takaful adalah dari perkataan Arab Kafala yg bermaksud UNTUK MEMBANTU
atau MENJAMIN. Maka MAA TAKAFUL BERHAD adalah hadir sebagai pengendali
takaful terbaik buat 4 tahun berturut-turut takaful di Malaysia sejak
2008.
Insurans dan Takaful sebenarnya sama saja…???
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog MAA
Takaful Berhad. Pada hari ini, saya terfikir untuk menulis serba sedikit
mengenai ‘Takaful’.
Salah satu soalan yang sering dikemukakan oleh pembaca budiman samada
orang Islam dibenarkan mengambil pelan insurans konvensional atau
sebaliknya?Persoalan ini timbul kerana ramai yang keliru di antara
insurans dan takaful.
Persoalan ini sememangnya satu topik panas dan telah menyebabkan
banyak perdebatan berlaku di kalangan wakil insurans & takaful, dan
di kalangan masyarakat sendiri. Malahan ada sesetengah wakil Takaful
yang begitu beriya-iya menyatakan kononnya insurans & takaful itu
berbeza, tetapi sebaliknya ejen dari insurans pula menafikannya.
Bagi menjawab persoalan di atas , anda bukan sahaja perlu mendalami
dan mengkaji ilmu insurans itu sendiri, malah anda sendiri sepatutnya
perlu mengkaji asal-usul takaful dan memahami konsep takaful itu sendiri
tanpa membuat perbandingan dgn mana-mana syarikat insurans mahupun di
kalangan syarikat takaful itu sendiri. Apa yang ketara saya lihat di
sini adalah pendekatan yang digunakan oleh syarikat masing-masing di
samping pelan mereka yang sudah tentunya berbeza.
Ada sesetengah pihak yang mendakwa, ramai di kalangan wakil takaful
(part time) yang hanya terikut-ikut kata dari ejen-ejen lain, sedangkan
mereka tidak mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang ini. Dakwaan ini
walaupun ada benarnya, tetapi seharusnya tidak patut ditujukan kepada
umum. Ianya hanya relevan kepada segelintir individu.
Saya secara ‘personal’, merasakan bahawa produk yang ditawarkan oleh
kedua-dua syarikat insurans dan takaful adalah sama(hanya sedikit
persamaan jika ada). Sememangnya kedua-dua syarikat ini dipantau oleh
Bank Negara Malaysia, apatah lagi kami di MAA Takaful bernaung di bawah
jenama yang sama.
Saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai syarikat insurans
kerana pasti ada yang akan mempertikaikan ‘ilmu’ saya dalam bidang
berkenaan. Jadi , saya memilih untuk berkongsi kepada anda semua akan
Definisi & Konsep Takaful supaya anda dapat membezakan akan
kedua-duanya.
Definisi Takaful
Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan “Takaful” ialah ‘kafala’
yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana
“Takaful” merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja
‘takafala’, maka ianya juga bererti ‘ saling menjamin, menjaga atau
memelihara’.
Menurut Akta Takaful 1984, “Takaful” ertinya satu skim yang
berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan
pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan
di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi
maksud itu.
Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans
konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu
golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini,
syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan
dikawalselia oleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam.
Untuk memastikan syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf
oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of Takaful
Operator.
Konsep Asas Takaful
Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan
kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling
bekerjasama di kalangan peserta.
1. Al-Qasamah
Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur
ulama’, apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa
pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah
sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka
orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah
diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu
keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.
2. Aqilah
Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk
membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak
sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan
perang Muslimin.
3. Tabarru’
Tabarru’ bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful,
semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas
niat yang sama.
Di dalam industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah
Tabarru’ (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap
peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang
dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung
Tabarru’ yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi
keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.
Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar
sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko
tersebut.
4. Al-Wakalah
Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.
Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat
orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu
atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga
sesuatu perkara.
Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan
pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas
prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk
melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.
Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak
Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta ,
tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.
5. Mudharabah
Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian
berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan
menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas
peraturan dan pembahagian keuntungan.
Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai
pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta
pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui
sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian
keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.
Hayati dengan sepenuh hati
Surah Al-Baqarah: 180“Diwajibkan atas kamu, apabila
seorang dari kamu hampir mati, hendaklah kamu membuat wasiat untuk
ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang
bertaqwa”
HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
Renung sejenak:
“Seseorang tidak dapat mengenal pasti kepentingan sebenar saat-saat tertentu dalam hidup sehinggalah ia sudah terlambat”
Ketahui lebih lanjut dengan ………….
E-mail aaron.rizan@gmail.com
Mohd Ridzuan Ismail
pm/whatsapp 019-4666581