25 Oktober 2013

Senyum untuk Magnet Kekayaan dan Kejayaan

 TIPS BIZ TODAY...

Bila semua orang fokus kepada masalah, apa yang kita fokuskan itu akan menjadi DOA. Ia ibarat "Magnet". Kita fokus masalah, lebih banyak masalah akan hadir di keliling kita. Kita perlu fokuskan lebih banyak kebaikan, manfaat dan kebajikan yang berlaku di sekeliling kita. Kita suka mengkritikalkan keburukan sehingga kita tidak nampak banyak juga kebaikan dan limpahan kasih sayang berlaku di sekeliling kita.

Wallahu A'lam. Kita adalah apa yang kita fikirkan dan fokuskan. Anda magnet apa yang anda sangkakan. Dengan semua kejadian ini, apa yang kita perbaiki dalam hidup kita? Kita spend lebih banyak masa dengan keluarga kita solat dan mengaji bersama setiap hari? Atau...... No difference? Itu terpulang masing-masing.

Sesungguhnya Allah swt mengikut sangkaan hambaNya. - Riwayat Hadith
 
'Jangan mulakan bisnes dengan modal duit yang banyak apatah lagi pnjaman. Duit tidak menjamin kejayaan anda di dalam bisnes tetapi the right attitude, the right knowledge, the system/ strategies & the right action yang akan memudahkan perjalanan bisnes anda. mulakanlah di mana anda mampu mulakan'

Thanks Dr. Azizan Osman for sharing!!

#ridzuan ismail

22 Oktober 2013

Matlamat tinggikan simpanan bermatlamat

Salah satu survey menarik yang dibuat, penceramah meminta semua peserta berdiri. 

Dia tanya, kalau hilang pekerjaan, siapa boleh survive cuma 1 bulan? Sila duduk. Kurang 3 bulan? Sila duduk. Kurang 6 bulan? 
Sila duduk. Nah… cuma tinggal tak lebih 20% peserta yang masih berdiri – mampu survive lebih 6 bulan kalau hilang pekerjaan! 80% yang duduk tu akan hilang segala-galanya kalau hilang perkerjaan atau hilang upaya untuk bekerja dalam masa 6 bulan! Mengerikan. Mereka akan ‘mati’ sebelum mati… Kereta mewah tu kena tarik. Rumah yang dibanggakan tu kena sita. Anak bini yang disayangi kena kejar along. Astro Beyond tu tak payah la cerita… (“,)

Majoritinya tak ada simpanan yang cukup walaupun keretanya bergaya, handphone canggih, rumahnya besar, lengkap dengan perabot yang cantik dan TV LCD lagi. Tapi mereka tak ada simpanan at least 6 bulan pendapatan. Tahap kewangan mereka boleh dikategorikan “kewangan tak selamat”.

Lebih Berdisiplin Bila Ada Matlamat

Pada saya, kewangan adalah soal survival, bukan untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya. Untuk capai sesuatu tahap kewangan, kita perlu jelas tahap mana yang kita nak capai.  tetapkan matlamat kewangan seperti berikut:
  1. Bebas dari segala hutang.
  2. Simpanan 3 bulan pendapatan.
  3. Simpanan 6 bulan pendapatan.
  4. Simpanan 9 bulan pendapatan.
  5. Simpanan 1 tahun pendapatan.
  6. Cukupkan dana; pergi haji dan membeli rumah kedua.
  7. Simpanan RM1.2 juta. Financially free!
Masa tetapkan matlamat tu, semestinya berhadapan macam-macam hutang. Pendapatan pun masih di bawah paras kemiskinan. Income semasa belum tolak EPF dan ansuran PTPTN. Isteri pula tak bekerja dan menetap di bandaraya metropolitan seperti KL!

Tapi sekarang, perubahan seperti Bebas dari segala ‘hutang’ dengan sedikit simpanan. Kad kredit dah tak ada. Kereta habis bayar. Hutang PTPTN habis bayar. Personal loan tinggal satu je. Perabot rumah dan barang elektrik, semuanya boleh dibeli secara tunai. . Semuanya duduk sebelah aset dan harta walaupun tak banyak. Life benar-benar peace of mind… Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah…

Kerana Ada Matlamat, Terpaksa Kekang Nafsu Berbelanja

Bila ada matlamat kewangan, kita akan lebih berdisiplin untuk menyimpan. Nafsu berbelanja terpaksa dikekang. Bila nak tukar cassette player kereta kepada CD player, ish… simpanan aku belum cukup. Bila rasa nak tukar kereta baru, ish… kereta ni boleh pakai lagi. 

Bila nak buat kitchen cabinet, ish… tak apalah… lagi pun bukan lama nak duduk rumah ni. Bila teringin nak melancong jauh-jauh, ish… melancong dekat-dekat sudah lah… balik kampung tengok parents lagi bagus. Daripada beli itu, beli ini, lebih baik simpan duit cukupkan 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun, dan 1 juta dulu!

Duit yang kita ada hari ini, bukan untuk bermewah-mewah. Tapi untuk hidup seadanya hari ni dan hari esok yang belum tentu hujan panasnya… Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya! (“,)

kredit kepada:- mohdzulkifli.com

21 Oktober 2013

7 Strategi melunaskan hutang

Kedengaran pada masa kini ramai di antara kita  bergelut dengan hutang. Apapun alangkah indahnya sekiranya hidup kita tanpa berhutang dan dapat dilunaskan.

Petikan saya ambil ini adalah dari buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki ( MMR) karya saudara Fathuri Salehudin yang ingin saya kongsikan buat tatapan dan panduan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk manfaat kita semua.




Dalam bukunya,penulis memaklumkan yang beliau memetik startegi melunaskan hutang karya saudara Zulkifli Shafie (www.mohdzulkifli.com) yang merupakan mentor dan rakan saya secara maya. Beliau telah berjaya dalam bidang pelaburan emas dan perak serta perunding motivasi dan dengan ini saya ingin kongsikan 7 strategi yang beliau sarankan:-

1) Jangan buat hutang lagi
2)Langsaikan hutang yang interestnya paling tinggi terlebih dahulu
3)Buka senarai 'full settlement hutang"
4)Gunakan duit dari imbuhan,bonus,durian runtuh untuk melangsaikan hutang
5)Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100%ke dalam senarai ' full settlement hutang'
6)Bila sudah selesai satu hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana 'full settlement hutang' itu.
7)Bayar hutang secara automatik.

Saya akan kongsikan sedikit maklumat sekiranya berkesempatan nanti. Sekiranya ingin mengetahuinya bolehlah terus layari blog beliau yang akan saya link kan..http://www.mohdzulkifli.com/2013/08/7-prinsip-penting-menyimpan-wang.html

Selamat membaca,




8 Oktober 2013

Kenapa saya tidak berjaya lagi dari segi kewangan?


1- Sebab anda tidak cukup bersyukur. Orang berjaya tidak fokus kepada apa yang TIDAK BERJAYA dilakukan tetapi fokus kepada apa tindakan yang mereka berjaya lakukan dan bersyukur

2- Anda pernah duduk dan perhatikan adakah anda berada di situasi kewangan sebagai pekerja, berniaga dan/atau melabur? Jika anda bekerja, kenaikan gaji dan pendapatan anda adalah terhad, tetapi jika berniaga atau melabur, anda mempunyai lebih pilihan dan kuasa untuk meningkatkan pendapatan anda.

3- Kuasa merubah kewangan kita di dalam perniagaan bergantung kepada kuasa Doa & tawakal, kuasa Ilmu, kuasa strategi, kuasa tindakan luar biasa, kuasa fokus, kuasa menyumbang/memberi, kuasa istiqomah, kuasa ikhlas, kuasa syukur, sabar, redha dan kuasa minda postifi. Jangan lupa juga lihat bagaimana kita menarik keberkatan ke dalam hidup kita dengan check solat kita 5 waktu, solat sunat dhuha dan tahajud, sedekah, hubungan kita dengan ibu bapa kita dan suami/isteri/anak-anak samada kita cukup gembirakan mereka atau tidak dan tidak lupa juga adakah kita bersangka baik dengan Tuhan.

Orang yang banyak merungut kepada Allah swt akan hidup penuh rungutan.

Rezeki adalah banyak di sekeliling kita tetapi adakah minda kita dan ilmu kita tahu bagaimana mencapainya?


#DrAzizanOsman

3 Oktober 2013

Apa nak buat kalau belum lagi berjaya?

Jika apa yang kita inginkan belum tercapai, apa yang anda patut buat? 

Ada 9S yang anda boleh buat! :-

1- Bersyukur- Bersyukur?? Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah, setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Allah swt.

2- Bersedekah- Dah tak dapat lagi mahu sedekah? Ya! Sedekah! Sedekah adalah hikmah Allah swt untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Sedekah sedikit ikut apa yang kita rasa suka. Berdoa juga berkat sedekah tersebut Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan seluruh urusan hajat kita.

3- Salam- Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak! Salam membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoaka kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut.

4- Senyum- Senyum? Susah ni! Tak capai matlamat! Tertekan dan kena senyum? Ya! Senyum adalah sedekah, sesiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Dan senyuman membuka pintu rezeki. Senyuman juga akan membantu kita fokus kepada apa yang baik di keliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya?

5- Sujud- Ya! Lebih banyak ujian yang hadir, lagi banyak anda mahu capai tingkat seterusnya dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan. Sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud menentukan banyak perkara keberkatan dalam hidup kita.

6- Selawat- Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda!

7- Sumbang- Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakarwn anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain.

8- Serah- Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita.

9- Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar!

kredit kepada blog http://azizanosman.com

1 Oktober 2013

Dr Azizan Meletakkan Jawatan?

Shah Alam, 1 Okt 2013: Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf sebagai Mentor & Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies berkuatkuasa hari ini. Tindakan ini diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies. 

Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bermula serta-merta. Yasmin merupakan bekas Pengurus Kewangan Global, Shell. Berkelulusan dalam bidang kewangan dan perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yasmin merupakan satu-satunya anak Melayu yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa pemasaran global (Global Marketing Committee) untuk Chartered Management Account (CIMA) serta ahli Fellow Chartered Management Accountant (FCMA) dan Chartered Global Management Accountant (CGMA). Beliau menyertai Richworks Group of Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.

Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.

Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global.

Ia juga menyaksikan perlantikan baru Zafrul Rizal bin Mat sebagai Pengarah Serantau bagi melancarkan operasi.

PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN, PENGASAS dan PENGERUSI EKSEKUTIF RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd

• Penulis buku pemasaran Bahasa Malaysia paling laris iaitu “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” dan buku terbarunya “Magnet Kekayaan & Kejayaan”

• Seorang Mentor Usahawan & Pemasaran No.1 Asia serta usahawan & multi-jutawan yang mempunyai 24 syarikat di dalam beberapa industri di Malaysia dan Singapura

• Pemegang saham kedua terbesar syarikat INSBio Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia

• Seorang pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan – mempunyai agensi yang bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan majalah

• Sering kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips motivasi

• Sering dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program universiti

• Sejak 2008, lebih daripada 365,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar

• Terlibat secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di London, United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF dan MAKNA.

kredit to: http://azizanosman.com

29 September 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki 2013

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ceria.






Alhamdulillah saya baru sahaja menghabiskan bacaan buku Mudahnya Menjemput Rezeki karya saudara Fathuri Salehuddin.

Sehingga kini buku ini telah dicetak bagi kali ke 11 dalam masa 2 tahun iaitu bermula pada tahun 2012.
Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini amat unik kerana ia merungkai cara mudah mendapat rezeki iaitu dengan menjemput rezeki berbanding dengan mencari rezeki.
Penulis telah menyusun buku ini dengan baik sekali di mana ia terdiri daripada 4 bahagian iaitu :
  1. Apa itu rezeki?
  2. Menjemput rezeki
  3. Cerita menjemput rezeki
  4. Apa perlu saya buat sekarang?
Dalam bahagian pertama, penulis telah memberi penerangan tentang konsep rezeki yang amat luas dan bukan terhad kepada harta benda semata-mata.
Rezeki itu adalah setiap yang memberi faedah kepada kita.
Selain itu, penulis juga memberikan pelbagai contoh rezeki di sekeliling kita dan persepsi masyarakat kita berkaitan rezeki.

Dalam bahagian kedua pula, penulis menerangkan bahawa amat mudah untuk kita menjemput rezeki berbanding mencari rezeki.
Ini kerana, menjemput rezeki bermakna kita tahu di mana untuk menjemputnya. Sebaliknya mencari rezeki bermakna kita tidak tahu tempatnya dan kita perlu terlebih dahulu mencarinya.
Yang mudah adalah dengan menjemput rezeki kerana kita tahu rezeki itu adalah daripada Allah.
Allah Maha Pemberi Rezeki.
Kuncinya adalah kita melakukan perkara yang Allah suruh dan meninggalkan perkara yang Allah larang.
Justeru, penulis telah mengajak kita untuk melakukan apa yang Allah suka dengan mendekatkan diri kepada Allah. Dalam bahagian ini juga, penulis telah menerangkan amalan-amalan yang seharusnya kita lakukan untuk menjemput rezeki daripada Allah.

Dalam bahagian ketiga, penulis telah berkongsi pelbagai cerita benar berkaitan rezeki hasil daripada pengalaman beliau sendiri dan juga cerita yang beliau peroleh.
Antaranya ialah Dibalas dalam 24 jam, ikhlas RM50 dibalas RM 10 000 dan banyak lagi.

Bahagian keempat, penulis menekankan kepada kita kepentingan memiliki impian yang seimbang. Setiap daripada kita sudah pasti memiliki impian yang ingin dicapai. Justeru, penulis menyarankan kita untuk menulis impian kita di dalam Senarai Impian yang disediakan.
Buku ini diakhiri dengan pesanan penulis berkaitan strategi ghaib melalui amalan kerohanian yang diberikan. Juga disertakan tip tambahan berkaitan amalan menjemput rezeki.
Bagi saya, buku ini seharusnya dibaca oleh setiap orang yang selama ini masih tercari-cari ketenangan dalam aspek rezeki.
Semoga dengan membaca buku ini dapat menghilangkan kerisauan kita berkaitan rezeki kerana kita yakin Allah Maha Pemberi Rezeki kepada hamba-Nya yang bertakwa.
Firman Allah : “Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah Ath-Thalaq 65 : 2-3)

23 September 2013

Tip Panduan Perniagaan Melalui Internet

Assalamu’alaikum w.b.t dan salam ceria.

Antara perbezaan utama di antara bekerja sendiri dengan bekerja dengan majikan ialah masa yang fleksibel.
Usahawan dan para peniaga yang bekerja sendiri mempunyai masa yang fleksibel dan segalanya diatur oleh diri mereka sendiri.

Tetapi awas, ia bukanlah satu kelebihan jika anda tidak dapat mengawal masa anda sendiri setiap hari dengan mendisiplinkan diri melakukan kerja yang membawa perniagaan anda lebih ke hadapan.

Bagi yang bekerja dengan majikan, anda adalah terikat dengan jumlah jam anda bekerja. Ada yang perlu bekerja 8 jam sehari malah ada yang bekerja 10 jam sehari atau lebih.
Ini kerana anda dibayar berdasarkan kerja yang dilakukan dan prestasi anda akan dinilai dari semasa ke semasa.

Perniagaan Internet
Dalam perniagaan internet,usahawan internet bebas bekerja mengikut masa yang mereka inginkan sama ada pagi, petang atau malam. Dan jumlah masa mereka bekerja adalah tidak terhad.
Ini kerana anda tidak dibayar berdasarkan jumlah masa anda bekerja. Anda hanya dibayar UNTUK aktiviti yang mendatangkan duit yang anda lakukan.

Anda tidak mendapat bayaran dengan melawat forum, dengan menyemak emel, blogwalking, berfacebook, menonton video di Youtube dan sebagainya.
Walaupun tidak dinafikan anda mungkin perlu melakukan aktiviti di atas.

Faktor Utama

Tetapi anda HANYA dibayar apabila anda dapat memberikan NILAI kepada target pasaran anda sebagai pertukaran dengan sejumlah wang.

Inilah rahsianya di mana ramai orang yang ingin menjana pendapatan di internet tetapi tidak berjaya kerana mereka tidak dapat memberi NILAI kepada target pasaran sebaliknya sibuk melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan duit.
Jadi, tidak menjadi masalah sekiranya anda meluangkan masa 1 jam, 3 jam atau sehingga 10 jam sehari untuk online di internet.

Apa yang penting adalah masa yang ada digunakan untuk menyiapkan aktiviti yang dapat memberikan anda pendapatan dan lebih NILAI kepada target pelanggan anda.
Kesimpulannya, bukanlah jumlah masa yang menjadi persoalannya.

Bekerja selama 1 jam dengan melakukan aktiviti yang memberi NILAI lebih mendatangkan keuntungan daripada ‘bekerja’ selama beberapa jam tanpa melakukan aktiviti yang menjana wang.

Persoalannya, adakah setiap hari anda melakukan aktiviti yang dapat menjana wang?.
Jika ya, maka tahniah. Jika tidak, mari sama-sama kita berikan perhatian kepada aktiviti yang lebih penting dan utama.

Semoga bermanfaat. :)

16 September 2013

Beza antara orang yang berjaya dan tidak

Aku lihat ramai orang yang berjaya, majoritinya akan bercakap tentang kejayaan mereka bila perlu.
Sebaliknya orang yang berjaya olok-olok, akan sentiasa ceritakan kejayaan dia yang dulu-dulu.
 
Bagi aku sebuah kejayaan bukan letak pada apakah pencapaiannya. Tapi lebih kepada ketenangan hati. Bayangkan sepasang ibubapa yang kaya raya, tetapi mempunyai anak-anak yang tidak boleh pakai dan sepasang ibubapa yang sederhana, namun anak-anak yang mampu menjadi penyejuk mata dan hati.. Siapakah sebenar lagi berjaya.
 
Rumahtangga Rasulullah SAW menjadi contoh pada ummat manusia dari masa baginda masih hidup sehingga pada hari ini. Kejayaan keluarga Rasulullah SAW dilihat bagaimana harmoni sesebuah rumah tersebut. 
 
Rasulullah SAW tiada banglo atau apa-apa yang melambangkan kekayaan duniawi, hanya kerendahan hati dan kegembiraan di antara mereka sahaja menjadi kayu ukur kejayaan sehingga ramai orang cemburu melihat mereka.
 
Semua kejayaan itu lebih kepada pencapai ketenangan hati.. Itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki. Kejayaan dunia dilihat pada harta benda yang banyak sedangkan pada dasar hati berada dalam keadaan resah dan gelisah.
 
Siapalah kita untuk heboh-hebohkan sangat kejayaan sekiranya kita sentiasa ingat, Allah boleh tarik bila-bila sahaja nikmat kejayaan kita.
 
Dimanakah letaknya kejayaan kita sebenar? Di hati atau di harta kekayaan?

9 September 2013

Apakah Kayu Ukur Kejayaan Seseorang?

Aku lihat ramai orang yang berjaya, majoritinya akan bercakap tentang kejayaan mereka bila perlu. Sebaliknya orang yang berjaya olok-olok, akan sentiasa ceritakan kejayaan dia yang dulu-dulu.
 
 
Bagi aku sebuah kejayaan bukan letak pada apakah pencapaiannya. Tapi lebih kepada ketenangan hati. Bayangkan sepasang ibubapa yang kaya raya, tetapi mempunyai anak-anak yang tidak boleh pakai dan sepasang ibubapa yang sederhana, namun anak-anak yang mampu menjadi penyejuk mata dan hati.. Siapakah sebenar lagi berjaya.
 
 
Rumahtangga Rasulullah SAW menjadi contoh pada ummat manusia dari masa baginda masih hidup sehingga pada hari ini. Kejayaan keluarga Rasulullah SAW dilihat bagaimana harmoni sesebuah rumah tersebut. Rasulullah SAW tiada banglo atau apa-apa yang melambangkan kekayaan duniawi, hanya kerendahan hati dan kegembiraan di antara mereka sahaja menjadi kayu ukur kejayaan sehingga ramai orang cemburu melihat mereka.
 
 
Semua kejayaan itu lebih kepada pencapai ketenangan hati.. Itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki. Kejayaan dunia dilihat pada harta benda yang banyak sedangkan pada dasar hati berada dalam keadaan resah dan gelisah.
 
 
Siapalah kita untuk heboh-hebohkan sangat kejayaan sekiranya kita sentiasa ingat, Allah boleh tarik bila-bila sahaja nikmat kejayaan kita.
 
Dimanakah letaknya kejayaan kita sebenar? Di hati atau di harta kekayaan?

19 Ogos 2013

Financial Freedom Account( FFA)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti saranan tabungan cara jutawan Dr Azizan Osman, FFA adalah salah satu jenis akaun dari 6 akaun yang perlu ada pada diri individu dalam hal mengurus tadbir kewangan masing-masing.

Di sini saya ingin kongsikan satu daripada 6 jenis akaun iaitu tabungan Financial Freedom Account. ( Selepas ini di sebut FFA)

Berapakah jumlah amaun tabungan anda untuk dana masa depan anda dan keluarga kelak? Apakah fokus anda pada FFA 5 thn dari sekarang? 10 tahun?20 tahun? Contohnya: Jumlah cash di akaun dalam RM 1 Juta..

Saya boleh bantu anda andai anda berminat membuat simpanan FFA dan dalam masa sama kekayaan perniagaan dan kerjaya dilindungi. Faham ke Faham?

Sekiranya berminat membuat simpanan secara bulanan dan dilindungi dari risiko,Sila tinggalkan Nama penuh,alamat dan no telefon untuk dihubungi dan berapa amaun bulanan pilihan anda sendiri.
Insha Allah,saya akan hubungi anda dengan segera.

Ridzuan Ismail
Financial Fund Manager
019-4666581
FACEBOOK -Mohd Ridzuan Ismail
FANPAGE- Pakar Simpanan Pendidikan Kanak-Kanak, Kad Rawatan dan Simpanan Haji dan Umrah

18 Ogos 2013

Peminjam PTPTN Bakal Disenarai Dalam CCRIS

Salam hormat para pembaca sekalian,

Perhatian kepada semua yang sedang menuntut atau yang telah selesai meminjam PTPTN, mungkin berita tidak baik ini tidak menyenangkan dan mungkin ini tindakan yang drastik yang boleh menyebabkan para graduan akan terjebak ke kancah keberhutangan. Di cadangkan satu Jawatankuasa Pemandu Kementerian Pelajaran membincangkan isu ini dan menkaji supaya semua pihak ‘win win situation’..bukan untuk menghukum..

Pada pendapat saya,bukan semua berdegil dan liat hendak membayar tetapi mungkin masalah lain yang boleh dihalusi para graduan yang mungkin mengalami situasi lambakan graduan mendapat pekerjaan, dan yang masih menggangur.
Ini menyebabkan para graduan yang terdiri daripada mereka yang berhasrat bekerja sendiri yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan sukar memohon pinjaman bank akibat telah disenarai hitamkan dan menyebabkan situasi ini bertambah parah dan tiada jalan penyelesaian.
Semoga ada langkah penyelesaian sebelum mengambil tindakan melulu begini..

Sumber BERNAMA

Bermula bulan Ogos 2013, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).

Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.
Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.

“Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka,” kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN.
Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.
Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.

Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.


13 Ogos 2013

Tabung Simpanan Financial Freedom Account ( FFA)

  • Salam hormat tuan/puan

    Terima kasih kerana sudi memnerikan sedikit masa dalam menambah pengetahuan kewangan dan berkeinginan untuk mencapai kejayaan besar dalam hidup. Sebelum itu,anda perlu jelas tentang matlamat anda untuk mencapai kejayaan besar dalam hidup,sama ada untuk kerjaya,perniagaan,kewangan,kesihatan,ke­ luarga,pendidikan ataupun sosial.

    Nah,di sini saya ingin kongsikan tentang matlamat penting anda untuk kewangan anda.. Sama ada bebas kewangan,poket tidak bocor,pandai urus tabungan dsb. Kewangan tidak terjamin malah sekiranya kita mempunyai kerja tetap sekalipun andai tidak bijak mengurus kewangan dengan betul akan juga mempunyai tahap kewangan tidak baik. Semua orang mampu buat sebenarnya kerana seharian hidup kita berurusan dgn wang. Betul kan?
    Jadi adalah baik kita menjadi pemberi dan dalam masa yang sama menerima dengan baik,apa sahaja bukan sahaja kewangan malah kasih sayang,sosial mahupun hubungan kita dengan Maha Pencipta..

    Ok..Bagaimana untuk berubah diri dan hidup kita? Mulakan dgn FFA..(selepas ini di singkatkan dari Financial Freedom Account)

    Berapakah jumlah amaun tabungan anda untuk dana persaraan kelak? Apakah fokus anda pada FFA 5 thn dari sekarang? Contohnya: Jumlah cash dalam RM 1 Juta..

    Saya boleh bantu anda andai anda berminat membuat simpanan FFA dan dalam masa sama kekayaan perniagaan dan kerjaya dilindungi. Faham ke Faham?

    Tips 1

    Baik..saya tak memaksa anda jikalau anda perlu simpan dahulu hasil pendapatan sebelum berbelanja..ini cara yang paling berkesan dan masa sama mlatih kita mengikat kewangan kita pada FFA sebelum berbelanja 10% sahaja minima dari pendapatan bulanan contoh Rm 2000 sebulan maka anda dapat menyimpan untuk setahun Rm 24,000..

    Tips 2

    Anda perlu menentukan berapa nilai perlu bayar untuk mencapai matlamat anda.. Saya hanya bercerita tentang Simpanan TIDAK Pelaburan. kerana pelaburan ada risiko tertentu melainkan ilmu perlu cukup terlebih dahulu. Saya cadangkan Rm 3 sehari bersamaan Rm90 dan digenap menjadi Rm 100/ sebulan sebagai permulaan..
    Andai anda mahukan tabungan FFA anda tinggi dalam 5 tahun dan dalam masa sama Dilindungi Risiko mengapa tidak kan? Saya tidak gemar membandingkan dengan dana pelaburan kerana kita selalu berharap dividen atau bonus naik setiap tahun,tetapi tidak memikirkan andai berlaku sesuatu pada kita contoh kemalangan,menghidap kanser@kecelakaan bagaimanakah simpanan kita setiap bulan andai tidak di cover simpanan itu? ......... Segala simpanan habis akan dikeluarkan untuk bertarung dengan situasi yg tidak dingini itu.. Jadi matlamat asal akan berkubur dan tidak berjaya.. .........

    Saranan saya;

    Sekiranya berminat membuat simpanan secara bulanan dan dilindungi dari risiko,Sila tinggalkan Nama penuh,alamat dan no telefon untuk dihubungi dan berapa amaun bulanan pilihan anda sendiri.
    Insha Allah,saya akan hubungi anda dengan segera.
    20 orang terawal yg berjaya dalam membuka akaun ini akan mendapat hadiah esklusif dari saya.

    Sekian

    Ingat lagi pada istilah ini? ' I deserve to be Rich because I Add Value to other People Lives'..
    Jumpa lagi..
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Mohd Ridzuan Ismail
    019-4666581
    Financial Consultant

25 Julai 2013

Financial Freedom Account? FFA?...

'SIMPAN tidak akan berguna sekiranya tidak di LABURKAN.
PELABURAN merbahaya tanpa ada SIMPANAN'.

Simpanan dan Pelaburan bagai isi dgn kuku, kita semua wajib ada Simpanan dan Pelaburan kalau nak berada dalam keadaan Financial Freedom. Tapi jgn kita simpan dan labur tanpa ada ILMU dan MENTOR, kerana jalan tanpa bimbingan takut tersalah jalan dan kita terpesong...

~Mekanik$~

Hubungi saya untuk keterangan lanjut tentang simpanan dan pelaburan

Mohd Ridzuan Ismail
Perunding Kewangan
019-4666581

16 Julai 2013

Sebarkan Kebaikan-Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum


Keajaiban Ya Hayyu Ya Qayyum
  

Assalamualaikum,Selamat Pagi.

Mudah-mudahan kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Apa jua kesalahan dan kesilapan kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT , Allah Yang Maha Pengampun, Keampunan-Nya yang meliputi seluas langit dan bumi.

Berkaitan dengan dua asma Allah SWT yang agung di atas, Imam Ghazali ada berkata " Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah 
(Ya Hayyu Ya Qoyyum -Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"

15 Julai 2013

Mencari keredhaan dan pengampunan di bulan Ramadhan


Dalam satu riwayat Nabi saw telah mengaminkan doa Jibril “ Barangsiapa yang bertemu Ramadhan tetapi dia tidak diampunkan dosanya, maka setelah dia mati dia akan masuk neraka lalu jauhlah dia dari rahmat Allah” [HR Ibnu Hibban, At-Thobrani, alBaihaqi dan Al-Hakim. kata Hakim: Baik isnadnya]

Nabi saw bersabda : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam Iman dan keikhlasan akan diampunlah segala dosanya yang telah lalu, dan sesiapa yang menghidupkan Lailatulqadar dalam keimanan dan keikhlasan akan diampunlah dosanya yang telah lalu” [HR Bukhari, Muslim]

Justeru, carilah pengampunan di dalam bulan yang sepatutnya Hamba Allah mendapat pengampunan dan maghfirah dari Tuhan yang maha Pengampun itu.
Sangat luar biasa bebalnya nafsu andai Ramadhan ini tidak bisa menebuskan diri kita dari Neraka, dan dosa-dosa kita tidak terampun sedangkan janji Allah dan Rasulnya itu bahawa Tuhan sangat pemurah dengan pengampunan, apatah lagi di saat-saat Ramadhan.

Muhammad saw bersabda “ Ramadhan sehingga Ramadhan, Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadi pengkifarah dosa diantaranya selama mana menjauhi dosa-dosa besar” [HR Muslim]

Aisyah bertanya kepada Rasul saw, apakah yang seharusnya didoakan sekiranya bertemu lailatul qadar. Jawab Baginda saw “Ya Allah, sesungguhnya engkau maha pemaaf, sukakan pula kemaafan, maka maafkanlah aku” [ HR Tirmizi: sahih]

Nabi juga berdoa “ Aku berlindung dengan redho-Mu daripada kemurkaan-Mu, dan dengan pengampunan-Mu daripada pembalasan-Mu” [HR Muslim]
Firman Jalla wa A’la : “ Bersegeralah kalian mencari maghfirah (pengampunan) dan Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan maghfirah dan syurga itu untuk golongan muttaqin (orang-orang yang bertakwa)” [ surah Ali Imran :133]
Ayuh segeralah jadi manusia bertaqwa.

Wasiat penghulu kita Muhammad saw : “bertakwalah kamu ketika apa sekali pun, dan tutupilah kejahatan dengan kebajikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan tersebut dan berkakhlaklah dengan manusia akhlak yang baik” [HR Tirmizi : Hasan]
Ramadhan masih berbaki. Walaupun sesaat ia tetap saat yang paling berkat. Doa dan pengharapan di dalamnya tidak sama seperti selain Ramadhan. Maka manfaatkanlah setiap saat Ramadhan sehinggalah peluang saat terakhir. Moga jangan terjadi dari golongan yang rugi.

Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad as-sarkhan berkata di dalam kitabnya Mukhalafat Ramadhan – Kesilapan dalam Ramadhan;

Manusia itu ada 5 jenis apabila bertemu Ramadhan:

1 – Orang yang soleh. Menunggu-nunggu Ramadhan. Apabila bertemu dengannya mereka  sambut dengan gembira dan mengambil faedah daripadanya semaksima mungkin. Lalu di bawa ke luar ramadhan. ~ ini adalah sebaik-baik golongan.
2 – Orang yang kedatangan ramadhan dan pemergiannya sama sahaja (tidak teransang mahu menambah amal) ~ Golongan yang rugi kerana berada dalam peluang tetapi tidak mengambil peluang.
3 – Orang yang Cuma kenal Allah pada bulan Ramadhan sahaja. Apabila selesai ramadhan dia kembali kepada tabiat jahatnya semula. ~ Imam Ahmad dan Fudhail mengatakan : Seburuk-buruk manusia mereka hanya kenal Allah cuma ketika ramadhan sahaja.
4 – Orang yang hanya puasa perut sahaja. Lain anggotanya tidak turut taat kepada Allah. ~ Nabi sebut bahawa ini golongan yang tidak dinilai sikit pun Oleh Allah puasanya dari makan minum [Riwayat Bukhari dan Abu Daud]
5 – Orang yang di dalam bulan Ramadhan pun tidak kenal dan taat kepada Allah, apatah lagi jika di luar Ramadhan. ~ Ini adalah sejahat-jahat jenis manusia, paling bahaya dan sangat terancam. Moga Allah lindungkan kita dari jenis ini.

Pesan Imam Al-Ghazali : “Hiduplah apa kehidupan yang kamu mahu, sesungguhnya engkau mati juga. Cintailah sesiapa pun yang kamu mahu, sesungguhnya engkau tetap berpisah dengannya juga. 
Buatlah apa kerja yang kamu mahu, sesungguhnya kamu tetap akan dibalas juga.” [Ayyuhal walad : wahai anakku]

Moga Ramadhan Ini menjadikan kita manusia yang lebih berani menghadapi kematian.

10 Julai 2013

Pinjaman Peribadi Bank Tahun 2013 : BNM Ketatkan Syarat Pinjaman & Tempoh Masa Pinjaman

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelaksanaan satu set langkah yang bertujuan untuk mengelak hutang isi rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. Langkah ini yang berkuat kuasa serta-merta melengkapkan langkah terdahulu yang dilaksanakan sejak tahun 2010 untuk menggalakkan sektor isi rumah yang kukuh dan mampan.

Hutang isi rumah terus meningkat pada kadar yang tinggi, iaitu pada kadar tahunan purata 12% sejak lima tahun yang lalu. Meskipun disokong oleh pendapatan dan keadaan guna tenaga yang positif, namun sejak akhir-akhir ini terdapat peningkatan trend dalam penawaran produk kewangan yang tidak mengambil kira kepentingan pengguna dalam jangka panjang.

Ini termasuk tempoh pembiayaan yang dilanjutkan hingga 45 tahun bagi pembiayaan rumah dan 25 tahun bagi pembiayaan peribadi. Walaupun tempoh pembiayaan yang lama ini mengurangkan pembayaran balik bulanan, namun dalam jangka panjang, pembiayaan ini meningkatkan beban hutang isi rumah secara keseluruhan. Amalan seperti ini menggalakkan pengumpulan hutang yang berlebihan oleh isi rumah dan meningkatkan kelemahan sektor ini.

Langkah-langkah ini dilaksanakan menurut seksyen 31(1)(a) Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan terpakai pada semua institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, serta koperasi kredit yang di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan Malaysia Building Society Berhad dan AEON Credit Service (M) Berhad. Ini bagi memastikan amalan pembiayaan adalah konsisten merentas semua penyedia kredit yang utama.

Sebagai tambahan kepada langkah-langkah di atas, penyedia kredit yang utama dikehendaki mematuhi nisbah khidmat bayaran hutang yang berhemat dalam penilaian kredit bagi memastikan isi rumah mempunyai penampan kewangan yang mencukupi untuk melindungi mereka daripada kenaikan kos dan kejadian yang tidak dijangka.

Isi rumah yang mempunyai kemampuan kewangan untuk mengambil pinjaman akan terus mendapat akses kepada pembiayaan. Bagi menambah baik pengurusan hutang yang bertanggungjawab oleh isi rumah, Bank Negara Malaysia akan mempergiat usahanya dalam menyediakan pendidikan kewangan kepada semua segmen masyarakat, termasuk mereka yang masih muda dan peminjam kali pertama daripada institusi kewangan. Di samping itu, rangka kerja perlindungan pengguna akan terus diperkukuh di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.

Sumber : Bank Negara Malaysia
05 Julai 2013

23 Jun 2013

Keistimewaan Bulan Syaaban..


Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.   

Dan pada
15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya ada banyak kelebihan. ( Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban )



Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a: “Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

 1)  Memperbanyakkan puasa sunat.   

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.
2)  Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW. 

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit” 

3)  Bertaubat  

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.



Sumber bacaan: http://insecretlovewedrown.blogspot.com 

19 Jun 2013

TIPS BELANJA BERHEMAH

Tabiat berbelanja melebihi pendapatan dipercayai menjadi faktor anak muda di negara ini terjerat dengan krisis kewangan seperti yang dilaporkan akhbar ini, minggu lalu.

Situasi ini jika tidak ditangani, pasti memberi kesan buruk kepada tabungan negara. Selain itu, mungkin timbul keadaan di mana majoriti golongan dewasa berdepan masalah kewangan kronik apabila anak muda hari ini meningkat usianya dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang jika beban hutang yang ditanggung hari ini tidak dilangsai sepenuhnya.

Sebenarnya, prinsip pengurusan kewangan bukanlah sesuatu yang sukar untuk dipraktikkan jika anak muda mahu berubah sikap dan lebih berdisiplin ketika berbelanja. Bagi mereka yang mempunyai maklumat asas mengenai perancangan kewangan pasti tidak sukar melakukannya. Anak muda yang tidak arif pula, usahlah malas membaca dan membuat kaji selidik bagi mencari penyelesaian terhadap beban kewangan. 

Sebagai panduan dan inisiatif sisipan XY – Ikon Lelaki mengatasi kemelut kewangan anak muda, kami berkongsi berkongsi beberapa konsep asas pengurusan kewangan untuk dipraktikkan oleh golongan muda seperti yang disyorkan Smart Consumer, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). 

1. Tentukan matlamat kewangan 

Tentukan matlamat dalam menguruskan kewangan yang seakan-akan sama konsepnya seperti zaman zaman belajar dulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu matlamat kewangan kita dan ke mana kita ingin menggunakannya.
Sebagai contoh, mungkin ada antara kita yang bermatlamat menyambung pelajaran, membeli rumah, berkahwin, perbelanjaan rumah tangga, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan sewaktu persaraan.
Apabila kita sudah menentukan matlamat kewangan sekali gus sudah pasti aliran kewangan, kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Kita juga perlu mengetahui jangka masa untuk kita mencapai matlamat itu. 

2. Awasi tabiat berbelanja 

Jika kita merasakan setiap akhir bulan kita gagal untuk menyimpan duit, inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa. Apa yang penting, kita perlu menyemak semula ke manakah kewangan dihabiskan atau dibelanjakan.
Hayati apakah ketika berbelanja, diri lebih cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika berdasarkan kehendak semata-mata dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan, tabiat itu haruslah segera diubah. 

3. Tulis rancangan atau pelan perbelanjaan 

Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada.
Apabila nampak saja duit lebih, ia terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa melakukan simpanan. Ini biasa terjadi kepada golongan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi, kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlu menulis setiap butiran perbelanjaannya. 

4. Simpan sebelum belanja 

Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah:
Pendapatan – Simpanan = Hutang + Perbelanjaan bukan Pendapatan – (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan 

Setiap kali mendapat gaji bulanan, apa yang perlu diutamakan dulu ialah membuat simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.
Namun, sering kali ramai golongan muda apabila menerima saja duit gaji, ia terus digunakan untuk membayar hutang dan berbelanja sehingga simpanan dilupakan atau simpanan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. 

5. Perbelanjaan isi rumah 

Jika kebiasaan berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 saja. Maka rancang perbelanjaan anda dan tidak salah sekiranya membeli secara borong. 

6. Kad Kredit 

Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelak terlebih belanja (overspent). Jika ingin digunakan juga, selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan faedah tahunan lebih rendah berbanding kad kredit, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang. 

7. Fikirkanlah masa depan 

Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan tidaklah penting, ternyata anda bakal melakukan kesilapan besar.
Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan adalah perkara yang harus di lakukan oleh setiap orang. Setiap perkara memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti kerana jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan mengetahui tujuan kewangan kita. 

Anak muda cetek ilmu guna wang 

MENURUT Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, golongan muda banyak terjerumus ke kancah pinjaman kewangan dan hutang disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan kewangan yang betul. 

Dr Mohd Fadzil berkata, golongan muda terutama mereka yang baru memasuki alam pekerjaan mempunyai keinginan yang tinggi tetapi tidak mengetahui asas yang penting dalam pengurusan kewangan sehingga menjerut mereka ke kancah hutang. 

"Apa yang membimbangkan adalah mereka gemar menggunakan kad kredit kerana mungkin pada pendapat mereka menggunakan kad kredit adalah jalan mudah untuk membeli sesuatu. Ini kerana duit gaji bulanan telah habis maka kad kredit adalah pilihan kedua mereka. 

"Ini salah sama sekali… Seharusnya mereka perlu bijak berbelanja dan jangan menjerat diri untuk menambah hutang. Setiap yang dikeluarkan perlu dibayar semula dan pembayaran itu melebihi jumlah sebenar, bukan menyenangkan tapi merugikan," katanya kepada XY-Ikon Lelaki. 

Dr Fadzil menyatakan, golongan muda perlu mengetahui konsep pengurusan kewangan yang betul dan sedari alam persekolahan lagi mereka perlu dipupuk dengan konsep perbelanjaan berhemah. 

"Jika tidak tahu bertanya, banyak cara untuk kita merancang kewangan dengan lebih baik. Penting sebagai ingatan seharusnya apabila menjejakkan kaki ke alam pekerjaan kita sudah tahu cara menguruskan kewangan. Sikap ini perlu ada dalam diri setiap golongan muda terutamanya," katanya.
Apa kata mereka 

BAGI Suraiya Ilyas, 25, ketika mula bekerja, beliau tidak langsung memikirkan soal pengurusan kewangan secara berhemah. Malah, Suraiya banyak menghabiskan gaji bulanan dengan membeli barangan bukan keperluan utama. 

"Dulu saya tidak menyimpan dan gaji bulanan banyak habis dengan membeli baju dan digunakan untuk makan bersama rakan-rakan. Saya langsung tidak menyimpan walaupun untuk simpanan hari tua. 

"Namun, setelah melihat rakan saya berjaya dalam menguruskan kewangan dan mampu menyimpan lebih dari keperluan, saya mula membuka mata dan mengetahui kepentingan pengurusan kewangan," katanya. 

Kini, Suraiya boleh menyimpan untuk simpanan hari tua, memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan selebihnya digunakan untuk kepentingan peribadi. 

Senarai Perbelanjaan Bulanan Mengikut Keutamaan Suraiya 

1. Menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB).
2. Melabur dalam perlindungan diri dan keluarga (EMAS &TAKAFUL).
3. Menyimpan dengan Tabung Haji.
4. Membayar pinjaman kereta dan pendidikan.
5. Digunakan untuk kepentingan peribadi. 

JEJAKA ini pula, Aminur Firdaus, 26, walaupun terpaksa bekerja keras namun pulangan yang diperoleh setiap bulan digunakan sebaiknya. Ini kerana beliau banyak menggunakan gaji bulanan untuk membantu adik beradiknya.
"Saya anak sulung dan menjadi tanggung jawab saya untuk membantu adik beradik saya dalam meneruskan kehidupan. Itu keutamaan saya sebelum saya menggunakannya untuk kepentingan diri saya.
"Saya jarang membeli keperluan seperti baju dan sebagainya. Tetapi jika saya mula membeli saya akan borong semuanya. Itu yang selalu saya lakukan selama ini. Pada saya, lebih jimat kerana saya akan membeli jika ada promosi dan jualan murah," katanya. 

Senarai Perbelanjaan Bulanan Mengikut Keutamaan 

1. Membantu memberikan duit poket kepada adik beradik.
2. Membantu membayar segala bil dan keperluan isi rumah.
3. Menyimpan untuk pelaburan hari tua.
4. Pelaburan dalam perlindungan diri dan keluarga (insuran).
5. Menggunakan lebihan untuk kepentingan diri sendiri. 

Oleh Alzahrin Alias

4 Jun 2013

Retire Young Retire Rich

Persaraan boleh diberikan pelbagai takrifan. Ramai orang impikan persaraan awal. Simpan wang yang cukup, berhenti bekerja dan lakukan apa yang kita suka, iaitu apa-apa sahaja hingga ke akhir hayat. Bagaikan suatu mimpi indah, bukan ?

Ada antara kita yang mengambil persaraan sementara. Mungkin untuk belajar ataupun menjelajahi dunia. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang bersara kerana telah mencapai umur persaraan yang diwajibkan, iaitu 55 tahun. 

Pada masa ini mereka dapat berehat dan menikmati saat-saat hidup di dunia ini. Ada pula yang memilih untuk terus bekerja walaupun telah mencapai umur persaraan. Ada juga yang berbuat demikian kerana mereka suka bekerja dan ada juga kerana terpaksa. Kemungkinan besar mereka ini akan menceburi bidang atau disiplin yang baru. Justeru, mereka akan memulakan kerjaya yang baru. 

Walaubagaimanapun, pendapatan kita selepas bersara selalunya tidak sebanyak yang diperoleh ketika kita muda-muda dahulu. Malahan, ramai antara kita yang langsung tidak mempunyai pendapatan. Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai wang yang mencukupi untuk memastikan kehidupan berjalan seperti biasa. Ini memerlukan wang simpanan yang banyak. Satu-satunya cara untuk mempunyai simpanan yang banyak dan mencukupi adalah dengan menyimpan dan melabur wang ketika anda masih muda.

Anda juga perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda untuk persaraan nanti sebelum umur kita semakin meningkat. Jika anda tidak berbuat demikian, zaman “keemasan hidup” akan menjadi masa yang paling getir dalam hidup anda. 

Anda sudah terlalu tua untuk memperbaiki keadaan dan terlalu uzur untuk memulakan kehidupan baru. Saya akan berkongsi dengan anda kaedah dan bagaimana menyimpan untuk persaraan dalam perkongsian saya yang akan datang !

KREDIT KEPADA  http://www.yunusmohammad.com/ 

3 Jun 2013

Petua meningkatkan kekayaan dan kejayaan dalam perniagaan dan kewangan (TERBARU)

Tips Membina Kekayaan 1 – Tahu & Faham Kehendak Anda

Secara umumnya ramai yang hanya mengikut kehendak sendiri, tetapi tidak ramai yang mengetahui akan elemen paling penting iaitu tahu dan faham akan kehendak tersebut.
Sebagai contoh, anda bekerja sepenuh masa dipejabat. Dalam masa yang sama, anda berniaga secara kecil-kecilan samada secara offline ataupun online. 
Keuntungan perniagaan dapatlah sendikit sebanyak membantu menambah duit poket selain dari menerima gaji bulanan dari majikan. Anda hanya mengikut kehendak anda iaitu ingin menambah duit simpanan melalui berniaga kecil-kecilan. Tetapi adakah anda tahu dan faham kehendak tersebut dengan sebenar-benarnya?

Mungkin anda berkehendak untuk mencapai satu tahap dimana pendapatan utama anda ialah perniagaan, dan anda pula bertindak sebagai majikan dengan memberi peluang pekerjaan pada orang lain. Pernahkah anda terfikir sebegitu? Tahu dan fahami kehendak sebenar anda. Menjadi kaya pada usia muda bukan satu usaha 1-2 tahun.

Tips Membina Kekayaan 2 – Buka Perniagaan Sendiri

Mereka yang telah mencipta kekayaan pada usia muda kesemuanya bermula dari membuka perniagaan sendiri. Jika anda bekerja dan memegang jawatan yang tinggi serta memperolehi pendapatan yang lumayan, namun akhirnya anda hanya seorang pekerja kepada majikan anda.
Dengan membuka perniagaan sendiri, anda sendiri yang membuat keputusan dan menentukan halatuju anda. Dari segi keuntungan dan pendapatan pula, ianya tidak terbatas. Bagaimanapun, membuka perniagaan sendiri bukanlah satu perkara yang mudah, dan ianya juga berisiko. Namun risiko ada dimana-mana, dan anda perlu meletakkan diri anda satu langkah ke hadapan dalam usaha mencipta kekayaan.

Anda perlu bijak dalam membuat keputusan dan melakukan pelaburan. Dapatkan nasihat pakar sebanyak yang mungkin sebelum terjun ke dunia perniagaan yang serba mencabar.

Tips Membina Kekayaan 3 – Kawal Perbelanjaan Anda Dengan Bijaksana

Jika anda ingin menjadi kaya pada usia muda, anda perlu faham akan kepentingan mengawal dan mengurus kewangan dengan betul. Walaupun anda sudah mempunyai banyak wang sekarang pun, ia akan hilang dan habis dalam sekelip mata jika tanpa pengurusan dan kawalan yang bijak.

Belajar bagaimana untuk mengurus kewangan anda. Gunakan sebahagian dari wang anda untuk simpanan serta perkara-perkara kecemasan. Sebahagian yang lain boleh digunakan untuk pelaburan, pembangunan diri, amal kebajikan dan derma, dan bahagian terakhir ialah untuk perbelanjaan anda.

Dan bila bercakap mengenai pelaburan, jangan gunakan ke semua sumber anda pada satu jenis pelaburan sahaja. Bak kata pepatah Enggeris, “Don’t put all your eggs in one basket.”
Itu sahaja perkara-perkara penting dan tips bagaimana untuk mencipta kekayaan pada usia muda yang perlu anda fikirkan dari sekarang. 
Setiap orang mempunyai cara dan strategi masing-masing untuk mencapai apa yang mereka impikan, tetapi tidak menjadi masalah jika tips di atas dapat anda amalkan dan jadikan panduan untuk mengukuhkan lagi strategi anda. 
Siapa tahu mungkin suatu hari nanti, anda tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya di Malaysia atau mungkin di dunia.

“Kepercayaan & Keyakinan Terhadap Diri Sendiri Adalah Penentu Kejayaan”

KREDIT KEPADA  http://www.yunusmohammad.com/